Now Reading
KJ Dipecat, Hishammuddin Hussein & Shahril Hamdan Digantung UMNO

KJ Dipecat, Hishammuddin Hussein & Shahril Hamdan Digantung UMNO

Selain Khairy Jamaluddin, seorang lagi tokoh politik UMNO, Tan Sri Noh Omar yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut dipecat oleh parti tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


UMNO hari ini (28Januari) memecat bekas Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) selain menggantung Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Selain Khairy Jamaluddin, Tan Sri Noh Omar yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut dipecat oleh parti tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu kenyataan media berkata, KJ dan Noh Omar dipecat kerana melakukan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

UMNO dalam masa sama turut menggantung Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

“Ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama 6 tahun ialah YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Saudara Shahril Sufian Hamdan. Selain itu yang turut dipecat ialah 5 orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, 9 orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, 2 orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang. Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15.”

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan

Ahmad Maslan turut memaklumkan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin kini dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd