Now Reading
Bufet Ramadan Novotel KLCC Bawa Suasana ‘Citarasa Desa’ Untuk Buka Puasa, Kambing Golek Pun Ada! [Review]

Bufet Ramadan Novotel KLCC Bawa Suasana ‘Citarasa Desa’ Untuk Buka Puasa, Kambing Golek Pun Ada! [Review]

Bufet Ramadan Citarasa Desa ini akan bermula dari 16 Mac 5 April 2024 di Food Exchange, Novotel KLCC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah hampir seminggu kita berpuasa di bulan Ramadan pada tahun ini dan setiap hari perlu berfikir soalan yang sama iaitu nak makan apa?

Sesetengah individu mungkin sudah bosan untuk menikmati juadah yang sama atau memasak makanan yang berulang-ulang setiap hari.

Apa kata kali ini kita ‘tukar angin’ dengan makan di bufet hotel pula?


Novotel KLCC Perkenal Bufet Ramadan Dengan Konsep Citarasa Desa

Novotel Kuala Lumpur City Centre pada tahun ini kembali dengan bufet berbuka puasa mereka sempena bulan Ramadan dengan berkonsepkan Citarasa Desa.

Kepada anda yang teringin untuk menikmati hidangan ala-ala kampung, Novotel KLCC adalah lokasi yang tepat kerana mereka mempunyai lebih daripada 50 juadah menarik yang disajikan kepada para pelanggan.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Antaranya menu istimewa mereka adalah:

  • Kari Kepala Ikan Kandar
  • Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
  • Rendang Daging Betawi
  • Kambing Golek ‘Tergolek’
  • Tulang Rawan Asam Pedas
  • Udang Goreng Mongolian
  • Kari Kepala Ikan Tongkol
  • Daging Dendeng
  • Ayam Pongteh Peranakan
  • Puyuh Rendang Minang Hijau
  • Mamu Penang Char Kuey Teow
  • Sup ‘Meletop’ – Sup Ekor Daging Merah
  • Sup ‘Meletop’ – Sup Tulang Rawan Merah
  • Sup ‘Meletop’ – Sup Tulang Kambing Merah

Selain hidangan berat, ada juga menu yang agak santai untuk dijamah sambil berborak dengan rakan-rakan dan ahli keluarga, seperti:

  • Roti John
  • Sate
  • Nasi Impit
  • Lemang
  • Cucur
  • Rojak Buah
  • Gado-gado
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Penuh macam mana sekali pun perut kerana kekenyangan, tetap akan ada ruang untuk kita menjamah pencuci mulut pula, betul tak?

Macam-macam jenis menu pencuci mulut yang ada di bufet Ramadan Novotel KLCC ini, antaranya puding diraja, puding roti, kek batik, kek red velvet, kuih lapis, cream puff, ais kacang, aiskrim potong dan banyak lagi.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Team TRP Berbuka Puasa Di Novotel KLCC

Baru-baru ini, team TRP telah dijemput untuk berbuka puasa di Novotel KLCC bagi menikmati juadah bufet Ramadan yang ditawarkan oleh mereka.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Perkara pertama yang kami lihat ketika memasuki ruang bufet Citarasa Desa di Novotel KLCC adalah lokasinya yang sangat selesa dan tidak terlalu padat.

Kalau nak berborak pun lebih selesa kerana jarak pada setiap meja tidak terlalu jauh atau dekat. Memang ‘ngam-ngam’.

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Ketika kami melihat hidangan bufet yang disediakan, rambang mata juga nak memilih makanan untuk berbuka puasa kerana semuanya nampak menyelerakan.

Antara menu yang kami sempat cuba sendiri adalah:

#1. Kambing Golek ‘Tergolek’
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Buat penggemar daging kambing, anda perlu cuba sendiri menu ini kerana ia cukup lazat. Dagingnya lembut dan mudah untuk dinikmati. Dimakan pula dengan Nasi Briyani Kambing, lagi lengkap rasa kedua-dua hidangan tersebut.

Rate: 4/5

#2. Ayam Serai Wangi
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Hidangan ayam goreng yang diberi nama Ayam Serai Wangi ini sesuai juga untuk dinikmati dengan Nasi Briyani Kambing kerana anda boleh rasa sendiri rempah pada ayam goreng berkenaan. Makan macam itu sahaja pun sudah sedap.

Rate: 4/5

#3. Sotong Goreng Kunyit
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Antara hidangan lain yang anda boleh makan bersama nasi putih atau nasi briyani kambing adalah sotong goreng kunyit. Bagi kami, rasanya sedap tetapi terlalu banyak tepung yang menyaluti sotong tersebut. Tetapi jangan risau, hidangan ini tidak liat dan mudah untuk dimakan.

Rate: 3/5

#4. Cucur Jagung
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Walaupun sekadar makanan ringan, tetapi kami menambah hidangan ini hampir tiga kali kerana cukup lazat apabila tepung cucur itu digoreng bersama jagung dan menambahkan kerangupannya.

Rate: 4.5/5

#5. Puding Diraja
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Bagi kami yang pertama kali merasai menu pencuci mulut ini, ia agak manis tetapi masih sedap untuk dimakan, bergantung kepada citarasa tahap kemanisan masing-masing.

Rate: 3.5/5


Tempahan Untuk Berbuka Puasa Di Novotel KLCC

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Kepada anda yang berminat untuk berbuka puasa di Novotel KLCC, bufet Ramadan Citarasa Desa ini akan bermula dari 16 Mac 5 April 2024 di Food Exchange, Novotel KLCC dengan harga seperti berikut:

  • Harga:
    • Dewasa: (RM168)
    • Kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan warga emas (RM138)
  • Alamat: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi talian 016-229 9274 atau menghantar e-mel ke H6324@accor.com.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd