Aplikasi The Noor Bakal Lancar ‘NoorPay’ Pada Hujung Tahun Ini
TheNoor akan memperkenalkan NoorPay seawal hujung tahun 2023 ataupun pada awal tahun 2024.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Umum sedia maklum, pada 16 Jun lalu Bank Al-Rajhi dan TheNoor telah mengumumkan kerjasama yang akan memperlihatkan Al-Rajhi sebagai bank rasmi untuk aplikasi TheNoor. Ini sekaligus mengintegrasikan paparan serta akses pantas untuk beberapa ciri permohonan perbankan terus pada aplikasi tersebut.
Menerusi pautan akses pantas yang disediakan, pengguna aplikasi TheNoor boleh membuat permohonan bagi perkhidmatan kewangan seperti pinjaman kewangan peribadi, pinjaman perumahan, serta memohon pembukaan akaun simpanan.
Bank berkenaan juga menyatakan ini hanya permulaan.

Mereka akan mengintegrasikan sokongan Rize dalam aplikasi TheNoor untuk bergerak ke hadapan serta membolehkan pengguna menerima pulangan lebih tinggi untuk simpanan kewangan mereka.

Aplikasi Gaya Hidup Muslim, TheNoor Bakal Lancar ‘NoorPay’
TheNoor baru-baru ini telah mengumumkan mereka bakal melancarkan NoorPay iaitu perkhidmatan pembayaran dan dompet digital mereka sendiri. TheNoor akan memperkenalkan NoorPay seawal hujung tahun 2023 ataupun pada awal tahun 2024.
Pengguna dijangka boleh menggunakannya untuk melakukan pembayaran secara dompet digital sama seperti aplikasi lain yang wujud pada hari ini.
Mengulas lanjut, TheNoor juga dijangka akan menawarkan kad prabayar fizikal bertujuan memudahkan duit dipautkan serta digunakan untuk membayar di lokasi yang menerima pembayaran menggunakan kad.
Untuk rekod, aplikasi TheNoor telah memiliki seramai 2.8 juta pengguna meliputi 197 buah negara. Manakala, pengguna paling tinggi adalah dari Malaysia dan majoriti pengguna adalah wanita iaitu sekitar 57%. TheNoor baru-baru ini telah memperluaskan penawaran ke pasaran Indonesia dan dijangka bakal membuka pejabat di sana pada tahun ini.

Aplikasi TheNoor boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS pada bila-bila masa.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



