Elevete Patisserie Tampil Dengan Koleksi ‘Dessert’ Sempena Hari Raya Aidilfitri
Koleksi The Elevete Patisserie Raya 2024 boleh dibeli bermula hari ini sehingga 30 April 2024.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai berpusu-pusu menyediakan juadah musim perayaan itu. Sebagai contoh biskut raya. Itu memang wajib ada di atas meja untuk dijamu buat para tetamu. Kalau tak ada, tak lengkaplah raya!
Tapi ada juga dalam kalangan masyarakat yang seringkali menyediakan ‘buah tangan’ buat rakan-rakan dan ahli keluarga. Maklumlah, setelah sekian lama tidak bersua muka, musim perayaanlah menjadi waktu paling sesuai untuk meraikan dengan lebih meriah.
Berbaki lebih kurang dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, jika anda masih tidak tahu di mana anda boleh memesan pencuci mulut hari raya untuk dibawa bersama sebagai ‘a little something’, kami ada idea!
Elevete Patisserie Perkenal Koleksi Percuci Mulut Sempena Hari Raya
Seiring dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, Elevete Patisserie dengan gembiranya memperkenalkan Koleksi Raya yang dinantikan ramai.
Koleksi kali ini menampilkan gabungan harmoni antara cita rasa tradisional Melayu dan seni karya pencuci mulut kontemporari. Direka bagi meningkatkan kegembiraan perayaan Hari Raya Aidilfitri, koleksi tahun ini menjanjikan pengalaman pencuci mulut yang sukar dilupakan untuk dinikmati seisi keluarga.
Oh! Dan jangan risau sebab kesemua produk Elevete Patisserie telahpun mendapat pensijilan halal.
BACA JUGA: Elevete Patisserie Tawar Menu Menarik Sempena Krismas! [Review]
Koleksi Raya Oleh Elevete Patisserie
#1. Salam Syawal
Elevete Patisserie menawarkan koleksi yang diberi nama “Salam Syawal” iaitu satu himpunan yang dipilih dengan teliti sesuai untuk diberikan sebagai hadiah semasa musim perayaan.
Bakul rotan cantik ini mengandungi pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Riang Raya Ondeh-ondeh Roulade, Tart Nenas, Biskut Coklat Chip, dan Kurma Ajwa Premium – memastikan satu sentuhan penuh kasih dan memupuk perpaduan serta keakraban di kalangan keluarga dan rakan-rakan.
#2. Riang Raya Roulade (Ondeh-Ondeh)
Siapa suka Ondeh-Ondeh pastinya menyukai pilihan ini.
Ianya merupakan satu ciptaan yang menggambarkan keaslian warisan Malaysia dengan sentuhan moden. Kek Span Pandan Chiffon dihiris lembut dengan Swiss Meringue Coconut Buttercream, dicampur dengan Sirap Gula Melaka harum, mengembangkan rasa nostalgia.
Setiap gulungan dihiasi dengan lapisan Hawaiian Coconut Flakes dan tiga bola ondeh-ondeh truffle coklat, sekaligus menambah lapisan manis di musim perayaan.
#3. Berkat Blessings Bites
Bagi mereka yang mencari pelbagai pilihan hidangan manis, Elevete Patisserie mempersembahkan Berkat Blessings Bites. Dulang ini disusun dengan teliti agar setiap orang dapat menikmati pelbagai kepingan kek dan brownie.
Bermula dari Salted Caramel Chocolate Cake Bites sehinggalah Nutella Brownie Bites, setiap satu pencuci mulut ini menjanjikan simfoni rasa yang menggembirakan lidah si pemakan.
Koleksi The Elevete Patisserie Raya 2024 boleh dibeli bermula hari ini sehingga 30 April 2024.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.