Now Reading
PERKESO Akui Data Digodam Sejak Sabtu Lalu, Namun Perkhidmatan Tidak Terjejas

PERKESO Akui Data Digodam Sejak Sabtu Lalu, Namun Perkhidmatan Tidak Terjejas

PERKESO memberi jaminan jenayah penggodaman oleh sekumpulan hackers ini tidak akan merencatkan sebarang perkhidmatan kepada pencarum, majikan dan orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeluarkan kenyataan bahawa sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang mereka telah diserang penggodam sejak Sabtu lalu (2 Disember).

Susulan itu, pelan pengurusan krisis telah diaktifkan pada hari kejadian bermula dengan menggerakkan unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) bagi tujuan pemulihan sistem.

PERKESO menjelaskan bahawa modus operandi peringkat awal dalam operasi serangan siber ini adalah untuk melumpuhkan seluruh infra PERKESO yang digunakan bagi pengoperasian seharian.

Walau bagaimanapun, kejayaan unit ICT PERKESO mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan ‘character assasination’ (pembunuhan watak) terhadap imej PERKESO.

PERKESO.

PERKESO Beri Jaminan Operasi Seperti Biasa

Dalam pada itu, PERKESO turut memberi jaminan usaha penggodam yang menjadi dalang kepada kejadian ini tidak akan merencatkan sebarang perkhidmatan kepada pencarum, majikan dan orang ramai.

Justeru, segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum
serta waris terbabit akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh diperuntukkan.

PERKESO.

Ini Bukan Serangan Siber Kali Pertama Melibatkan PERKESO

Hasil penelitian awal PERKESO menerusi pembocoran data yang dipercayai dimuat naik di sebuah ‘dark web’ mendapati bahawa kesahihan data yang dicuri oleh penggodam itu meragukan, tidak lengkap dan telah luput.

Ini kerana satu kluster data yang dicuri itu dikatakan tidak pernah dicerap oleh PERKESO sejak agensi ini ditubuhkan pada Oktober 1971.

Sumber: MalayMail

Memetik sumber The Star, antara maklumat yang dicuri adalah nama, alamat, kaedah pembayaran dan nombor telefon.

Tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini adalah serangan yang
menyasarkan kepentingan negara, justeru segala hasil forensik akan dikongsikan
kepada pihak berkuasa demi mengelakkan kejadian sama berlaku kepada agensi lain.

“Serangan siber terhadap PERKESO ini bukan kali pertama, sebaliknya siri
pencerobohan sudah berlaku dengan kali terakhir pada September lalu dan
berjaya dikawal,” kata PERKESO.

Memetik sumber The Star, antara maklumat yang didakwa telah dicuri adalah nama, alamat, kaedah pembayaran serta nombor telefon dan dikatakan lebih banyak data akan dibocorkan dalam tempoh 72 jam.

Malah, ada juga pihak yang mendakwa mereka mempunyai rakaman ketika mesyuarat pihak pengurusan PERKESO ketika sedang membincangkan isu bagi membendung insiden sistem digodam penjenayah siber.

Carian kami turut menemukan satu video yang didakwa adalah rakaman sewaktu mesyuarat tersebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd