Tersalah Hantar E-mel Kepada Orang Lain? Ini 6 ‘Tricks’ Untuk Bantu Anda Guna Gmail
Tak sangka sebenarnya ada banyak ciri lain yang menarik terdapat dalam e-mel.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Boleh dikatakan kebanyakan syarikat menggunakan e-mel sebagai salah satu medium komunikasi untuk sebarang urusan rasmi atau ingin memberi makluman tentang sesuatu hebahan.
Nak hantar e-mel pun ada cara dan etika yang tersendiri. Tak sama macam kita berborak di ‘chatbox’.
Tapi pernah tak anda tiba-tiba tersalah hantar e-mel kepada individu lain? Gelabah juga terfikir macam mana nak padam bila sudah dihantar. Jangan risau. Jom kami bantu anda!
Ciri-ciri menarik untuk mereka yang selalu guna e-mel
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter (Fezza Husin), wanita ini mendedahkan beberapa ‘tricks’ yang anda boleh buat di e-mel selain menghantar ‘surat elektronik’ kepada mana-mana pihak.
Antaranya adalah seperti:
1. Jadualkan penghantaran e-mel

Ingatkan hantaran di media sosial je boleh dijadualkan, rupanya e-mel pun boleh. Bagus juga ciri ini sebab kita boleh hantar e-mel kepada penerima pada waktu yang mereka berkemungkinan besar akan terus membaca serta memberi maklum balas.
Cara-caranya:
- Klik ‘Compose’.
- Klik simbol tiga titik di sebelah butang ‘Send’.
- Pilih ‘Schedule Send’.
- Jadualkan e-mel dengan tarikh dan masa yang dikehendaki.
2. ‘Undo’ e-mel yang sudah dihantar

Kalau anda nak tahu, setiap kali selepas e-mel dihantar akan ada butang ‘undo’ muncul di skrin. Mungkin ramai yang tak perasan kerana notifikasi itu hanya keluar dalam beberapa saat sahaja.
Boleh je kalau nak biarkan butang ‘undo’ itu muncul lebih lama.
Cara-caranya:
- Klik pada ‘Setting’ di bahagian atas kanan.
- Klik ‘General’.
- Klik ‘Undo Send’.
- Pilih tempoh masa 30 saat.
3. Cara mudah untuk cari semula e-mel lama

Bila setiap hari masuk e-mel baharu, boleh bayangkan betapa susahnya nak cari semula e-mel yang sudah lama diterima atau dihantar pada beberapa bulan lepas.
Jangan risau, sebab itulah adanya ciri ‘search box’ dalam e-mel. Untuk memudahkan lagi kerja anda, boleh taip beberapa perkara ini di ‘search box’.
- has:attachement
- from:fezzahussin atau to:hr (untuk mencari individu spesifik)
- after:x atau before:x (untuk membuat pencarian berdasarkan tarikh)
- size:x (untuk mencari saiz emel)
4. Guna shortcuts

Dalam sistem komputer, ada macam-macam shortcuts untuk memudahkan urusan kita seperti Ctrl+C dan Ctrl+V untuk ‘copy paste’.
Dalam e-mel pun boleh guna shortcuts juga, contohnya kalau nak masukkan pautan atau tambah ‘carbon copy‘ cc dalam e-mel.
Cara-caranya:
- Klik Settings – All Settings – General.
- Klik ‘On’ pada pilihan Keyboard Shortcuts.
5. Letak perbualan dalam mode senyap

Sesetengah rakan kerja kita di pejabat suka menggunakan ‘reply all’ dan kita akan menerima kesemua notifikasi e-mel daripada mereka. Kalau anda tak mahu serabut dengan perbualan tersebut, boleh letakkan dalam mode senyap.
Cara-caranya:
- Buka e-mel berkenaan.
- Klik pada ikon tiga titik di atas.
- Klik ‘Mute’.
6. Tangguhkan e-mel yang tidak penting dalam tempoh tertentu

Ada masa kita akan terima banyak sangat e-mel untuk urusan kerja. Jadi, bila tiba-tiba masuk e-mel yang kurang penting, risau kalau ianya boleh mengganggu sehingga menyebabkan kita terlepas pandang pada e-mel yang lebih penting.
Kalau anda nak menangguhkan kemasukan e-mel yang tidak penting, boleh je. Berikut adalah cara-caranya:
- Klik pada ikon tiga titik di bahagian kanan atas.
- Pilih tempoh yang anda mahu ‘snooze’ e-mel tersebut.
Haritu aku search cara untuk undo emel dekat Gmail sbb tersalah send emel. Ingatkan mustahil, rupanya boleh weh haha
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 15, 2022
Lepas tu terdiscover certain features yg jarang kita tahu tapi sebenarnya sangat best.
Aku share sikit kat thread ni eh. pic.twitter.com/Kq7zP6wwxb
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mengatur kerja seharian menggunakan e-mel dengan lebih mudah dan cermat.
Kalau anda ada ‘trick’ lain dalam penggunaan e-mel, kongsilah dengan kami okey? Sharing is caring!
BACA JUGA: Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.