Now Reading
MAGGI Memperkasakan Wanita Melalui Makanan & Penciptaan Konten Media Sosial Dalam Musim 3 Resipi Berani MAGGI

MAGGI Memperkasakan Wanita Melalui Makanan & Penciptaan Konten Media Sosial Dalam Musim 3 Resipi Berani MAGGI

Rancangan Resipi Berani MAGGI® musim ketiga ini akan disiarkan di saluran TV3 dari 14 Januari hingga 4 Februari 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


MAGGI® Malaysia kembali dengan musim ketiga siri pemenang anugerah; Resipi Berani MAGGI dengan tumpuan pada memperkasakan wanita melalui makanan dan penciptaan konten media sosial.

Siri ini merupakan sebahagian daripada Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI (PMWCBM) yang memberikan impak positif kepada lebih daripada 3500 komuniti wanita di Malaysia sejak tahun 2020.

Akan disiarkan dari 14 Januari hingga 4 Februari, rancangan ini menampilkan 21 pencipta konten makanan media sosial menghadapi cabaran kulinari untuk menggalakkan mereka mengatasi ketakutan dan mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru melalui makanan dan penciptaan konten.

“Untuk musim ke-3 Resipi Berani MAGGI ini, MAGGI memberi tumpuan kepada memperkasakan wanita dalam era digital, meningkatkan keyakinan mereka dan membantu mereka meningkatkan perniagaan mereka melalui penciptaan konten makanan di media sosial dan kemahiran keusahawanan.

“Kami ingin menggunakan saluran ini untuk menginspirasi dan mencipta peluang bagi wanita Malaysia yang ingin menghasilkan pendapatan yang mampan dan memajukan perniagaan makanan mereka melalui kemahiran digital.

“Kami ingin membawa Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI (PMWCBM) ke peringkat seterusnya dengan bekerjasama bersama raksasa digital seperti Google, Meta, dan TikTok.

“Melalui platform ini, kami ingin memperkasakan wanita bukan sahaja untuk mengambil langkah pertama bagi diri mereka sendiri tetapi juga untuk menginspirasi wanita-wanita lain dan sekali gus membantu keluarga dan komuniti mereka,” kata Pegawai Eksekutif Perniagaan di MAGGI, Ivy Tan.

Hari kedua penggambaran musim ke-3 Resipi Berani MAGGI.

Peserta Diberi Latihan Untuk Mencipta Konten Media Sosial

Setiap minggu, peserta diuji untuk mengatasi ketakutan mereka melalui siri cabaran yang mendebarkan dengan bantuan mentor industri terkenal seperti:

  1. Dato’ Zamzani Abdul Wahab, yang terkenal sebagai Chef Zam. Seorang cef
    terkenal dan personaliti TV.
  2. Sheila Rusly, pengarah, penerbit, pelakon, dan salah satu pempengaruh makanan terkemuka di Malaysia.
  3. Chef Richard, personaliti TV yang sedang tular dengan kehebohan video resepi Mi Kungfu di TikTok.
  4. Chef Sherson Lian, hos rancangan Rasa Dunia, chef, dan usahawan.
  5. Datin Paduka Eina Azman, peminat makanan dan Duta Jenama MAGGI
    CukupRasa.

Siri ini akan menampilkan 21 Wanita Cukup Berani yang telah disenarai pendek dari ribuan pemohon dari bengkel Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI (PMWCBM) yang diadakan pada awal tahun ini.

Peserta menyertai latihan di Google.

Pemenang Resipi Berani MAGGI akan menerima modal permulaan untuk memulakan perjalanan penciptaan konten makanan di media sosial mereka dengan pemenang utama menerima RM5,000, pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000.

Selain itu, semua 21 peserta akan dianugerahkan kontrak latihan pencipta konten selama 12 bulan dengan Nestlé Malaysia bagi menunjukkan komitmen MAGGI untuk membimbing kerjaya mereka.

Peserta menyertai latihan di META.

“Kami sangat teruja untuk memulakan program pencipta konten media sosial Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI (PMWCBM) dengan pemimpin industri seperti Google, Meta, dan TikTok dengan mengadakan bengkel penciptaan kandungan yang informatif untuk membawa bakat mereka ke peringkat seterusnya.

“MAGGI Malaysia amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan transformasi wanita-wanita ini, dan dapat menyokong aspirasi wanita di seluruh negara.

“Musim ke-3 Resipi Berani MAGGI tidak hanya mewakili pertandingan memasak tetapi juga satu gerakan yang menggalakkan wanita untuk mengejar minat mereka, mengatasi ketakutan mereka, dan memulakan langkah kejayaan untuk berjaya dalam dunia makanan di alam digital,” kata Ivy.

Peserta menyertai latihan di Google.

Tonton Rancangan Resipi Berani MAGGI Musim Ketiga Di TV3

Peserta diberikan Cabaran Ketam

21 wanita yang cukup berani telah menyertai program ini termasuklah:

  • 6 wanita dari Selangor
  • 3 wanita dari Sabah
  • 2 wanita dari Kuala Lumpur
  • 2 wanita dari Johor
  • 2 wanita dari Terengganu
  • 2 wanita dari Perak
  • 1 wanita dari Pahang
  • 1 wanita dari Sarawak
  • 1 wanita dari Negeri Sembilan
  • 1 wanita dari Perlis

Tonton Musim ke-3 Resipi Berani MAGGI secara langsung di TV3 setiap hari Ahad bermula 14 Januari pada 7.30 petang dan ulangan setiap hari Jumaat pada 5.30 petang atau di saluran YouTube MAGGI Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Maggi Tawan Hati Rakyat Malaysia Dengan Kemunculan Produk Baharu, Mi Goreng Laksa Warisan

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Maggi Kari Soya Ala-ala Ramen Di Kedai Jepun. Senang & Sedap!

Baca Artikel Berkaitan: Maggi Collaborates With Women’s Ministry & Tech Companies To Boost Women’s Participation In The Digital Economy


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd