“Padu Otak Dia” – Netizen Puji Cara Seller Ini Bungkus Parcel. Lain Macam Ye!
“Ini bukan setakat berfikir di luar kotak, malah berfikir di luar galaksi.” – Warganet.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tak dinafikan, setiap manusia dilahirkan kreatif. Tak kisahlah sejauh mana tahap kreatif tu, tapi bila sel-sel otak mula berhubung – perkara di luar kotak habis terkeluar.
Pendek kata, kadang-kadang tu tak tercapai dek akal!

Seller bungkus barang guna sabut kepala curi hati warganet. Kreatif sungguh!
Satu posting baru-baru ini telah tular di media sosial di mana warganet dilihat terhibur dengan cara penjual barang di atas talian membungkus parcel yang ingin dikirim.
Apa yang lawaknya, dia pergi bungkus barang tu dengan sabut kelapa! 😀
Pernah terfikir tak?
Bijak sebenarnya cara ini. Kurangkan risiko dicuri dan barang pun tak rosak.
Paling penting, bahan yang digunakan adalah berbentuk semulajadi. Kos pun rendah, tahap ketahanan pun power.
Geliga betul otaknya!


Baca komen-komen warganet pun boleh tahan berdekahnya. Lawak betul!
Kesimpulannya, cuba praktik diri untuk jadi seorang yang kreatif. Selain dapat menyelamatkan alam sekitar, korang juga akan dapat menghiburkan hati orang ramai di luar sana. Betul tak? :p
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.