Now Reading
Ini 5 Tips Untuk Atasi Masalah ‘Overthink’

Ini 5 Tips Untuk Atasi Masalah ‘Overthink’

Overthink ini cukup bahaya kerana ia boleh mendatangkan perasaan stres yang melampau terhadap perkara yang belum berlaku.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kesihatan mental merupakan salah satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam kehidupan kerana ia boleh mempengaruhi aktiviti seharian.

Sebagai contoh, kalau otak asyik overthink, macam mana kita nak fokus buat kerja di pejabat dan berkomunikasi dengan pekerja lain, betul tak?

Overthink ini cukup bahaya kerana ia boleh mendatangkan perasaan stres yang melampau terhadap perkara yang tidak mampu dikawal dan belum berlaku.


Dr Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Atasi Masalah Overthink

Baru-baru ini, pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah telah berkongsi beberapa tips di laman X (Twitter @fadzilahkamsah_) untuk membantu mereka yang kerap overthink.

Beliau menyifatkan fikiran itu seolah-olah sahabat kepada hati yang perlu dikawal dengan seimbang antara kedua-duanya.

Tapi macam mana nak seimbangkannya? Berikut adalah 5 teknik yang boleh diamalkan. Antaranya:

#1. Amalkan Solat Tahajjud
Sumber: Pexels

Kuatkan diri untuk lawan rasa mahu tidur semula dan bangun untuk bermunajat kepada Allah SWT. Kebiasaannya mereka yang kerap overthink ini seolah-olah serabut dengan pelbagai perkara yang tidak dapat dikawal oleh mereka.

Jadi berdoalah kepada Allah SWT pada waktu yang sangat mustajab dengan memohon agar diberikan ketenangan hati dan jiwa agar minda tidak ‘berat’ lagi dengan masalah duniawi.

#2. Tulis Perkara Yang Membuatkan Minda Anda Bercelaru
Sumber: Pexels

Masalah overthink ini berlaku kerana seseorang berfikir tentang pelbagai perkara dalam satu masa dan menyebabkan mereka tidak dapat mengawalnya. Tindakan tersebut secara tidak langsung mengakibatkan minda mereka bercelaru.

Bagi mengatasi masalah ini, tulis segala perkara yang berada dalam fikiran dan renung-renungkan sama ada ia bemanfaat atau tidak untuk disimpan di dalam minda.

Cara ini juga disebut sebagai ‘Brain Dump‘ iaitu proses pemindahan sebilangan maklumat daripada otak kita ke tempat lain bagi menguruskan pemikiran agar lebih teratur dan tenang.

Brain Dump ini akan dilakukan dengan menulis segala perkara yang mengganggu dan berlegar dalam fikiran anda. Contohnya:

  • Perkara yang merisaukan
  • Perkara yang kita kerap terlupa
  • Perkara yang paling anda teringin untuk lakukannya
  • Aktiviti yang boleh menaikkan semangat
  • Peristiwa negatif yang mengganggu fikiran
  • Peristiwa yang penting seperti kenduri, mesyuarat, hari jadi seseorang
  • Impian yang ingin dicapai
  • Seseorang yang kerap buat anda terganggu

Baca Artikel Berkaitan: Serabut Asyik Overthink? Kaedah ‘Brain Dump’ Ini Boleh Bantu Tenangkan Anda

#3. Dekati Alam Sekitar
Sumber: Freepik

Seseorang yang mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental ini perlu keluar dari bilik kerana ia telah memerangkap minda mereka.

Tinggalkan gajet untuk sementara waktu, kemudian keluar berjalan kaki sambil menghirup udara segar serta menikmati pemandangan tumbuhan hijau, langit biru dan awan putih yang tebal.

#4. Usahakan Untuk Solat Fardu Lima Waktu Di Masjid
Sumber: Freepik

Masjid adalah tempat ‘healing’ paling tenang. Kalau anda ada waktu lapang, usahakan untuk menunaikan solat fardu lima waktu di masjid secara berjemaah dan memperbanyakkan bacaan al-Quran sekurang-kurangnya satu halaman selepas solat.

#5. Alihkan Perhatian Dengan Melakukan Kebaikan
Sumber: Freepik

Boleh dikatakan kebanyakan perkara yang difikirkan oleh ‘overthinker’ ini merupakan benda yang 90% belum terjadi.

Faktor seseorang yang mempunyai waktu lapang tanpa melakukan apa-apa membuatkan mereka kerap untuk ‘overthink’.

Bagi mengatasinya, anda boleh menyibukkan diri dengan turut serta dalam aktiviti bermanfaat seperti mengemas rumah bersama keluarga, terlibat dalam aitiviti kebajikan bersama anak yatim, bersenam dengan komuniti jiran setempat dan sebagainya.

Mereka yang kerap overthink ini kebiasaanya mempunyai pengalaman atau trauma buruk dan ia memberi kesan jangka masa panjang kepada seseorang.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu seseorang untuk menjauhi amalan overthink dalam kehidupan mereka dan kekal positif untuk tahun 2024.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil

Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd