Apa Prosedur Perlu Buat Selepas Ibu Bapa Meninggal Dunia? Wanita Ini Beri Tunjuk Ajar
Antara dokumen penting yang diperlukan dalam kebanyakan urusan adalah seperti sijil kematian, sijil nikah dan kad pengenalan ibu bapa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kematian adalah suatu perkara yang pasti berlaku kepada setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Bahkan Allah SWT tidak akan melewat atau mempercepatkan ajal seseorang apabila sudah tiba waktunya.
Sebagai umat Islam, kita perlu bersedia untuk dijemput Ilahi dan meninggalkan segala perkara yang dimiliki di dunia.
Namun bagi mereka yang masih bernyawa, kehidupan harus diteruskan seperti biasa.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Ibu Bapa Meninggal Dunia
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @ndhrxx_), wanita ini berkongsi beberapa prosedur yang perlu dilakukan selepas ibu bapa meninggal dunia.
Antara perkara yang perlu dilakukan adalah:
#1. Daftar Sijil Kematian

Surat kematian ini boleh dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan membawa kad pengenalan ibu bapa yang sudah meninggal dunia untuk dipotong oleh pihak JPN.
Sebagai info tambahan, anda perlu mengisi borang JPN.LM02 yang boleh didapati di kaunter pejabat JPN. Untuk rujukan, anda boleh melihat borang tersebut [DI SINI].
Namun, borang atas talian tersebut tidak digalakkan dicetak dan hanya berfungsi sebagai panduan.
#2. Pergi Ke Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Sekiranya ibu bapa anda bekerja, boleh pergi ke pejabat PERKESO atau Social Security Organisation (SOCSO). Jika ayah meninggal dunia dan masih mempunyai isteri dan adik-beradik yan bersekolah, elaun bulanan boleh diberikan berdasarkan gaji terakhir arwah.
#3. Pergi Ke Pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Kalau arwah mempunyai akaun ASNB, boleh pergi ke kaunter dan menuntut khairat kematian dalam tempoh enam bulan. Sekiranya lebih daripada itu, khairat kematian tidak boleh dituntut.
Penerimaan bantuan Khairat ASNB adalah secara tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen.
Kelayakan bantuan Khairat ASNB adalah tertakluk kepada jumlah pegangan unit si mati pada Tarikh Kematian seperti berikut:
- Bawah 1,000 unit: RM200
- Melebihi 1,000 unit: RM500
Untuk maklumat lanjut, boleh klik [DI SINI].
#4. Pergi Ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kemudian anda perlu pergi pula ke pejabat KWSP dan sekiranya arwah tidak meletakkan penama, pihak yang menguruskan hal ini perlu hadir ke mahkamah kecil untuk menyelesaikan pengeluaran serta faraid wang KWSP.
#5. Uruskan Wang Simpanan Dalam Akaun Bank

Pergi ke mana-mana kaunter kaunter bank dengan membawa surat kematian untuk menutup akaun bank milik arwah. Jika mempunyai wang simpanan di dalam akaun berkenaan, ia juga perlu melalui proses faraid.
#6. Pengurusan Pinjaman Bank

Jika arwah pernah membuat pinjaman bank untuk pembelian aset seperti kereta dan rumah atas nama mereka, maklumkan kepada pihak bank dan mereka akan memberi panduan untuk langkah seterusnya.
#7. Roadtax Kereta

Untuk pengurusan kereta pula, pembaharuan cukai jalan bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama arwah hanya boleh diperbaharui sekali sahaja dalam tempoh enam bulan.
Wanita ini turut memberi nasihat agar membuat persediaan awal dengan mencetak beberapa salinan dokumen penting dalam kuantiti yang banyak kerana ia akan banyak digunakan untuk menguruskan hal ini.
Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:
- Sijil kematian
- Kad pengenalan ibu bapa
- Sijil nikah
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Masa arwah abah meninggal dulu
— Dhir. (@ndhrxx_) November 27, 2023
1. Pergi jpn buat surat kematian, sediakan ic parent (photostat ic dulu sikit saja simpan buat kenangan sebab nanti jpn akan ambil ic) https://t.co/jnot7USBNF
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.