Now Reading
Instagram Benarkan Pengguna Kongsi Pautan Di IG Stories

Instagram Benarkan Pengguna Kongsi Pautan Di IG Stories

Sebelum ini, anda perlu ada akaun yang disahkan atau mempunyai jumlah pengikut tertentu untuk berkongsi pautan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kita selalu nampak posting dan IG Story ‘Link In Bio’ tetapi tiada lagi selepas ini kerana Instagram telah melancarkan pelekat baharu yang akan menghapuskan keperluan ‘Link In Bio’.

Setakat semalam (27 Oktober), Instagram telah membenarkan pengguna mereka untuk memberi pautan mengenai kandungan bukan berkaitan Instagram secara terus.

Pengeluaran ciri baharu ini dilakukan selepas Instagram melakukan beberapa ujian dengan ciri tersebut kepada beberapa kumpulan pengguna.

Instagram pada mulanya menyimpan ciri itu daripada pengguna, sama ada untuk memastikan platform tersebut hanya fokus kepada imej atau sebagai alat untuk mendorong ‘engagement’.

Walau bagaimanapun, pengguna kini telah mula menggunakan ciri ‘Link In Bio’ untuk mempromosi atau membawa pengikut terus ke halaman yang ingin dilihat.

Kredit: Instagram

Ciri Baharu

Kini kesemua pengguna Instagram boleh berkongsi pautan di dalam IG Story dengan cara hanya menambah GIF atau poll ke dalam IG Story.

Apabila kami memperkenalkan pautan pada Stories, ciri tersebut bersifat sangat terhad kepada akaun yang disahkan atau mempunyai bilangan pengikut tertentu. Kami mendengar daripada seluruh komuniti bahawa mereka juga ingin berkongsi perkara dengan rakan dan keluarga. Walau apa pun yang diminati, daripada memasak hingga menjadi sukarelawan atau membeli-belah, anda kini mempunyai ruang untuk berkongsi pautan melalui Stories tanpa mengira jumlah pengikut.

Ketua Produk Instagram Max Eulenstein.

Alat pelekat kini bersifat asas. Instagram merancang untuk membolehkan penyesuaian supaya pengguna dapat meletakkan kandungan dan pengikut juga boleh mengetahui perkara di sebalik butang klik berkenaan.

Namun, Instagram tidak akan membiarkan pengguna untuk membuat perkara terlarang menggunakan ciri tersebut.

Pengguna masih tidak dapat memuat naik pautan di ruangan komen ataupun posting.

Mereka yang kerap melanggar garis panduan syarikat itu bakal ditarik semula penggunaan ciri tersebut.

Dengan adanya ciri baharu ini, kami mengucapkan Goodbye, kepada ciri ‘Link In Bio’.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd