Now Reading
Malam Nisfu Sya’aban Jatuh Selepas Maghrib Pada Khamis, 17 Mac

Malam Nisfu Sya’aban Jatuh Selepas Maghrib Pada Khamis, 17 Mac

Berkomunikasilah dengan Allah SWT pada malam Nifsu Sya’ban ini. Luahkan sahaja apa yang terbuku di dada. Jangan malu kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Sya’aban adalah di antara bulan yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu kerana hampirnya bulan ini dengan Ramadan.

Malah pada pertengahannya iaitu Nisfu Sya’aban yang merupakan antara malam dinanti-nantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT dikaitkan dengan malam ini.


Malam Nifsu Sya’aban.

Nisfu bermaksud separuh.

Nisfu Sya’aban pula bermaksud separuh daripada bulan Sya’ban.

Malam Nisfu Sya’ban jatuh pada hari Khamis (17 Mac 2022) bermula selepas Maghrib.

Malam Nisfu Sya’aban merupakan malam penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul Qadar. Malam ini jangan melepaskan peluang untuk meminta apa sahaja hajat terpendam.

Berkomunikasilah dengan Allah SWT pada malam Nifsu Sya’ban ini. Luahkan sahaja apa yang terbuku di dada. Jangan malu kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar.

Malam Nisfu Sya’aban ini, Allah SWT akan mendengar setiap doa umatnya tanpa hijab dan malaikat juga akan turun ke langit dunia bagi mencari sesiapa jua yang banyak dosa, melihat siapa yang memohon rezeki dan juga mendengar rintihan umat yang sedang ditimpa musibah.

Oleh itu, umat Islam disarankan untuk:

  • Meminta keampunan.
  • Meminta rezeki melimpah ruah.
  • Memohon dipermudahkan urusan.

Pada malam Nifsu Sya’aban ini, Allah SWT akan mencari para pendosa yang memohon taubat kepadaNya.

Malam Nisfu Sya’ban adalah hari di mana buku catatan amalan orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baharu.

(Kredit: Malay Mail)

Apa Yang Disarankan Untuk Dibuat Pada Malam Nifsu Sya’aban?

  • Membaca Surah Yassin sebanyak tiga kali.
    • Surah Yassin yang pertama dibaca untuk memohon panjang umur, ketaatan, ketaqwaan serta mendapat istiqomah kepada Allah SWT.
    • Surat Yassin yang kedua dibaca untuk memohon diluaskan rezeki yang halal dan menolak bala.
    • Surat Yassin yang ketiga dibaca untuk memohon ditetapkan Iman Islam sehingga ke akhir hayat.
  • Berdoa secara khusyuk untuk meminta apa sahaja tersirat di dalam hati kerana malam Nifsu Sya’ban adalah malam yang sangat ijabah untuk dikabulkan kesemua doa-doa serta hajat diinginkan.

Kelebihan Malam Nifsu Sya’ban.

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila tiba malam Nisfu Sya’aban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman:

“Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu, sekiranya begini, sehinggalah terbitnya fajar.” [Riwayat Ibnu Majah]


Mengapa Malam Nifsu Sya’ban begitu istimewa?

Banyak kelebihan malam Nisfu Sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SWT sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya’ban.

Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.

Oleh itu, hidupkanlah malam Nisfu Sya’ban dengan beribadah seperti:

  • Solat Sunat Tasbih.
  • Membaca Al-Quran.
  • Berzikir.
  • Selawat.
  • Berdoa.

Sabda Rasulullah SWT yang bermaksud:

“Apabila tiba pada malam Nisfu Sya’ban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadah) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah SWT turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman:

“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” [Hadis Riwayat Ibnu Majah].


Kembalilah kepada Yang Maha Esa dalam keadaan yang sudah bertaubat dan Allah redha dengan kita. Malam ini adalah malam yang Allah SWT akan mengabulkan segala doa dan akan mengampunkan dosa walaupun sebanyak bulu-bulu pada badan kambing.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd