Now Reading
[Video] Ini 5 Panduan Untuk ‘Test’ Barang Mekap Pada Tangan Sebelum Beli. Jangan Tersalah Pilih ‘Shade’!

[Video] Ini 5 Panduan Untuk ‘Test’ Barang Mekap Pada Tangan Sebelum Beli. Jangan Tersalah Pilih ‘Shade’!

Setiap produk mekap mempunyai tempat yang berbeza untuk menguji kesesuaian tona warnanya pada kulit wajah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Siapa je tak nak tampil menawan terutamanya ketika pergi beraya rumah saudara-mara dan rakan anda kan?

Jadi inilah masanya untuk korang ‘restock’ barang-barang mekap yang sudah kehabisan. Tak kisah murah atau mahal, yang penting ia boleh buat wajah kita nampak cantik!

Tetapi sebelum korang nak membeli apa-apa barangan mekap, kenalah ‘test’ dulu sama ada warnanya sesuai dengan tona warna pada kulit wajah atau tidak.


Panduan Untuk ‘Test’ Mekap Pada Tangan Sebelum Membelinya

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@mishbby), wanita ini tampil memberikan panduan kepada para wanita yang mahu mencuba produk pada kulit tangan terlebih dahulu sebelum membelinya.

Nak ‘test’ pun ada cara yang betul dan tidak semuanya sesuai diuji di bahagian belakang tapak tangan. Bukan apa, kalau tersalah beli nanti takut tak kena dengan tona warna pada kulit wajah.

Antara panduan yang dikongsikan adalah seperti berikut:

#1. Panduan ‘Test’ Mekap: Gincu
Sumber: TikTok (@mishbby)

Kalau korang perasan, warna pada bibir adalah sedikit kemerahan. Jadi untuk melihat warna gincu yang sesuai dipakai, korang boleh meletakkan sedikit lipstik pada bahagian tapak jari yang mempunyai tona warna kemerahan seakan-akan dengan warna bibir.

#2. Panduan ‘Test’ Mekap: Highlighter
Sumber: TikTok (@mishbby)

Untuk menguji kesesuaian highlighter pula, korang boleh meletakkan sedikit produk berkenaan di bahagian tulang bawah berhampiran ibu jari kerana kawasan tersebut mempunyai tona warna hampir serupa dengan tulang pipi.

#3. Panduan ‘Test’ Mekap: Blusher
Sumber: TikTok (@mishbby)

Bagi produk blusher pula, korang boleh meletakkannya di bahagian bergelangan tangan kerana memiliki tekstur lebih kurang dengan pipi.

https://www.tiktok.com/@mishbby/video/7340817213676375338?_r=1&_t=8lRRfT7FbMK
#4. Panduan ‘Test’ Mekap: Foundation
Sumber: TikTok (@mishbby)

Untuk produk foundation pula, korang kena pilih betul-betul sebab ia akan digunakan hampir di seluruh wajah dan menentukan kecantikan mekap.

Jadi untuk pilih ‘shade’ foundation yang sesuai, korang kena letakkan pada permukaan tangan yang sedikit kemerahan dan mempunyai garisan-garisan halus seperti di tapak tangan atau kulit di antara ibu jari dan jari telunjuk.

https://www.tiktok.com/@mishbby/video/7356743224591011114?_r=1&_t=8lSi3i9z9XB
#5. Panduan ‘Test’ Mekap: Contour
Sumber: Pexels/ Byrdie

Kepada korang yang suka membentuk muka agar menjadi lebih runcing dengan melakukan teknik ‘contour’, cara untuk memilih produk untuk ‘contour’ adalah berdasarkan tona warna kulit sama ada ‘cool undertone’, ‘warm undertone’ atau neutral.

Cara untuk menentukan kulit korang yang mana satu adalah melihat warna pada nadi seperti berikut:

  • Nadi berwarna biru atau ungu: Cool undertone
  • Nadi berwarna kehijauan: Warm undertone
  • Nadi mempunyai campuran kedua-dua warna: Neutral

Untuk mereka yang mempunyai ‘warm undertone, korang boleh pilih produk contour dengan warna yang lebih gelap manakala mereka yang memiliki ‘cool undertone’ pula boleh memilih produk yang mempunyai tona warna yang ke arah kekelabuan.

https://www.tiktok.com/@mishbby/video/7356349439507828010?_r=1&_t=8lSidPNI5ET

Semoga perkongsian ini dapat membantu korang untuk memilih produk yang sesuai dengan tona wajah masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Contoh Make-Up Hari Raya Yang Win, Teknik Kena Betul!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Jenama Produk Penjagaan Muka Tempatan Yang Anda Patut Cuba

Baca Artikel Berkaitan: Jenama Make-Up Rare Beauty Diboikot, CEO Produk Pro-Israel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd