Now Reading
8 Tips Cegah Sindrom ‘Forgotten Baby’, Ibu Bapa Take Note!

8 Tips Cegah Sindrom ‘Forgotten Baby’, Ibu Bapa Take Note!

Menurut Dr Samhan, antara tips yang boleh dipraktikkan untuk mengelakkan diri daripada terlupa tentang keberadaan anak adalah dengan menetapkan notifikasi ‘Child Reminder’ pada Waze.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak tahun lalu, kes kanak-kanak meninggal dunia akibat tertinggal di dalam kenderaan dilihat semakin meningkat dan membimbangkan. Hal ini berlaku apabila ibu bapa terlalu letih sehingga menyebabkan mereka terlupa anak kecil berada di tempat duduk belakang kereta.

Seperti baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di parkir kereta sekitar Hospital Shah Alam.

Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu telah ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja selepas mangsa diambil dari sebuah taska berdekatan lokasi kejadian.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Selepas Ibu Tertinggal Dalam Kereta


Apa Itu Sindrom ‘Forgotten Baby’?

Situasi tersebut boleh dikaitkan dengan sindrom ‘Forgotten Baby’ yang ditafsirkan sebagai ibu bapa secara tidak sengaja meninggalkan bayi atau anak kecil di dalam kereta berkunci.

Menerusi penjelasan dari sudut perubatan, ibu bapa yang mempunyai sindrom ini dikatakan boleh berjalan keluar dari kereta tanpa memikirkan anak mereka di tempat duduk belakang.

Kes seperti ini kebiasaannya terjadi apabila para ibu bapa terlalu memberi tumpuan dan memikirkan hal lain hingga boleh memberikan kesan buruk terhadap si anak.


Kesan Buruk Jika Anak Tertinggal Dalam Kereta

Umum sedia maklum, sikap terlupa sehingga menyebabkan anak kecil tertinggal dalam kereta boleh mengundang pelbagai kesan buruk. Bukan sahaja kepada nyawa tetapi juga pada aspek kesihatan.

Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman X (Twitter @DoktorSamhan), beliau telah berkongsi beberapa implikasi negatif sekiranya anak tertinggal dalam kenderaan. Antaranya:

  • Kerosakan pada sel saraf otak.
  • Sawan.
  • Tidak sedarkan diri dan koma.
  • Kematian.

Tips Elakkan Sindrom ‘Forgotten Baby’

Sebagai manusia biasa sudah semestinya anda tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

Namun begitu, bagi menjaga keselamatan insan dicintai, terdapat beberapa petua yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan masalah sindrom ‘Forgotten Baby’ . Antara petua dikongsikan oleh Dr Samhan adalah:

#1. Letak Bayi Di Tempat Yang Anda Boleh Lihat

Adalah penting untuk ibu bapa meletakkan anak pada tempat yang senang disedari oleh mereka seperti di tempat duduk hadapan. Dengan cara itu, masalah sindrom ‘Forgotten Baby’ tidak akan terjadi.

Sumber: Unsplash
#2. Lekat Sticky Note

Cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan menampalkan nota pelekat pada hon kereta dengan tulisan ‘Periksa bayi pada tempat duduk kereta’.

Sepanjang berada di dalam kereta, sudah pasti pemandu akan sedar kewujudan nota tersebut kerana sepanjang masa memegang stereng.

Sumber: Unsplash
#3. Tetapkan Notifikasi ‘Child Reminder’ Pada Waze

Secara umumnya, kebanyakan pengguna jalan raya akan menggunakan aplikasi Waze untuk menunjukkan arah ke destinasi dituju.

Buat mereka yang belum tahu, aplikasi tersebut juga tersedia dengan ciri-ciri ‘Child Reminder’ di mana ia akan memberikan notifikasi kepada anda bahawa terdapatnya bayi di dalam kenderaan.

Sumber: X (Twitter @AimanPsikologi)
#4. Set ‘Reminder’ Pada Telefon

Bukan sahaja menerusi Waze, anda juga boleh menggunakan telefon anda untuk menetapkan ‘Reminder’ seiring dengan anggaran masa ketibaan (estimated time of arrival).

Dengan cara itu, anda akan sedar ada bayi di dalam kereta setibanya sampai ke lokasi masing-masing.

Sumber: Unsplash
#5. Letak Beg Kerja Di Tempat Duduk Belakang

Sekiranya anak kecil berada di bahagian tempat duduk belakang, anda boleh cuba untuk meletakkan beg kerja di kawasan yang sama.

Sudah pasti apabila tiba di tempat kerja, anda akan mencapai beg yang dipenuhi dengan segala keperluan penting. Dalam masa sama, anda juga akan dapat melihat sama ada bayi masih berada di belakang atau pun tidak.

Sumber: Unsplash
#6. Letak Barang Bayi Di Tempat Duduk Hadapan

Dengan meletakkan barangan keperluan bayi di tempat duduk penumpang hadapan, anda akan sentiasa sedar bahawa anda masih membawa bayi dan belum dihantar ke rumah pengasuh atau tadika.

Sumber: Freepik
#7. Beri Pesanan Kepada Penjaga

Kadangkala, anda juga perlu menggunakan khidmat bantuan orang lain seperti penjaga atau pengasuh.

Perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan memaklumkan kepada mereka sekiranya terdapatnya pertukaran rutin hantaran anak antara ibu atau bapa. Dengan cara tersebut, penjaga akan sentiasa cakna tentang siapa yang perlu menghantar anak pada hari tertentu.

Sumber: Unsplash
#8. Gunakan Aplikasi Childminder

Akhir sekali, anda boleh muat naik aplikasi yang direka khas untuk memberikan peringatan kepada ibu bapa tentang keberadaan anak. Antara aplikasi yang sudah tersedia adalah Childminder.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Mudah-mudahan perkongsian kali ini membantu buat ibu bapa di luar sana.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Perempuan 16 Bulan Maut Lepas Tertinggal Dalam Kereta Di Universiti

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tertinggal Anak Dalam Kereta: Tadika & Taska Wajib Hubungi Ibu Ayah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd