Now Reading
Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Guna LinkedIn Untuk Dapatkan Tawaran Kerja Luar Negara

Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Guna LinkedIn Untuk Dapatkan Tawaran Kerja Luar Negara

Jelas seorang Software Engineer dikenali sebagai Zafranudin Zafrin, mendapatkan tawaran kerja dari luar negara adalah lebih mencabar berbanding syarikat tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang sedang bekerja, mungkin anda pernah memasang hasrat untuk mencuba bidang baru dan pekerjaan di luar negara pula.

Kadangkala bukan disebabkan faktor syarikat lama yang tidak kondusif, tetapi kerana ingin mencari pengalaman baru dari persekitaran berbeza.

Bagaimanapun, mendapatkan tawaran kerja dari luar negara bukanlah satu perkara yang mudah dan banyak cabaran perlu dilalui.


Lelaki Ini Kongsi Dapat 2 Tawaran Kerja Dari Luar Negara

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @MohdZafranudin) apabila seorang Software Engineer dikenali sebagai Zafranudin Zafrin berkongsi kisah apabila dirinya ditawarkan pekerjaan di luar negara menerusi platform LinkedIn.

Bukan satu, tetapi dari dua buah negara yang berbeza iaitu berpangkalan di Sepanyol dan Jerman.

Walau bagaimanapun, dia telah mengambil keputusan untuk mengambil tawaran kerja dari Jerman atas sebab-sebab tertentu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Tips Dapatkan Pekerjaan Di Luar Negara Menerusi LinkedIn

Jelas Zafranudin, mendapatkan tawaran pekerjaan berkualiti dari luar negara bukanlah satu perkara yang mudah, malah ia memerlukan usaha lebih dari seseorang individu untuk mengecapinya.

Menerusi ciapan sama, lelaki tersebut telah berkongsi beberapa tips yang dilakukan di LinkedIn bagi menjamin tempat pekerjaan di luar negara. Antaranya:

Sumber: Pexels
  1. Rajinkan diri untuk follow, like dan kongsi hantaran oleh komuniti pekerja di luar negara.
  2. Meletakkan tetapan ‘open to job’ kepada para perekrut dan mengemas kini portfolio di akaun masing-masing.
  3. Menyenaraikan perkara anda pernah lakukan di syarikat lama yang memberi nilai dan impak.
  4. Eksperimen format hantaran yang membawa lebih banyak ‘engagement’ sebagai contoh berformatkan gambar atau teks.
  5. Sama-sama menyambut kejayaan seseorang jika mereka berkongsi di LinkedIn.
  6. Tidak meletakkan info salah di profil LinkedIn kerana segala yang tertera akan ditanya ketika sesi temu duga.
  7. Jangan hanya menerima segala yang diperkatan oleh perekrut, sebaliknya memberikan nilai tambah (added value).

Aktif Layari LinkedIn

Kunci utama untuk mendapatkan tawaran kerja dari luar negara adalah untuk sentiasa aktif menggunakan LinkedIn.

Selain itu, Zafranudin turut berkata bahawa kebanyakan hantaran di LinkedIn adalah berulang-ulang di mana posting sejak beberapa tahun lalu juga boleh dikira relevan.

Namun selagi mana posting anda boleh tular dan mendapat perhatian para rekruter, maka teruskan menghantar perkongsian sebegitu.

Sumber: Unsplash

Tegas lelaki berkenaan, ramai individu di luar sana lebih layak jika dibandingkan dengan dirinya. Meskipun begitu, anda sebagai calon pekerja haruslah pandai menonjolkan diri mengikut permintaan pasaran kerja pada waktu ini.


Temu Duga Untuk Syarikat Luar Negara Adalah Lebih Sukar

Jika dibandingkan dengan syarikat tempatan, sesi temu duga yang perlu dilalui oleh seseorang untuk menjamin tempat di syarikat luar negara adalah lebih sukar.

Menurut Zafranudin, calon temu duga perlu memberikan fokus yang lebih terhadap aspek komunikasi, sistem dan tingkah laku komuniti sana.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Selepas Berjaya Dapat Tawaran Interview Di LinkedIn? Ikuti 6 Tips Ini

Ujarnya lagi, segala proses pencarian, temu duga dan tawaran pekerjaan mengambil masa sehingga empat ke enam bulan.

Oleh itu, buat individu yang berhasrat untuk mencari pekerjaan luar negara, mereka harus bersabar. Hal ini kerana golongan tersebut perlu mengorbankan masa dan dalam sesetengah kes ia boleh mengundang stres.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!

Baca Artikel Berkaitan: Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd