Now Reading
Sunway XFarms Bantu Keluarga B40, Derma Lebih 2,400KG Sayuran Bebas Racun Perosak

Sunway XFarms Bantu Keluarga B40, Derma Lebih 2,400KG Sayuran Bebas Racun Perosak

Sunway XFarms bersama syarikat korporat lain telah menderma sekurang-kurangnya 100 beg sayuran segar bebas racun perosak yang kini telah melebihi 2,400 kilogram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kempen satu-untuk-satu Sunway XFarms sepanjang bulan Mei menyaksikan cabang teknologi pertanian Sunway Group mengadakan perhimpunan kedua-dua korporat dan penderma individu untuk menyumbangkan lebih 2,400 kilogram hasil sayuran Gred A, segar dan bebas racun perosak kepada lebih 3,500 keluarga memerlukan di seluruh Lembah Klang.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia mendapati 30% kanak-kanak dari golongan B40 mengalami masalah kekurangan zat makanan kerana tidak mempunyai akses kepada makanan berkhasiat.

Oleh itu, kempen ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan jurang antara kebolehcapaian makanan dan menambah baik diet pemakanan mereka.

Segelintir populasi dari kumpulan sosio-ekonomi tersebut juga perlu bergantung kepada program bantuan makanan dikendalikan oleh beberapa organisasi berikutan kesusahan ekonomi yang diburukkan lagi dengan pandemik Covid-19.

Untuk setiap beg salad yang dibeli, Sunway XFarms akan menghadiahkannya juga kepada keluarga memerlukan.

Sumber: Sunway XFarms

Setiap rakan kongsi korporat menyumbangkan sekurang-kurangnya 100 beg sayur-sayuran segar dan berkhasiat setiap minggu dan kini telah berjaya menderma lebih 2,400 kilogram.

Sunway XFarms turut bekerjasama dengan pelbagai NGO dan pertubuhan kebajikan seperti MyKasih dan HTBB, serta menyertai acara pengedaran yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut.

“Pembangunan mampan melangkaui usaha untuk menangani perubahan iklim, tetapi perlu melibatkan kemajuan dalam tonggak sosial dan ekonomi masyarakat juga. Sunway XFarms menggalakkan petani serta pengeluar makanan lain untuk mengasingkan sebahagian daripada keluaran mereka untuk golongan memerlukan.

“Ini kerana kita telah menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah golongan yang kekurangan zat makanan sejak 2019 disebabkan kemiskinan, konflik global dan pandemik COVID-19,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Sunway XFarms, Eleanor Choong.

Ketua Pegawai Operasi Sunway XFarms, Eleanor Choong (kanan) bersama Pemuda dan Menteri Sukan Hannah Yeoh (kiri) pada Majlis Sarapan Pagi Hari Ibu di mana Sunway XFarms mengedarkan lebih 100 beg sayur-sayuran segar.

Tambah beliau lagi, syarikat terlibat juga digalakkan untuk terus menderma sayur-sayuran segar mereka dari semasa ke semasa.

“Kebanyakan penerima bantuan adalah daripada kumpulan B40 dan sekolah pelarian yang tidak mempunyai akses kepada diet sihat kerana kekangan kewangan, had masa dan gaya hidup tidak sihat. Kami berharap sayur-sayuran segar yang kami bekalkan ini dapat menggalakkan mereka mengamalkan diet lebih sihat dari usia muda.”

Projek CSR oleh Sunway XFarms menyaksikan usaha bersama melibatkan Sunway Property dan Sunway Taman Tema yang menyumbang sayur-sayuran untuk diberi kepada lebih 100 keluarga selama sebulan, dan juga memasukkan beberapa barangan ‘signature’ mereka dalam agihan bantuan seperti mi cawan dan pes masakan segera.

Sunway XFarms mengedarkan lebih 300 beg sayur-sayuran berdaun yang berkhasiat dan bebas racun perosak kepada pelbagai organisasi bantuan makanan, termasuk keluarga B40 dari SK Puchong Utama 3, bersama Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dan pasukannya.

“Kami amat berbesar hati untuk mempunyai rakan kongsi seperti Sunway Property dan Sunway Taman Tema yang komited untuk menyokong sumbangan hasil segar bagi tempoh jangka panjang,” kata Choong.

Syarikat korporat di luar Sunway turut menyertai kempen pengagihan itu, dengan satu syarikat menaja lebih 500 keping roti dari Mei hingga Julai.

Sumbangan roti itu kemudiannya dijadikan hidangan sandwic berkhasiat dengan menggunakan sayur-sayuran untuk diedarkan kepada pelbagai sekolah dan komuniti pelarian pada setiap minggu. Sukarelawan akan berkumpul pada waktu pagi untuk membuat lebih 600 sandwic.

Sumber: Sunway XFarms

Ketua Bank Makanan HTBB, Michael Ho berkata “Walaupun nampak seperti banyak sandwic perlu dibuat, ia hanya satu hidangan untuk mereka.”

Kepada anda yang ingin menderma hasil segar dan berkhasiat kepada mereka yang kurang bernasib baik, boleh berbuat demikian menerusi laman web Sunway XFarms atau menghubungi talian +60 11-5621 6538.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd