Now Reading
Hilton PJ Rai Ramadan Dengan Bufet Berbuka Puasa ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu Dan Kini’

Hilton PJ Rai Ramadan Dengan Bufet Berbuka Puasa ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu Dan Kini’

Antara hidangan yang disajikan di bufet Ramadan ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ di Hilton Petaling Jaya adalah Sup Gear Box Kaki Kambing, Telur Bersalut Daging dan Dalca Tulang Rawan.

bufet ramadan 2024 hilton PJ (9)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hilton Petaling Jaya dengan sukacitanya memperkenalkan bufet berbuka puasa sempena bulan Ramadan pada tahun ini dengan tema ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’.

Sejajar dengan kempen seluruh negara di bawah hartanah Hilton, kempen ini berusaha untuk memberikan pengalaman unik dari segi kepelbagaian makanan yang autentik dalam masyarakat.

Sumber: Siti Murni/ TRP

Teras inisiatif kempen ini adalah komitmen kepada nilai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang dicapai melalui sumber bahan yang bertanggungjawab dan sokongan khusus untuk perniagaan tempatan.

Hilton Petaling Jaya menjemput para tetamu untuk menikmati pelbagai hidangan lazat yang menjadi sajian sejak zaman dahulu serta makanan kontemporari pada hari ini.

Sumber: Siti Murni/ TRP
Sumber: Siti Murni/ TRP

Antara hidangan yang disajikan di bufet Ramadan ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ di Hilton Petaling Jaya adalah:

  • Sup Gear Box Kaki Kambing
  • Nasi Dalca bersama Kuah Kari
  • Telur Bersalut Daging
  • Dalca Tulang Rawan
  • Ayam Rose
  • Tumis Darat Gulai Ikan Talang Masin
  • Gulai Kawah Daging Tetel Dengan Umbut Pisang
  • Bubur Lambuk Pantai Timur
  • Bubur Lambuk Udang
  • Kari Kepala Ikan Salmon
Sumber: Siti Murni/ TRP

Bufet Ramadan Hilton Petaling Jaya Bermula Mac Ini

Kempen bufet Ramadan ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ di Hilton Petaling Jaya ini akan bermula dari 12 Mac sehingga 9 April 2024. Para tetamu boleh mula ‘dine-in’ dari jam 7:00 PM hingga 10:00PM.

Harga adalah pula seperti berikut:

  • RM208 untuk dewasa
  • RM118 untuk kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
Sumber: Siti Murni/ TRP
Sumber: Siti Murni/ TRP

Untuk lebih jimat lagi, anda boleh membuat pra-tempbahan dan pra-pembayaran menerusi laman web mereka [DI SINI] dan mendapat diskaun sehingga 25%.

Kena cepat ya kerana diskaun tersebut hanya terhad kepada beberapa hari sahaja iaitu dari 12 hingga 17 Mac dan 6 hingga 9 April.

Selain itu, anda yang mahu berbuka puasa dalam suasana yang lebih privasi, Hilton Petaling Jaya juga menawarkan ‘Private Dining Room’ dengan harga RM238 untuk dewasa dan RM138 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Setiap ‘Private Dining Room’ juga akan diberikan Bakul Berbuka Puasa Sempena Ramadan dan ‘Tower Drink’.

Sumber: Siti Murni/ TRP

Jika anda mahu berbuka puasa dengan lebih ramai bersama ahli keluarga atau rakan-rakan Hilton Petaling Jaya juga mempunyai pakej lain seperti:

Pakej 1 (14 Orang)

Pakej tersedia untuk 12 Mac sehingga 9 April 2024.

  • Harga promosi: RM2,800 (untuk golongan dewasa)
    • Tempahan dari 13 Februari sehingga 12 Mac 2024
  • Harga biasa: RM3,332 (untuk golongan dewasa)
    • Tempahan dari 13 Mac sehingga 9 April 2024
Pakej 2 (10 Orang)

Pakej tersedia untuk 12 Mac sehingga 9 April 2024.

  • Harga promosi: RM2,000 (untuk golongan dewasa)
    • Tempahan dari 13 Februari sehingga 12 Mac 2024
  • Harga biasa: RM2,380 (untuk golongan dewasa)
    • Tempahan dari 13 Mac sehingga 9 April 2024

Untuk sebarang tempahan atau ‘takeaway’, anda boleh hubungi talian +603 7955 9122, WhatsApp +6016 216 0414, e-mel ke PETHI_FB@hilton.com atau layari laman web mereka [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd