Ini 5 Bufet Ramadan Bawah RM180 Sekitar KL. Yang Penting Semua Ada Surau!
Antara lokasi bufet Ramadan di sekitar Kuala Lumpur adalah seperti Jibby East dan Ben’s X Siti Li.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bulan Ramadan adalah tempoh yang terbaik untuk kita berkumpul dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan ketika berbuka puasa.
Pastinya saat ini adalah waktu yang istimewa dan anda mahu ia diraikan di lokasi iftar yang juga lebih istimewa dengan hidangan bufet Ramadan.
Kalau anda kurang ‘familiar’ dengan sajian bufet Ramadan dan mahu mencubanya pada tahun ini, ada banyak restoran dan hotel di sekitar Kuala Lumpur yang menyajikan pelbagai jenis hidangan dari hidangan kegemaran rakyat Malaysia sehingga sajian antarabangsa.
Mungkin ada sesetengah daripada anda yang terfikir, ada ke bufet Ramadan di Kuala Lumpur dengah harga di bawah RM180? Mestilah ada!
Jom kami senaraikan untuk anda. Antaranya:
#1. Bufet Ramadan 2024: Novotel KLCC

Kepada anda yang teringin untuk menikmati hidangan ala-ala kampung, Novotel KLCC adalah lokasi yang tepat kerana mereka mempunyai lebih daripada 50 juadah menarik yang disajikan kepada para pelanggan.
Antara menu istimewa mereka adalah:
- Kari Kepala Ikan Kandar
- Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
- Rendang Daging Betawi
- Kambing Golek ‘Tergolek’
- Tulang Rawan Asam Pedas
- Udang Goreng Mongolian
- Kari Kepala Ikan Tongkol
- Daging Dendeng

Kepada anda yang berminat untuk berbuka puasa di Novotel KLCC, bufet Ramadan Citarasa Desa ini berlangsung sehingga 5 April 2024 di Food Exchange, Novotel KLCC dengan harga seperti berikut:
- Harga:
- Dewasa: RM168
- Kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan warga emas: RM138
- Alamat: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi talian 016-229 9274 atau menghantar e-mel ke H6324@accor.com.
Baca Artikel Berkaitan: Bufet Ramadan Novotel KLCC Bawa Suasana ‘Citarasa Desa’ Untuk Buka Puasa, Kambing Golek Pun Ada! [Review]
#2. Bufet Ramadan 2024: Tim’s Tea House

Kepada anda yang memang kena makan nasi ketika berbuka puasa, jom ke Tim’s Tea House untuk menikmati hidangan bufet Ramadan mereka dengan pelbagai jenis aneka lauk.
Tetapi kalau ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang rasa nak makan hidangan barat seperti spagheti dan lasagna, pun ada juga!
Oleh kerana restoran ini adalah terkenal dengan pelbagai jenis pencuci mulut, para pelanggan juga boleh menikmati ‘dessert’ seperti kek coklat Nuttela dan carrot cake.
Untuk makluman, menu di sini akan bertukar-tukar pada setiap hari.

Untuk anda yang berminat untuk berbuka di Tim’s Tea House, jangan lepaskan peluang ke menikmati sajian hidangan mereka sehingga 6 April 2024. Untuk makluman, restoran mereka ditutup setiap hari Isnin ya.
Harga pula adalah seperti berikut:
- Dewasa: RM89
- Kanak-kanak: RM69
- Alamat: Urban Melawati, 342, 1, Lorong Kedah, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi talian 012-3621812.
#3. Bufet Ramadan 2024: Jibby East

Dengan lebih 20 jenis hidangan yang disajikan, Serai Group kembali dengan bufet Ramadan mereka pada tahun ini di Jibby East Grill. Cakap je anda nak makan apa, semuanya ada.
Dari Nasi Beriani Kambing, Nasi Ayam Jibby Chow, Nasi Kerabu, pizza dan lain-lain, terdapat pelbagai hidangan yang boleh dinikmati sepuas hati ketika berbuka puasa di sini.

Kepada anda yang terliur melihat gambar hidangan sajian mereka di bufet Ramadan ini, berikut adalah harganya:
- Hari minggu (Isnin-Jumaat)
- Dewasa: RM93
- Kanak-kanak dan warga emas: RM78
- Hujung minggu (Sabtu dan Ahad)
- Dewasa: RM105
- Kanak-kanak dan warga emas: RM93
- Alamat: KL East Gallery, Opposite, Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur.
Tempahan boleh dilakukan menerusi talian 011-1166 3029/ 017-610 9157 atau menghantara DM di lama Instagram mereka.
#4. Bufet Ramadan 2024: Ben’s X Siti Li

Kepada anda yang suka makan di Restoran Ben’s by BIG Group, restoran tersebut juga menawarkan hidangan berbuka puasa sempena bulan Ramadan pada tahun ini.
Tetapi kali ini, mereka tampil berbeza iaitu dengan membuat kolaborasi bersama Siti Li Dining yang diberi nama Ben’s x Siti Li.
Antara juadah yang disediakan di bufet Ramadan ini adalah seperti:
- Sambal Udang
- Laksa Johor
- Cekodok Comel Siti Li
- Soto
- Bubur Lambuk
- Nasi Lemak
- Pizza
- Aneka pilihan kek
- Lemang

Nikmati Bufet Ramadan ini sehingga 7 April 2024 dengan harga yang berbeza di dua lokasi seperti berikut:
- The Restaurant @ Asia School of Business (ASB)
- Dewasa: RM168++
- Kanak-kanak: RM88++
- Ben’s Bangsar Shopping Centre
- Dewasa: RM138++
- Kanak-kanak: RM80++
Untuk sebarang tempahan boleh di dua lokasi tersebut adalah seperti di bawah:
- The Restaurant @ Asia School of Business (ASB)
- 11, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
- 03-2023 3041 / 016-377 7872
- Ben’s Bangsar Shopping Centre
- 285, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- 03-2095 7988 / 017-688 3029
#5. Bufet Ramadan 2024: Padang’s On Wheel

Untuk mereka yang menggemari hidangan Indonesia iaitu Nasi Padang, Padang’s On Wheel adalah lokasi yang sesuai untuk anda berbuka puasa dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Antara 80 jenis hidangan lauk-pauk yang boleh dinikmati di bufet ini adalah:
- Nasi Kukus
- Nasi Uduk
- Nasi Kunyit
- Rendak
- Gulai
- Belado
- Ikan Bakar
- Ayam Bakar
Untuk pengetahuan anda, restoran ini cukup terkenal dan juga pernah dikunjungi oleh individu berpengaruh seperti cef selebriti Chef Wan serta Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Jadi kepada anda yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati hidangan bufet Ramadan ini, berikut adalah harganya yang ditawarkan sehingga 7 April 2024:
- Dewasa: RM88
- Warga emas: RM68
- Kanak-kanak: RM48
- Alamat: 2, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk tempahan, boleh hubungi talian di 019-8819190.
Sebagai info, kesemua lokasi di atas ini turut menyediakan surau kepada para pelanggan. Jadi bolehlah berhenti untuk solat terlebih dahulu sebelum kembali menikmati juadah berbuka puasa.
Diharapkan senarai di atas dapat membantu anda untuk memilih lokasi sesuai untuk berbuka puasa di bulan Ramadan bersama yang tersayang.
Dalam pada itu, team TRP ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. 😉
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.