Now Reading
Resepi Maggi Kari Soya Ala-ala Ramen Di Kedai Jepun. Senang & Sedap!

Resepi Maggi Kari Soya Ala-ala Ramen Di Kedai Jepun. Senang & Sedap!

Menu Maggi Kari Soya ini hanya mengambil masa lima minit sahaja untuk dimasak dan siap dihidangkan.

Resepi Maggi Kari Soya Ala-ala Ramen Di Kedai Jepun. Senang & Sedap!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba pada hujung bulan atau rasa macam malas nak masak, hidangan mi segera pastinya akan menjadi pilihan ramai.

Nak masak pun senang dan tidak memerlukan tempoh masa yang lama. Rebus tiga minit, dah siap untuk dimakan. Memang senang sangat.

Antara mi segera yang menjadi pilihan orang ramai adalah jenama Maggi perisa kari. Alamak, terliur pula cakap tentang Maggi Kari waktu tengah puasa ni kan?

Selain dimakan sebagai hidangan mi segera, ia juga boleh diolah menjadi murtabak atau cucur. Ada banya resepi menarik yang anda boleh cuba.

BACA JUGA: Here Are 5 Different Ways To Make Use Of Your Maggi For A Balanced Meal


Resepi Maggi Kari Soya Yang Unik

Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Kamarul Ariffin Nor Sadan) yang juga merupakan doktor kesihatan, dia berkongsi kisah apabila terkejut dengan hidangan yang dimasak oleh rakannya.

Nak tahu apa yang dihidangkan? MAGGI KARI SOYA! Tak pernah terbayang pula air soya boleh dicampurkan di dalam Maggi Kari.

Resepi-Maggi-Kari-Soya-Ala-ala-Ramen-Di-Kedai-Jepun.-Senang-Sedap-1
Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Macam menarik kan? Kalau anda nak cuba buat sendiri pun boleh sangat. Bahan-bahannya pun senang nak cari. Antara bahan-bahan yang diperlukan seperti:

  • 1 bungkus mi segera
  • 1 kotak minuman soya tanpa gula atau kurang manis (250 ml)
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai cendawan
  • 1 batang daun bawang
  • 1 sudu besar biji bijan
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 kepingan nori
  • 1 sudu besar chili oil
Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Cara-caranya pula adalah:

  1. Masukkan mi segera dan cendawan ke dalam mangkuk.
  2. Isi mangkuk dengan air sebanyak satu cawan (250 ml).
  3. Pecahkan telur ke dalam cawan berisi air 200 ml.
  4. Masukkan mangkuk dan cawan ke dalam ketuhar gelombang dan letak tempoh sehingga 1.5 minit.
  5. Apabila mi sudah kembang, tus dan buang airnya
  6. Ketepikan mi yang sudah ditus.
  7. Campurkan air soya bersama perencah mi segera.
  8. Masukkan mangkuk dalam ketuhar gelombang selama satu hingga dua minit. (Jangan melebihi dua minit bagi mengelakkan air soya berketul).
  9. Keluarkan mangkuk dari ketuhar gelombang.
  10. Campurkan minyak bijan sedikit.
  11. Masukkan mi ke dalam mangkuk berisi kuah.
  12. Letakkan telur, daun bawang, cendawan, kepingan nori, biji bijan dan chili oil.

Lima minit je dah settle dan boleh dihidangkan. Nak buat untuk makan ketika berbuka puasa pun sedap juga ni.

Kalau anda sudah tepu dan tak tahu nak masak apa untuk hidangan berbuka puasa, ada pelbagai jenis lauk yang anda boleh cuba. Yang penting, senang dan cepat untuk dimasak.

Antaranya:

  • Sambal Udang
  • Ayam Buttermilk
  • Ikan Siakap Stim Limau
  • Ikan Keli Berlado
  • Kangkung Belacan
  • Sambal Tauhu
  • Ayam Stim Halia
  • Masak Lemak Cili Api
  • Ayam ‘Kenny Rogers’

BACA JUGA: 9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!

BACA JUGA: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur

BACA JUGA: Resepi Overnight Oats Yang Mudah Untuk Diamalkan Ketika Sahur. Boleh Kenyang Lama!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd