Update WhatsApp Sekarang! Boleh ‘Sorok’ Status Online & 2 Lagi Ciri Terbaharu Yang Best
Siap boleh keluar dari group WhatApp senyap-senyap juga ya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kalau tengok aplikasi WhatsApp dalam telefon kita, memang banyak sangat group. Dari zaman sekolah, kawan universiti, tempat kerja sehingga kawasan kejiranan, memang tidak terkira.
Kadang-kadang tak terbaca mesej yang masuk dalam setiap group WhatsApp itu terutamanya ketika sedang sibuk bekerja di siang hari.
Tapi kalau nak keluar dari group tersebut secara tiba-tiba, takut nanti ada yang persoal pula.
WhatsApp perkenal tiga ciri baharu untuk jaga privasi pengguna
Nak tahu tak? Sekarang anda sudah boleh keluar dari mana-mana group WhatsApp tanpa dikesan oleh ahli yang lain.

Baru-baru ini WhatsApp telah mengemaskini beberapa ciri terbaharu untuk menjadikan medium komunikasi berkenaan lebih mesra pengguna serta ingin melindungi privasi mereka.
Antara ciri-ciri yang diperkenalkan adalah:
1. Boleh keluar dari group tanpa dikesan
Setiap kali kalau kita keluar dari mana-mana group WhatsApp, mesti akan ada notifikasi yang memberitahu perkara itu kepada ahli lain.
Dengan ciri terbaharu ini, ahli lain tidak akan tahu jika anda keluar dari group tersebut. Hanya admin group sahaja yang tahu tentang tindakan anda meninggalkan group WhatsApp itu.
2. Boleh sorok status ‘online’
Yes, inilah yang dinanti-nantikan!
Kini, anda boleh ‘sorok’ status online di WhatsApp dengan hanya meletakkan beberapa individu terpilih dalam setting yang ditetapkan.
Jadi, selepas ini orang lain sudah tak nampak anda online di WhatsApp walaupun pada hakikatnya anda sedang menggunakan aplikasi itu.
3. Tak boleh screenshot gambar yang dihantar
Ciri terbaharu yang turut diperkenalkan adalah pengguna kini tidak lagi boleh melakukan screenshot pada gambar yang dihantar melalui ‘View Once’ bagi melindungi privasi pengguna.

Menarik juga kemaskini baharu ini sebab lebih privasi. Apa tunggu lagi? Update WhatsApp anda sekarang!
BACA JUGA: WhatsApp Has New Privacy Updates That You Have Been Waiting For
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.