Now Reading
Ini 3 Jenis Bekas Makanan Yang Sesuai Untuk Bungkus Juadah Berbuka Puasa Di Bazar Ramadan

Ini 3 Jenis Bekas Makanan Yang Sesuai Untuk Bungkus Juadah Berbuka Puasa Di Bazar Ramadan

Pelbagai jenis bekas makanan boleh digunakan untuk membungkus juadah di bazar Ramadan bagi mengurangkan penggunaan plastik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menjelang bulan Ramadan, perkara yang paling dinanti-nantikan bagi sesetengah pihak adalah untuk membeli juadah di bazar.

Ini bermaksud akan ada banyak penggunaan beg plastik dan bekas pakai buang oleh para peniaga untuk membungkus juadah jualan mereka kepada para pelanggan.

Tapi kalau azam anda tahun ini mahu mengurangkan penggunaan plastik, apa kata bungkus sahaja juadah iftar yang dibeli di bazar Ramadan menggunakan bekas ‘reusable’.

Berapa banyak anggaran plastik yang dibuang setiap kali anda membungkus makanan? (Sumber: Facebook)

Jom kami kongsikan tips bagi memudahkan anda memilih bekas ‘reusable’ yang sesuai untuk membungkus hidangan di bazar Ramadan.

Antaranya:

#1. Bekas Plastik
Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita pasti ada bekas makanan seperti ini di rumah. (Sumber: Envanto)

Sebenarnya, bukan semua jenis bekas plastik tidak elok untuk digunakan. Kalau anda ada bekas plastik yang diperbuat daripada bahan kukuh, apa salahnya untuk menggunakannya semula kan?

Walau bagaimanapun, cabaran menggunakan bekas jenis plastik ini adalah apabila mahu mencucinya jika mempunyai kesan minyak.

Jadi cadangan kami adalah menggunakan bekas makanan jenis plastik hanya untuk juadah yang tidak berminyak seperti kuih raya, buah-buahan atau sayuran.

Kelebihan:
  • Ringan
  • Boleh dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave)
  • Tidak mudah tumpah
Kekurangan:
  • Sukar untuk mencuci kesan minyak
  • Boleh meninggalkan bau
  • Berkemungkinan boleh mengeluarkan toksik.
#2. Bekas Keluli Tahan Karat
Kebanyakan mangkuk tingkat seperti ini telah diubah suai dengan corak yang sangat comel. (Sumber: Choo Choy Ma/ MalayMail)

Daripada mangkuk tingkat (tiffin carrierr) kepada bekas keluli tahan karat dengan pengunci kedap getah, bahan logam sebenarnya sudah lama digunakan untuk menyimpan makanan.

Kalau anda mahu membungkus juadah berminyak atau kari, bekas makanan seperti ini lebih sesuai kerana tidak mengotorkan atau menyerap bauj jika dibasuh selepas digunakan.

Kelebihan:
  • Senang untuk dibasuh
  • Ringan
  • Masih kukuh jika terjatuh
Kekurangan:
  • Tidak boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro (microwave)
  • Berisiko untuk membuatkan anda terlupa bahawa ada makanan di dalamnya kerana tidak boleh dilihat dari luar.
  • Boleh bocor
#3. Bekas Kaca
Anda boleh terus memanaskan makanan ketuhar gelombang mikro (microwave) apabila tiba di rumah. (Sumber: Envanto)

Kaca adalah bahan yang perlu membuatkan seseorang berhati-hati untuk menjadikannya sebagai bekas makanan, tetapi jangan risau kerana ia kukuh dan boleh memanaskan hampir semua hidangan di dalamnya.

Bahan ini juga tidak mengotorkan atau mengekalkan bau yang kuat, jadi ia sesuai digunakan untuk menyimpan juadah seperti kari yang pekat atau menu daging dengan kuah.

Kelebihan:
  • Senang untuk memantau kuantiti hidangan kerana bahannya yang telus (transparent(
  • Boleh dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro
  • Boleh disimpan di dalam peti sejuk
Kekurangan:
  • Berat untuk dibawa ke mana-mana
  • Boleh pecah jika terjatuh
  • Sup panas mungkin boleh bocor kerana kaca tidak mengembang pada kadar yang sama seperti bekas kedap getah

Jadi Nak Pakai Bekas Makanan Yang Mana?

Untuk bulan Ramadan, rata-rata individu akan membungkus pelbagai jenis makanan di rumah untuk dijamah ketika iftar.

Disebabkan menu tersebut dibeli beberapa jam sebelum berbuka puasa, jadi mungkin ada menu yang masih hangat di dalam bekas. Tapi kalau nak panaskan pun boleh juga.

Bekas tiffin keluli tahan karat memudahkan anda untuk membawa dan dibersihkan selepas digunakan.

Dalam keadaan bazar Ramadan yang sesak dengan orang ramai dan anda juga mahu memilih makanan kegemaran, bagi pendapat kami bekas keluli tahan karat adalah yang paling sesuai untuk membungkus hidangan ke rumah dengan anda tanpa menggunakan plastik tambahan.

Memandangkan ia agak ringan dan mudah dicuci, jadi bolehlah ia digunakan setiap hari.

Tetapi sebenarnya semua jenis bekas makanan boleh dipakai juga, asalkan mencapai matlamat anda untuk mengurangkan pembaziran plastik.

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda ‘menggali’ kabinet dapur man tahu bekas yang boleh digunakan.

Kuih-muih di dalam bekas plastik dan hidangan panas pula di dalam bekas kaca. (Sumber: Anne Dorall/TRP)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd