Now Reading
Guna Teknologi Canggih Untuk Cari Pekerjaan Baru, Ini Tips Buat Para Graduan

Guna Teknologi Canggih Untuk Cari Pekerjaan Baru, Ini Tips Buat Para Graduan

Akibat persaingan tinggi di pasaran, graduan baru khususnya perlu bijak menggunakan teknologi dan kemudahan kini untuk mencari maklumat dengan mudah serta pantas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Malaysia terdiri dengan sejumlah graduan yang ramai dari pelbagai insitusi berprestij tempatan.

Walaupun generasi berkualiti telah dilahirkan, namun masih ramai di kalangan mereka yang mempunyai masalah menempatkan diri dalam sesuatu pekerjaan.

Memetik Kosmo, bakal graduan selepas tahun 2020 berdepan dengan kadar persaingan yang sangat tinggi untuk memperoleh pekerjaan. Golongan itu juga perlu ‘merebut tempat’ selain memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.


Orang Ramai Tidak Mahir Gunakan Kemudahan Untuk Cari Info?

Oleh disebabkan persaingan yang tinggi, para graduan juga harus bijak menyerlahkan kemahiran serta kebolehan diri sendiri kepada para majikan agar ditempatkan dalam sesuatu pekerjaan.

Namun begitu, masih ramai di kalangan anak muda yang tidak mahir menggunakan teknologi canggih bagi merealisasikan perkara tersebut.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @thegrxyvibe) apabila seorang Freelance Designer berkata para graduan perlulah bijak menggunakan kemudahan untuk mengumpul maklumat atau sumber mengenai sesuatu bidang serta pekerjaan yang ingin diceburi.

Sumber: Pexels

Menurut wanita dikenali sebagai Edd, terdapat pelbagai platform tersedia atas talian pada masa kini yang boleh memberi info dalam sekelip mata kepada golongan berkenaan seperti LinkedIn, YouTube, Facebook, X, Google, Reddit, ChatGPT dan Coursera.

Jelasnya lagi, tidak salah untuk bertanya tetapi adalah penting untuk seseorang itu membuat kaji selidik terlebih dahulu tentang pekerjaan yang diingini.


Tips Untuk Jadi ‘Resourceful’

Cakna dengan masalah orang ramai, Edd juga sempat berkongsi tips untuk menjadi seseorang yang ‘resourceful’ (keupayaan mencari kaedah bijak bagi mengatasi kesukaran).

Buat mereka yang sedang bergelut mencari pekerjaan baru, mungkin cara-cara di bawah ini dapat membantu anda untuk mengumpulkan info dengan lebih mudah dan pantas.

Sumber: Unsplash

Antaranya:

1. Taip perkataan ‘reddit‘ di setiap penghujung soalan ketika melakukan carian menerusi Google.

Sebagai contoh, “Should I choose to be a designer or developer reddit.”

2. Menggunakan platform TikTok bagi carian tentang sesuatu idea.

3. Sekiranya tidak mempunyai bajet mencukupi untuk belajar kemahiran baru, anda boleh menonton video di platform YouTube secara percuma.

4. Khas buat mereka yang ingin berniaga tetapi tidak pasti tentang permintaan pasaran, anda boleh menyertai mana-mana group Facebook tersedia.

Menerusi group berkenaan, anda boleh perhatikan tentang masalah-masalah yang sering ditanyakan oleh orang ramai tentang dunia perniagaan.

5. Anda boleh melayari laman web Glassdoor bagi memastikan sama ada sesebuah syarikat itu wujud dan sahih ataupun tidak.

6. Jika berdepan dengan masalah menulis atau e-mel serta resume dengan sempurna, anda boleh menggunakan ChatGPT, Gemini atau AI (Artificial Intelligence).

7. Sekiranya tidak mahir menggunakan AI, anda perlu membaca menerusi e-book yang dijual mengenai tatacara penggunaan software tersebut.

Sumber: Pexels

Tips Dapat Banyak Interview Pekerjaan Baru

Sukar mendapatkan sesi temu duga juga antara perkara dibimbangkan oleh para graduan dan penganggur yang gigih berusaha dalam mencari pekerjaan.

Sebelum ini, seorang pekerja dalam bidang pemasaran (Regional Marketer) menerusi ciapan di X (Twitter @navenpillai) telah berkongsi beberapa tips berguna buat mereka yang sedang mencari pekerjaan baru.

Sumber: Pexels

Menurutnya, orang ramai yang sedang mencari pekerjaan baru perlulah menggunakan teknik betul untuk mengelakkan diri daripada persaingan tinggi. 

Jelas Naven, golongan tersebut perlulah berhenti menggunakan aplikasi terkenal yang sering digunakan orang ramai seperti Jobstreet.

Sumber: Pexels/Unsplash

Sekiranya mahu kelihatan menonjol daripada calon pekerja yang lain, anda harus cuba cari kekosongan jawatan menerusi web kerjaya yang dimuat naik oleh syarikat pilihan. Kemudian, sertakan sekali CV (Curriculum Vitae) yang ditulis secara lengkap dan baik kepada mereka menerusi butiran ‘contact’ dipaparkan.

Baca Artikel Berkaitan: Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat


Wanita Dari Spain Hasilkan Video Format Resume Kreatif

Sebelum ini, turut tular di aplikasi LinkedIn mengenai sebuah klip video berformatkan resume yang dihasilkan oleh seorang wanita berasal dari Madrid, Spain dikenali sebagai Martha Puerto.

Rata-rata orang ramai yang berkongsi semula hantaran berkenaan memberikan pujian dengan berkata pemilik video itu mempunyai kreativiti pada tahap maksima sehingga dapat mencipta resume sebegitu rupa.

Sumber: LinkedIn Marta Puerto

Unique Selling Point (USP) untuk resume Martha ini adalah dia telah mencipta resume dalam bentuk video dengan format yang begitu bijak.

“FREE TRIAL ENDED, BOOK AN INTERVIEW,” adalah USP paling hebat pernah dilakukan oleh seseorang yang ingin mencari kerja, seperti Marta Puerto.

Mungkin anda juga boleh guna cara ini untuk menghasilkan resume yang ‘outstanding’?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Resume Paling ‘Rare’ & ‘Extraordinary’ Pernah Kami Jumpa (NGL)

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd