Now Reading
[Video] Tak Perlu Guna Parang, Pakcik Ini Kongsi Cara Mudah Keluarkan Lemang Dari Buluh. Boleh Cuba!

[Video] Tak Perlu Guna Parang, Pakcik Ini Kongsi Cara Mudah Keluarkan Lemang Dari Buluh. Boleh Cuba!

Anda perlukan dua benda sahaja iaitu lesung baru dan juga buluh lemang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja Hari Raya Aidilfitri, pasti anda akan terbayang juadah menarik yang dihidangkan sepanjang musim itu.

Sebagai contoh, nasi impit, ketupat, rendang, kuah lodeh dan lemang. Walaupun lemang merupakan makanan wajib sepanjang Syawal, namun masih ramai di antara kita yang masih bergelut dan sukar mengopek batang buluh keras itu.

Sehinggakan kadangkala rasa putus asa nak makan selagi tiada siapa yang tolong kupaskan buluh. Bukan disebabkan manja, tetapi risau tangan terluka jika mengendalikan buluh dengan cara yang salah.

Sumber: Freepik

Pakcik Kongsi Cara Mudah Keluarkan Lemang Daripada Buluh

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@uncle_sifuu), menyaksikan seorang pakcik sedang menunjukkan cara mudah yang boleh dicuba oleh orang ramai bagi mengeluarkan lemang daripada batang buluh.

Kalau anda lihat sendiri video yang dikongsi, pasti anda tidak sangka ia adalah semudah itu di mana anda hanya memerlukan satu lesung batu dan juga batang buluh lemang sahaja.

Sumber: Carousell/Lemang Special Kenangan

Pertama sekali anda perlu mengetuk beberapa kali pada hujung pangkal buluh menggunakan lesung batu. Kalau ikutkan pengiraan kami, pakcik tersebut telah mengetuk sebanyak empat kali sahaja sebelum hujung buluh itu mula hancur.

Selepas itu, tegakkan buluh di mana bahagian yang diketuk pada belah atas lalu mengupasnya menggunakan kedua-dua belah tangan.

Kemudian, anda boleh mengeluarkan lemang yang elok dimasak itu dan menikmatinya. Mudah bukan?

Tak perlu guna pisau, parang atau pedang. Kita guna lesung batu sahaja.

Pengguna TikTok.
@uncle_sifuu SEMUDAH ABC #content #motivition #sahabatunclesifu #rakanrezeki #xfoxteamunclesifu ♬ Self Motivation – Alec Koff

Netizen Tak Sangka Kopek Buluh Lemang Semudah Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sangka mengopek buluh lemang semudah seperti yang ditunjukkan oleh pakcik tersebut.

“Ya Allah, senangnya. Selama ni bukan main lagi sampai luka-luka kecil kena buluh (lemang) tu. Terima kasih kongsi,” kata seorang individu.

Malah, ada juga yang berkata dia selama ini sanggup tidak makan lemang sehinggakan ada orang lain boleh tolong mengupas buluh berkenaan.

“Saya ni bab nak buka lemang cukup lemah. Takut tercucuk buluh dekat jari. Sanggup tak makan kalau tiada orang tolong bukakan (buluh),” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga yang menyarankan untuk membeli atau membuat lemang menggunakan daun lerek kerana ia lebih mudah untuk dikendalikan.

“Saya buat lemang guna daun lerek. Tak perlu berpedang dan berlesung batu, hanya tarik keluar je. Lagi mudah,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@uncle_sifuu)

Mana Nak Dapatkan Lemang Daun Lerek?

Sejak beberapa tahun lalu, lemang jenis laun lerek telah mula terkenal di kalangan masyarakat. Setiap kali menjelang hari sudah pasti lemang jenis itu dicari oleh orang ramai.

Bukan sahaja sama berlemak seperti lemang biasa, malah ia juga senang ditarik keluar daripada buluh. Anda tidak perlu bersusah-payah menggunakan pisang atau parang untuk mengopek buluh.

Buat mereka yang berminat untuk membeli lemang daun lerek sempena Aidilfitri ini, anda boleh mendapatkannya di Lemang Daun Lerek Greenwood di Gombak, Selangor. Kedai itu beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 9 malam.

Sumber: Instagram (@lemangdaunlerek)

Buat masa ini, pihak kedai tidak menerima sebarang tempahan awal atau penghantaran. Oleh itu, anda harus walk-in untuk mendapatkannya.

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 9K Retweets, Khairulaming Ajar Tips Mudah Buat Lemang Cara Instant. Ooh, Simple Je!

Baca Artikel Berkaitan: “Jalan Jam Katanya” – Customer Beli Lemang Naik Helikopter Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Raya Delicacy May Push Pitcher Plant To Early Extinction


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd