Elevete Patisserie Tawar Menu Menarik Sempena Krismas! [Review]
Antara menu Krismas yang diperkenalkan oleh Elevete Patisserie ialah Mini Gâteaux De Voyage Trio dan Christmas Log Cake.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sempena perayaan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi, banyak premis perniagaan yang menawarkan promosi dan juga jualan sempena sambutan yang diraikan setiap tahun ini.
Antara premis perniagaan yang tidak ketinggalan menawarkan menu Krismas adalah Elevete Patisserie bertempat di Petaling Jaya, Selangor.
Elevete Patisserie merupakan premis yang menjual pelbagai pencuci mulut dan juga manisan seperti brownies, kek, macaron, cupcake dan banyak lagi.
Elevete Patisserie mendapat tempat di hati pelanggan mereka kerana pencuci mulut yang dijual oleh mereka dihasilkan ‘panas dari ketuhar’ selepas anda membuat tempahan dengan mereka.
Antara manisan yang ‘best seller’ di Elevete Patisserie adalah seperti:
- Fatcarons
- Macarons Tower
- Popstar 7 inch Salted Caramel Chocolate Cake
- Burnt Cheesecake with Berries
- Butterscoth Cookies Cake
Yang lagi best, anda boleh tempah dan dapatkan kek anda pada hari yang sama kerana mereka juga menawarkan servis penghantaran di depan pintu rumah.
Selain itu, terdapat juga menu manisan yang tidak mempunyai bahan daripada telur dan gluten untuk anda yang alergi terhadapnya. Antaranya Kek Chocolate Truffle Cake dan Kek Dirty Tiramisu.
Elevete Patisserie Perkenal Menu Baharu Sempena Krismas
Sempena meraikan musim perayaan Krismas, Elevete Patisserie turut memperkenalkan sembilan menu manisan mereka yang terdiri daripada:
- Mini Gâteaux De Voyage Trio
- Christmas Log Cake
- Grandma’s Fruit Cake with Biscoff Ganache, Apricot Glaze
- Raspberry Kaffir Lime Pound Cake with Raspberry Jam & Lime Glaze
- Sticky Date Pudding with Soft Caramel, Milk Chocolate Caramel Glaze
- Christmas Black Forest Bites
- Christmas Macaron Tower of 30
- Christmas Nutella Stacked Brownies
- Macaron Wreath
- Christmas Designer Cupcakes
Menu pencuci mulut yang dikhaskan sempena Krismas ini juga boleh diberikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda.
Untuk pengetahuan anda, Gâteaux De Voyage Trio juga dikenali sebagai ‘Travel cakes’ kerana mudah dibawa sekiranya anda berada dalam perjalanan yang agak jauh.
Team TRP Dah Cuba Sendiri Menu Dari Elevete Patisserie
Baru-baru ini, team TRP telah dipelawa oleh Elevete Patisserie untuk merasai sendiri menu pencuci mulut sempena Krismas mereka.
Antara hidangan yang sempat kami cuba adalah seperti:
Raspberry Kaffir Lime Pound Cake with Raspberry Jam & Lime Glaze
Bagi kami, kek ini mempunyai rasa manis dan masam yang seimbang dari jem buah rasberi serta topping limau di bahagian atas.
Tak terlalu manis dan dalam masa sama, masih ada rasa masam yang cair dalam mulut.
Rate: 7/10
Christmas Black Forest Bites
Kepada anda yang gemarkan manisan bercoklat, kek ini memang akan kena dengan tekak anda kerana rasanya yang cukup berlemak dan kaya dengan rasa coklatnya.
Ditambah pula dengan bahagian bawah kek yang agak ‘crunchy’, memang ‘ngam’.
Rate: 8/10
Christmas Macaron Tower
Terdapat dua perisa macaron yang dihidangkan iaitu Mint Chocolate dan Red Velvet. Bagi kami, pencuci mulut ini agak manis dan kalau anda makan hidangan ini, kami cadangkan untuk minum minuman yang agak ‘light’ seperti teh untuk menyeimbangkan rasanya.
Rate: 8/10
Latar Belakang Elevete Patisserie
Premis Elevete Patisseries ini dimiliki oleh seorang pemuda dikenali sebagai Edwin Chan yang merupakan pengasas dan Ketua Chef di kedai ini.
Edwin yang merupakan graduan Taylor’s University yang pernah menuntut ilmu di Perancis telah memulakan perniagaan ini sejak lapan tahun lalu bermula dari rumah ibu bapanya.
Pada empat tahun pertama, Edwin menjalankan segala proses ‘baking’ di rumah ibu bapanya dan membuat keputusan menyewa rumah jirannya pada dua tahun seterusnya sebelum membuka kedai pertamanya pada April 2021 sehingg kini.
Kami sempat menemu bual Edwin sendiri dan bertanya kepada beliau tentang idolanya dalam bidang pastri.
Waktu zaman saya belajar, idola saya dalam bidang pastri adalah bekas pemilik Laduree iaitu Pierre Hermes yang kini sudah membuka perniagaan jenamanya sendiri.
Pemilik Elevete Patisserie, Edwin Chan.
Edwin juga berkongsi inspirasi beliau di sebalik menu-menu manisan yang dihasilkan.
Boleh dikatakan kesemua menu yang dihasilkan ini diinspirasikan daripada kehidupan seharian saya kerana saya seorang yang suka makann. Antara pencuci mulut yang paling syaa suka adalah Salted Caramel Macaron.
Pemilik Elevete Patisserie, Edwin Chan.
Sehingga kini, Edwin memberitahu bahawa dia kini ingin memberi fokus sepenuhnya dan memperbaiki sistem menjadi lebih kukuh sebelum membuka lebih banyak cawangan mereka.
Kepada anda yang ingin melawat sendiri cawangan Elevete Patisserie, boleh datang ke lokasi berikut:
- Lokasi: 12, Jalan SS 26/13, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00 AM sehingga 10:00 PM
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.