Now Reading
Ramadan 2024: Ini 9 Buffet Buka Puasa Sekitar KL & Selangor

Ramadan 2024: Ini 9 Buffet Buka Puasa Sekitar KL & Selangor

Antara lokasi bufet Ramadan yang anda boleh kunjungi adalah Bora Ombak dan Four Points by Sheraton Puchong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kini telah pun masuk hari ke-10 umat beragama Islam menunaikan ibadah puasa. Tibanya bulan Ramadan, sudah pasti ramai di antara anda akan berkumpul dengan ahli keluarga untuk berbuka puasa bersama-sama.

Namun begitu mesti ramai juga yang untuk berbuka di luar apabila sudah masuk minggu kedua ini.

Kalau anda nak tahu, terdapat banyak buffet Ramadan telah mula beroperasi sejak pertengah Mac lalu.


9 Buffet Ramadan Sekitar KL & Selangor

Di sini kami kongsikan sembilan senarai buffet Ramadan yang anda boleh kunjungi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

#1. Buffet 25 Malam
Sumber: Instagram (@zai.srigemilang)

Zai Sri Gemilang iaitu sebuah syarikat katering memperkenalkan buffet 25 Malam sempena bulan Ramadan ini dengan lebih dari 100 jenis menu!

Yang menariknya konsep buffet pada tahun tersebut adalah bertemakan Arabian. Sekali pandang, macam buffet di hotel pun ada.

Antara jenis makanan yang disajikan di sana termasuklah Nasi Minyak, Daging Tetel, Nasi Arab Kambing Sujud, pelbagai pemanis mulut dan sebagainya.

Sambil-sambil menjamu selera anda juga berpeluang untuk menikmati persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air.

  • Tarikh: 14 Mac – 7 April 2024
  • Waktu beroperasi: 6 petang – 9.30 malam
  • Lokasi: Urban Park Hall @LKSA, Alam Impian, Shah Alam

Harga:

  • Dewasa (hari bekerja): RM108
  • Dewasa (hari minggu): RM118
  • Kanak-kanak (7 – 12 tahun): RM68
  • Warga emas: RM68
#2. Bora Ombak
Sumber: Instagram (@boraombak_marinaputrajaya)

Khas buat mereka yang berada di sekitar Putrajaya, anda bolehlah kunjungi buffet Bora Ombak yang menyajikan pelbagai jenis makanan.

Makanan arab, masakan autentik Melayu, masakan Indonesia dan makanan Korea pun ada! Memang rambang mata. Air balang yang anda selalu nampak di bazar Ramadan pun tidak terkecuali.

Siapa yang minat ber-OOTD, ini tempat yang terbaik buat anda kerana mereka ada menyediakan tempat khas untuk anda bergambar. Lokasi buffet ini bertempat di Boraombak Marina Putrajaya, 1, Jalan P5/5, Presint 5, Putrajaya.

Harga (online):

  • Dewasa: RM85
  • Kanak-kanak: RM45
  • Warga emas: RM59.50

Harga (Walk-in):

  • Dewasa: RM105
  • Kanak-kanak: RM65
  • Warga emas: RM99.50
#3. MAHA Buffet
Sumber: MAHA Buffet

Kepada anda yang sudah muak dengan masakan Melayu, apa kata anda rasai hidangan bertemakan western di MAHA bufet. Yang paling best buffet di sini bawah RM100, sangat murah!

Kesemua makanan disajikan sememangnya fresh di mana anda boleh lihat sendiri para cef menyediakan juadah anda secara live. Memang sesuai kalau anda mahu bawa ahli keluarga untuk berbuka puasa bersama.

Antara menu yang ada adalah seperti Kambing Golek, meatball, macaroni, Apam Balik, air balang dan lain-lain lagi.

  • Tarikh: 14 Mac – 8 April
  • Waktu beroperasi: 6.30 petang – 9.30 malam
  • Lokasi: Hall A Dewan Maeps Serdang

Harga:

  • Dewasa: RM89
  • Kanak-kanak: RM49.90
  • Warga emas dan OKU: RM49.90
#4. Festival Makanan Asean
Sumber: TikTok (@samasamahotel)

Di buffet Festival Makanan Asean anda berpeluang untuk merasai pelbagai juadah terkenal sekitar rantau Asia seperti Shawarma, sate, kerabu, ulam-ulaman dan banyak lagi.

Senang cerita, pasti anda akan berasa kenyang dengan juadah unik serta lazat yang tersedia di sana.

  • Tarikh: 12 Mac – 9 April 2024
  • Lokasi: Sama-Sama Hotel International Airport, KLIA

Harga:

  • Dewasa: RM178
  • Kanak-kanak: RM78

Untuk tempahan awal, anda boleh hubungi pihak mereka di talian 016-2620469.

#5. Four Points by Sheraton Puchong
Sumber: Four Points by Sheraton Puchong

Four Points, Sheraton Puchong memperkenalkan cita rasa warisan tempatan bersempena musim Ramadhan iaitu bufet Tradisi Warisan.

Turut tersedia dengan Kambing Malbari klasik, udang sambal dan petai aromatik, intipati masakan Malaysia yang pelbagai. Buat anda yang ada selera serta tekak Melayu, sudah pasti buffet ini adalah antara pilihan yang terbaik.

Anda juga boleh membuat tempahan awal untuk ‘secure’ meja masing-masing.

  • Tarikh: 12 Mac – 8 April 2024
  • Lokasi: 1201, Tower 3, Puchong Financial, Corporate Centre (PFCC), Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, Puchong
  • Tempahan: [DI SINI]

Harga:

  • Dewasa: RM168
  • Kanak-kanak: RM138
  • Warga emas: RM138
#6. Iftar Rasa Malaysia, Astana Putra
Sumber: TikTok (@harleenquinn)

Sudah tentu ramai di antara anda yang sedang mencari-cari lokasi bufet Ramadan yang murah serta lazat. Kalau itu ciri-ciri yang anda cari, Iftar Rasa Malaysia adalah tempat yang anda perlu cuba ketika musim berpuasa ini.

Iftar Rasa Malaysia tersedia dengan lebih daripada 100 jenis juadah berbuka, sekali pandang pasti mahu lagi. Malah, mereka juga ada sediakan corner untuk makanan-makanan yang sesuai dengan selera si kecil.

Sekiranya, anak anda tidak boleh makan pedas atau tidak boleh makan sesuatu jenis makanan, usah risau. Di sini, anda boleh pilih pelbagai menu makanan untuk si anak berbuka puasa.

Untuk info, harga bufet untuk setiap minggu di bulan Ramadan ini adalah berbeza. Untuk tempahan anda boleh hubungi di talian 012-6627155/0124407155.

  • Tarikh: 13 Mac – 7 April 2024
  • Waktu beroperasi: 6 petang – 10 malam
  • Lokasi: Astana Putra UPM, Serdang

Harga (Mengikut minggu):

Minggu Pertama (13 – 17 Mac):

  • Dewasa: RM49.90
  • Kanak-kanak: RM24.90

Minggu Kedua (18 – 21 Mac):

  • Dewasa: RM54.90
  • Kanak-kanak: RM24.90

Minggu Kedua (22 – 24 Mac):

  • Dewasa: RM64.90
  • Kanak-kanak: RM31.90

Minggu Ketiga (25 – 28 Mac):

  • Dewasa: RM54.90
  • Kanak-kanak: RM31.90

Minggu Ketiga (29 – 31 Mac) & Minggu Keempat (1 – 7 April):

  • Dewasa: RM64.90
  • Kanak-kanak: RM31.90
#7. Buffet Balik Kampung & Buffet Juadah Desa by Chef Wan’s
Sumber: Instagram (@dewan.space)

Untuk foodie di luar sana, sudah tentu anda pernah menjamu selera di kedai cef terkenal tanah air, Chef Wan. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, De.Wan 1958 kembali lagi dengan bufet Ramadan 2024.

Di sini, anda boleh menikmati lebih daripada 200 jenis menu seperti peha kambing bakar, kerabu pucuk paku, daging rendang, udang masak lemak nanas, ayam kalio, lemang serta ketupat dan banyak lagi.

  • Tarikh: 15 Mac – 8 April 2024
  • Waktu beroperasi: 6.30 petang – 9.30 malam
  • Tempahan: [DI SINI]

Lokasi:

  • De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc KL/ RM188 per pax.
  • De.Wan 1958 by Chef Wan, Bangi Resort Hotel/ RM158 per pax.
  • De.Wan 1958 by Chef Wan, Bangsar/ RM188 per pax.
#8. Nostalgia Kampung Baru ft Azfar Heri
Sumber: Aloft Kuala Lumpur Sentral

Sebut sahaja Azfar Heri sudah pasti ramai di luar sana mengenali influncer dan content creator ini. Khas sempenan bulan mulia ini, Azfar Heri telah berkolaborasi bersama Aloft Kuala Lumpur Sentral untuk bufet Ramadan 2024.

Menu berbuka istimewa yang akan ditampilkan dalam Nostalgia Kampung Baru ini adalah kegemaran ramai iaitu sos sambal ayam, Puding Karamel Fabulous, bubur lambuk, kambing bakar perap dan banyak lagi.

  • Tarikh: 13 Mac – 17 Mac & 3 April – 8 April 2024
  • Lokasi: Aloft Kuala Lumpur Sentral
  • Tempahan: [DI SINI]

Harga:

  • Dewasa: RM178
#9. Novotel KLCC
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Novotel Kuala Lumpur City Centre pada tahun ini kembali dengan bufet berbuka puasa mereka sempena bulan Ramadan dengan berkonsepkan Citarasa Desa.

Kepada anda yang teringin untuk menikmati hidangan ala-ala kampung, Novotel KLCC adalah lokasi yang tepat kerana mereka mempunyai lebih daripada 50 juadah menarik yang disajikan kepada para pelanggan.

  • Tarikh: 16 Mac – 5 April 2024
  • Lokasi: Food Exchange, Novotel KLCC, Kuala Lumpur
  • Tempahan: Hubungi talian 016-229 9274 atau menghantar e-mel ke H6324@accor.com

Harga:

  • Dewasa: RM168
  • Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun): RM138
  • Warga emas: RM138

Baca Artikel Berkaitan: Bufet Ramadan Novotel KLCC Bawa Suasana ‘Citarasa Desa’ Untuk Buka Puasa, Kambing Golek Pun Ada! [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Lokasi Buffet Ramadan Sekitar Lembah Klang Dengan Harga Bawah RM100

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Bufet Ramadan Bawah RM180 Sekitar KL. Yang Penting Semua Ada Surau!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd