Now Reading
Chim by Chef Noom Serlah Keaslian Menu Thai Di Sebalik Masakan, Penuhi Citarasa Rakyat Malaysia

Chim by Chef Noom Serlah Keaslian Menu Thai Di Sebalik Masakan, Penuhi Citarasa Rakyat Malaysia

Chef Noom berhasrat untuk membawa para pengunjung mengenali hidangan ‘street food’ di Thailand dengan menawarkan rasa yang asli di Chim by Chef Noom.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini, revolusi melibatkan industri kulinari semakin berkembang termasuklah bidang masakan diketuai oleh Thaninthorn “Noom” Chantrawan.

Dengan usaha terbaharu Chim by Chef Noom, beliau berhasrat membawa para pengunjung mengenali hidangan ‘street food’ di Thailand dengan menawarkan rasa yang asli.

“Chim bukan sekadar hidangan; ia adalah naratif budaya Siam yang diceritakan melalui rasa yang mendalami jiwa,” jelas Chef Noom dalam temu bual bersama The Rakyat Post sambil menceritakan minatnya terhadap masakan Thai.

Penubuhan Chim oleh Chef Noom bukanlah kebetulan semata-mata.

Ia adalah keputusan teliti sambil didorongi oleh keinginannya untuk mencari rakan kongsi di Malaysia yang turut meminati masakan Thai.

“Perjalanan saya bukan hanya sekadar mahu mencari seseorang yang ‘deep pockets’, tetapi juga mementingkan hal masakan,” kata Chef Noom.

Kerjasama ini amat penting dalam menghidupkan menu yang melangkaui hidangan konvensional agar dapat memberikan pengalaman yang belum pernah dinikmati oleh rakyat Malaysia melibatkan masakan Thai.

Chef Noom yang juga dikenali sebagai Thaninthorn Chantrawan merupakan seorang chef Thai terkenal dan telah memperoleh bintang Michelin untuk restorannya, Chim by Siam Wisdom di Bangkok.

Pengalaman Baharu Dalam Kulinari Malaysia

Walaupun rakyat Malaysia sudah biasa dengan masakan Thai, tetapi mereka juga teruja untuk menikmati inovasi dalam hidangan berkenaan.

Chef Noom yang sebelum ini pernah bekerja di pelbagai restoran terkenal dunia di London termasuk Zuma, Roka, Patterson’s, Momo, dan Sketch telah bertekad untuk mencabar diri sebelum memperkenalkan hidangan bersifat moden dan ‘timeless’.

“Kami di sini bukan untuk menyediakan hidangan yang anda sudah tahu, malah untuk mencabar selera anda dan memperkenalkan aspek masakan Thai yang belum ditemui,” jelasnya.

Menyesuaikan masakan tradisional Thai dengan selera masyarakat Malaysia menjadi satu perjalanan inovasi dalam dunia masakan buat Chef Noom yang terkenal dengan sikap inovatifnya terhadap hidangan klasik Thai seperti menu signature Tom Yum Plachon Bo-Larn.

Mencipta pes kari yang unik dan menggabungkan bahan-bahan tempatan membuktikan dedikasinya dalam mengekalkan keaslian dan kebolehsuaian.

“Ini melibatkan keseimbangan antara mengekalkan citarasa Thai dan menerima pilihan citarasa tempatan,” kongsi Chef Noom.


“Authenticity over Universality”

Falsafah Chef Noom adalah mudah – ‘Authenticity Over Universality’.

“Saya membawa citarasa asli saya sendiri ke meja. Ia melibatkan pembentangan visi saya tentang masakan Thai,” katanya.

Pendekatan ini bukan sahaja mentakrifkan gaya masakannya tetapi juga menggalakkan pengunjung untuk meneroka masakan Thai dengan berfikiran terbuka.

Chef Noom menggalakkan para pengunjung untuk menyelami dengan hati terbuka apabila ditanya tentang hidangan yang mesti dicuba.

“Setiap hidangan menceritakan kisah tersendiri melibatkan budaya Thai yang perlu diterokai,” katanya.

Menu ciptaannya adalah tafsiran moden masakan tradisional Thai di mana setiap hidangan dibuat dengan teliti untuk mempamerkan intipati budaya Thai.


Chim by Chef Noom vs. Chim by Siam Wisdom

Membandingkan usaha terbaharunya dengan Chim by Siam Wisdom, Chef Noom menyerlahkan evolusi pendekatan masakannya.

“Sementara Chim by Siam Wisdom meneroka resipi tradisional, Chim by Chef Noom adalah tentang bagaimana menu kami merentasi sempadan tersebut tanpa kehilangan elemen aslinya,” jelas Chef Noom.

Mengimbas kembali pengalamannya di beberapa dapur yang paling terkenal di dunia, daripada Zuma dan Roka kepada Momo dan Sketch, Chef Noom berkongsi hidangan terbesarnya.

“Setiap tugas adalah satu bab dalam buku masakan saya, ia mengajar saya kepentingan inovasi, persembahan dan mengejar kecemerlangan tanpa henti,” ujarnya.


Perjalanan Mencapai ‘Michelin Star’

Dengan tujuh bintang Michelin berturut-turut di bawah kendaliannya, Chef Noom merasai tekanan yang diberikan kepadanya, namun beliau tetap memilih untuk memberi tumpuan kepada inspirasi dan kepuasan pelanggan.

“Ia bukan tentang ‘Michelin Star’, ia melibatkan cipataan hidangan yang mengujakan dan memuaskan hati pengunjung kami,” katanya.

Apabila ditanya tentang satu hidangan yang boleh dimakan sepanjang hayatnya, pilihan Chef Noom adalah sesuatu yang beada di rumahnya iaitu telur dadar dan kari hijau masakan ibunya.

“Ia bukan hanya mengenai makanan; ia adalah tentang kasih sayang yang dicurahkan ketika menghasilkan sesuatu masakan. Itu yang menjadikannya istimewa,” kongsinya dengan penuh nostalgia.


Pengalaman Yang Cukup Bermakna Kepada Pengunjung

Chef Noom berharap pengunjung yang menikmati hidangan dari Chim by Chef Noom bukan sahaja berpuas hati tetapi teruja untuk berkongsi pengalaman mereka kepada orang lain.

“Kami mahu makanan dan perkhidmatan kami menjadi salah satu topik yang dibulakan sebagai tanda kepuasan hati pelanggan. Secara tidak langsung ia menjadikan para pengunjung sebagai duta terhadap masakan kami,” jelas Chef Noom.

Dalam era di mana keaslian sering mengambil tempat duduk belakang untuk tampil terselah, Chim by Chef Noom berdiri sebagai mercu tanda penerokaan masakan tulen.

Chef Noom menjemput anda semua untuk merasai sendiri pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Chim by Chef Noom.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd