[Tips] Ini Contoh Make-Up Hari Raya Yang Win, Teknik Kena Betul!
Antara teknik contour yang boleh digayakan adalah ‘model cheekbones’ dan ‘triangle contour’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada pagi raya nanti, para wanita mestilah nak bercantik-cantik dengan memakai makeup kan?
Selain daripada makeup yang basic macam foundation, lipstick dan mascara, anda boleh juga memakai contour agar wajah nampak lebih terbentuk.
Contour adalah teknik makeup yang memanipulasi cahaya dan bayang-bayang untuk lebih menampakkan bentuk muka anda.
Ia bertujuan untuk membuatkan sesetengah bahagian muka kelihatan lebih kurus dan mewujudkan wajah yang lebih simetri.
4 Tips Memakai Contour Di Pagi Hari Raya
Berikut merupakan empat cara memakai contour untuk mengubah bentuk muka yang dikongsikan oleh influencer Melis Ekrem menerusi akaun TikToknya (@melisekrem). Dia menggunakan contour dalam bentuk ‘stick’ yang kelihatan lebih mudah.
#1. Model Cheekbones
Untuk lebih menampakkan tulang pipi (cheekbones) anda, bahagian muka di belah bawahnya perlulah digelapkan.
Buat satu garisan melengkung mengikut bentuk tulang pipi anda. Kemudian sambungkan kedua-dua hujungnya menerusi rahang.


#2. Triangle Contour
Teknik contour ini boleh dilakukan bagi menaikkan bentuk muka anda. Seperti namanya, contour tersebut dilukis dalam bentuk segi tiga.
Gunakan jari anda untuk melukiskan satu garisan lurus di atas tulang pipi. Kemudian, tambahkan satu garisan dari hujung belah bawah ke bahagian pelipis (temple).


#3. One Line Contour
Teknik contour ini dilakukan dengan melukis di sekeliling muka. Bermula dari dahi, tarikkan contour di sekelilingnya dan masuk sedikit menghampiri mata.
Kemudian, tarik ke bawah lagi dan buat garisan pada tulang pipi. Sambungkan sehingga ke bawah dagu. Lakukan langkah ini di kedua-dua belah muka.
Menurut Melis, teknik ini sesuai digunakan untuk semua bentuk muka.


#4. One Dot Contour
Jika anda mahukan contour yang kelihatan lebih natural, boleh gunakan teknik ‘one dot’. Ini dilakukan dengan hanya meletak satu titik bulat contour pada bahagian garis rahang (jawline) sebelum blend.


@melisekrem 4 Ways to Contour ✨ which contour placement is your favourite? Products: @nyxcosmetics_uk Wonderstick (Universal Light) #contour #contourtutorial #contouringhacks #makeup #makeuptips #makeuphacks
♬ greedy – Tate McRae
Pakai Contour Ikut Bentuk Muka
Selain itu, anda juga boleh memakai contour mengikut bentuk muka anda. Pastikan untuk menggayakan contour dengan highlight agar wajah tampak lebih terbentuk.
Jangan lupa pakai eyeshadow, blush, lipstick dan mascara untuk melengkapkan makeup anda!

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.