Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Cara Tetapkan ‘Expected Salary’ Buat Graduan Baru

Lelaki Ini Kongsi Cara Tetapkan ‘Expected Salary’ Buat Graduan Baru

Langkah pertama yang dikongsikan adalah dengan mengenal pasti gaji minimum pekerja dalam sesebuah negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lazimnya, dunia pekerjaan merupakan waktu yang paling ditunggu-tunggu buat golongan graduan baru selepas bertahun menghabiskan waktu menimba ilmu.

Namun begitu, mendapatkan pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah dan banyak proses perlu ditempuhi sebelum diserap sebagai pekerja tetap. Antara proses yang rata-rata semua golongan pekerja perlu tempuhi adalah sesi temu duga bersama syarikat pilihan.


Expected Salary Tinggi Undang Risiko Kena Reject Dengan Majikan

Umum mengetahui sesi temu duga merupakan detik cemas dan panik buat segelintir calon kerana berasa bimbang dengan soalan tidak diduga oleh majikan.

Antara satu soalan biasa sering ditanyakan kepada golongan graduan yang baru sahaja menamatkan pembelajaran adalah, “Berapakah gaji diharapkan?”

Cakna dengan soalan sukar dijawab oleh graduan, seorang lelaki dikenali sebagai Farid menerusi laman TikTok (@farid_affy) telah berkongsi petua yang boleh digunakan oleh golongan tersebut untuk menetapkan jumlah gaji diharapkan (expected salary).

Jelasnya, bagi seorang yang berstatus graduan baru, menetapkan expected salary terlalu tinggi akan meningkatkan risiko majikan menolak anda sebagai pekerja di sesebuah syarikat.

Bagaimanapun, jumlah expected salary yang terlalu rendah pula akan menyebabkan graduan baru bergelut untuk menampung kos sara diri.

Dalam erti kata mudah, kedua-duanya mempunyai pros dan cons.


Cara Nak Tetapkan Expected Salary Untuk Golongan Graduan Baru

Oleh disebabkan itu, Farid berkongsi panduan yang boleh diguna pakai oleh graduan baru untuk menetapkan expected salary sekiranya ditanya pihak majikan.

#1. Kenal Pasti Gaji Minimum Pekerja

Pertama sekali, anda perlu kenal pasti gaji minimum yang diperuntukkan kepada pekerja dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, gaji minimum untuk pekerja di Malaysia adalah sebanyak RM1,500.

Sumber: Freepik
#2. Kenal Pasti Nilai Market Rate Jawatan

Kemudian, anda perlu kira berapa banyak kos sara hidup anda buat dalam tempoh sebulan. Kos sara hidup tersebut termasuklah sewa tempat tinggal, kos makan dan minum, pengangkutan serta komitmen lain yang dimiliki.

Sumber: Pexels
#3. Kira Purata Gaji

Yang ketiga ialah dengan mengenal pasti nilai kadar pasaran (market rate) pada masa kini untuk jawatan yang dimohon mengikut kawasan. Selepas itu, anda perlu kira purata gaji berdasarkan gaji minimum dan market rate yang telah disenaraikan.

Gaji purata yang dikira merupakan jumlah expected salary anda.

Sumber: Unsplash
@farid_affy

Apa nak jawab bila kena tanya pasal expected salary? Padahal korang ni baru je grad. Tengok video untuk tahu cara dia. Btw, maafkan editing saya ya. Saya cuba je dulu. Usha bio saya untuk resume template percuma dan lebih 400,000 kerja kosong menanti. #fyp #kerja #tipsfarid

♬ original sound – Farid Affy – Farid Affy

Tips Dapat Banyak Interview Pekerjaan Baru

Sukar mendapatkan sesi temu duga juga antara perkara dibimbangkan oleh para penganggur yang gigih berusaha dalam mencari pekerjaan.

Sebelum ini, seorang pekerja dalam bidang pemasaran (Regional Marketer) menerusi ciapan di X (Twitter @navenpillai) telah berkongsi beberapa tips berguna buat mereka yang sedang mencari pekerjaan baru.

Sumber: Unsplash/Pexels

Menurutnya, orang ramai yang sedang mencari pekerjaan baru perlulah menggunakan teknik betul untuk mengelakkan diri daripada persaingan tinggi. Jelas Naven, golongan tersebut perlulah berhenti menggunakan aplikasi terkenal yang sering digunakan orang ramai seperti Jobstreet dan LinkedIn.

Hal ini kerana, aplikasi tersebut dikatakan mempunyai jumlah pengguna tinggi di mana ribuan ‘job hunters’ menggunakan cara yang sama bagi mencari pekerjaan baru.

Sumber: Pexels/Unsplash

Sekiranya mahu kelihatan menonjol daripada calon pekerja yang lain, anda harus cuba cari kekosongan jawatan menerusi web kerjaya yang dimuat naik oleh syarikat pilihan. Kemudian, sertakan sekali CV (Curriculum Vitae) yang ditulis secara lengkap dan baik kepada mereka menerusi butiran ‘contact’ dipaparkan.

Baca Artikel Berkaitan: Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd