Now Reading
Indah Water Konsortium Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Indah Water Konsortium Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

IWK telah memperuntukkan bantuan bernilai RM50,000.00 untuk diagihkan segera kepada keluarga yang terlibat di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd turut sama menghulurkan bantuan kepada beberapa komuniti yang terjejas akibat bencana kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.

Syarikat perkhidmatan pembetungan nasional ini telah menyampaikan beberapa bentuk bantuan termasuk perkhidmatan mengosongkan tangki septik secara percuma, penyediaan bekalan keperluan asas dan makanan, serta membantu mencuci rumah mangsa termasuk kakitangan IWK yang terlibat. 

IWK telah memperuntukkan bantuan bernilai RM50,000.00 untuk diagihkan segera kepada keluarga yang terlibat di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).  

Pada masa yang sama, IWK turut bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan menyediakan sebanyak 32 buah tandas bergerak kepada lapan (8) buah PPS. 

Kredit: Malay Mail

Banjir besar yang melanda baru-baru ini juga telah mengakibatkan kerosakan kepada lebih kurang 254 loji rawatan air kumbahan IWK, dengan jumlah kerugian sekitar RM7 juta.

Kebanyakkan loji-loji yang terbabit berada di sekitar negeri Selangor dan Pahang. Pihak syarikat hanya dapat memeriksa kadar kerosakan yang tepat sebaik sahaja lokasinya boleh dimasuki, serta disegerakan proses pembaikkan. 

Proses membaikpulih kerosakan tersebut telah bermula di beberapa loji, dan dijangka akan kembali beroperasi dalam waktu terdekat sebaik sahaja peralatan diganti dan bekalan tenaga elektrik pulih. 

IWK selesaikan isu kejadian tanah mendap

Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa berlaku kejadian tanah mendap di Selayang dan Petaling Jaya yang mengaitkan dengan paip pembetungan IWK yang telah patah seperti yang telah dilaporkan oleh sesetengah media.

Bagi kejadian yang berlaku berhampiran Pangsapuri Teratai, Bandar Baru Selayang, Gombak; IWK telah mengenalpasti punca sebenar adalah disebabkan oleh paip pembetungan persendirian telah patah akibat kegagalan cerun.

Paip pembetungan awam yang dikendalikan IWK tidak terbabit dan berada dalam keadaan baik.  

Kredit: PakDin.my

Manakala kejadian di Petaling Jaya pula adalah disebabkan oleh paip pembetungan IWK yang telah patah dan kontraktor menutup kawasan mendapan serta membaikinya segera.

Kerja-kerja pembaikan dianggarkan siap dalam tempoh enam (6) hari dan orang ramai diminta berhati-hati menggunakan jalan tersebut dan IWK sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna di sana. 

IWK juga ingin memaklumkan bahawa kaunter pembayaran, perkhidmatan pelanggan serta pejabat agensi perakuan untuk negeri Selangor di Loji Rawatan Kumbahan Wilayah (SAM272), Off Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan terpaksa ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak akibat bencana banjir ini.  

Pelanggan dinasihat menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk urusan pembayaran, aduan dan permohonan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian 03-2083 2828 atau emel kepada care@iwk.com.my.  


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd