Now Reading
Samsung Kuasakan Minat & Kreativiti Dalam Seni Muzik Untuk Rising Stars Malaysia!

Samsung Kuasakan Minat & Kreativiti Dalam Seni Muzik Untuk Rising Stars Malaysia!

Samsung juga melancarkan Cabaran TikTok DOLLA bermula 1 Mei 2021 dan anda hanya perlu menari dengan lagu Raya baru DOLLA. Boleh menang 9 unit Galaxy A32 pula tu!

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Pada 30 April lalu, Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan inisiatif baru iaitu “A Rising Star” – untuk memberi inspirasi dan menyatukan anak muda Malaysia, bintang-bintang yang bakal menyinar, melalui satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Sebagai peneraju global dalam teknologi mudah alih, “A Rising Star membuktikan komitmen Samsung Malaysia untuk membantu meningkatkan industri seni dan muzik tempatan dengan menyediakan platform bagi anak muda hari ini untuk menikmati seni dan muzik – menerusi ciri-ciri unik pada Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Kredit: Samsung Malaysia

Seni dan muzik, khususnya adalah teras dalam budaya belia dan memainkan peranan penting untuk mempertingkat kemahiran sosial mereka dan cara mengekspresikan diri dalam bentuk kreatif.

Kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk membawa anak-anak muda bersatu melalui minat yang dikongsi bersama dan memberi penghargaan untuk seni dan muzik tempatan, malah ia juga untuk menarik potensi anak muda lain dan menyatukan semua lapisan masyarakat.

Kredit: Samsung Malaysia

“Anak muda hari ini mempengaruhi arah aliran semasa dalam budaya yang dapat kita lihat dan perkara itu diilhamkan, diinspirasikan dan direka menggunakan telefon pintar mereka. Minat dan semangat mereka untuk mencipta sesuatu tidak pernah berhenti dan teknologi inovatif Samsung adalah padanan sempurna untuk anak muda di Malaysia dan seluruh dunia, bagi menggalakkan mereka untuk menyalurkan kreativiti serta meneruskan minat dan impian mereka,” kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics.

Melalui inisiatif ini, Samsung akan menggerakkan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung dalam usaha untuk memberikan peluang buat belia untuk merakam dan melalui pengalaman yang luar biasa.

Menyokong industri muzik tempatan bersama Universal Music Malaysia

Universal Music Malaysia dan Samsung sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran video muzik (MV) oleh artis tempatan yang semakin meningkat – MV yang bertemakan Raya berjudul Raya Raya Raya, oleh penyanyi wanita berkumpulan DOLLA.  

Video muzik Raya Raya Raya menyentuh perbezaan cara tradisional dan moden dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri di mana kepesatan inovasi teknologi pada hari ini telah membentuk bagaimana hari penting diraikan, terutama kepentingan alat dan platform media sosial yang begitu ketara dalam mempengaruhi interaksi antara keluarga dan rakan-rakan.

Melalui semangat dan keadaan itu, Samsung juga melancarkan Cabaran TikTok DOLLA pada 1 Mei 2021 – untuk menyertainya, hanya menari dengan lagu Raya baharu DOLLA dan dapat berpeluang untuk memenangi sebanyak 9 unit Galaxy A32 yang Samsung akan berikan!

Kredit: Samsung Malaysia

Selain itu, Samsung dan Universal Music juga akan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang membantu memperkasa belia untuk mencapai impian mereka dalam industri muzik melibatkan artis tempatan yang semakin meningkat iaitu, Jeii Pong dan Gaston Pong yang juga dikenali sebagai  “PongPong”.

“Kami rasa berbesar hati untuk menjalin kolaborasi besar-besaran bersama Samsung dengan pelancaran Raya Raya Raya. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting buat DOLLA sebagai selebriti tempatan yang baharu dan bagi kami di Universal Music Malaysia. Keseluruhan idea adalah untuk memperkenalkan DOLLA sebagai selebriti baharu yang semakin meningkat dan dikenali, juga untuk memperkukuh kehadiran mereka di pentas tempatan, serantau dan akhir sekali di peringkat global. Ia sememangnya peluang terbaik untuk bekerjasama dengan jenama besar dan kukuh seperti Samsung, selaras dengan tujuan luar biasa mereka untuk menyokong anak muda dan seni di Malaysia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Samsung untuk kerjasama strategik yang dijalinkan ini,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran TikTok Dolla, boleh klik sini.

Nah, cuba dengar dulu lagu Raya Raya Raya ni. Catchy!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd