Now Reading
Hotel Lone Pine Penang Dibuka Semula Sebagai ‘Resort Tribute Portfolio’ Di Batu Ferringhi

Hotel Lone Pine Penang Dibuka Semula Sebagai ‘Resort Tribute Portfolio’ Di Batu Ferringhi

Hotel Lone Pine Penang kini dibuka semula pada 1 Julai 2023 sebagai portfolio kedua bagi Marriott Bonvoy.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ikonik Lone Pine Penang yang terletak di pantai berpasir pulau telah dibuka semula pada 1 Julai 2023 lalu selepas setelah melalui proses renovasi menyeluruh dan transformasi sebagai Resort Tribute Portfolio. 

Sebahagian daripada Tribute Portfolio oleh Marriott Bonvoy – hotel yang berkembang di seluruh dunia yang penuh karakter – Lone Pine Penang menggabungkan daya tarikan warisan dengan kemewahan kontemporari yang mencerminkan budaya hidup, sejarah serta keindahan semulajadi di Pulau Pinang. 

Dengan lokasinya yang ideal di tepi pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang, hotel ini menyediakan tempat tinggal yang sempurna untuk menerokai negeri ini.

Dikenali dengan pantainya yang menakjubkan, air yang jernih, aktiviti sukan air yang menarik dan restoran makanan laut, Batu Ferringhi yang terletak kira-kira 10 kilometer dari ibu negara Pulau Pinang iaitu George Town merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. 


Lone Pine Penang Kini Dibuka Sebagai ‘Tribute Portfolio’ Kedua Bagi Marriott Bonvoy

Kisah Lone Pine bermula pada tahun 1948 ketika ia dibuka oleh Dr. Albert Stanley Mckern sebagai hotel pertama di Batu Ferringhi dengan hanya 10 bilik tersedia yang memberi penghormatan kepada kepada rumah abad pertengahan merangkumi elemen-elemen istana Melayu. 

Lone Pine Penang mempunyai 90 bilik dengan 16 bilik menawarkan pemandangan halaman dan taman serta 74 bilik dilengkapi dengan balkoni peribadi. 

“Kami sangat berbesar hati untuk memperluaskan lagi portfolio Marriott Bonvoy dengan memperkenalkan properti ke-41 kami di Malaysia dan Tribute Portfolio kedua kami setelah pembukaan Palm Garden Hotel, Putrajaya, ‘A Tribute Portfolio Hotel’ pada tahun 2021. 

Pembukaan semula Lone Pine Penang akan meningkatkan penawaran hospitaliti di pulau ini dan memperkuat komitmen kami untuk menyediakan lebih banyak pilihan yang berbeza kepada para pelancong di Malaysia,” kata Area Vice President – Indonesia dan Malaysia Marriott International, Ramesh Jackson.

Para tetamu berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan di The Bungalow sambil menikmati pemandangan laut yang cukup menenangkan. 

Bukan itu sahaja, peminat kopi juga boleh bersantai di Lepak Corner sambil menikmati minuman dan makanan ringan. 

Resort ini juga menyediakan 3 bilik ruang acara seluas 341 meter persegi untuk segala jenis acara dan pertemuan. 

“Terinspirasi oleh pelbagai budaya di pulau ini, Lone Pine berbesar hati mahu menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada pengalaman percutian buat para tetamu. Sebagai Resort Tribute Portfolio, Lone Pine Penang bukanlah sekadar sebuah hotel – ia adalah ruang tamu untuk semua individu,” kata Pengurus Besar Lone Pine Penang, Resort Tribute Portfolio, Datuk Gulab Mahatam Rai.

Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh klik [DI SINI]. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd