Now Reading
Ini 7 Promosi F&B Sempena Bulan Ramadan. Banyak Diskaun & Harga Murah!

Ini 7 Promosi F&B Sempena Bulan Ramadan. Banyak Diskaun & Harga Murah!

Banyak juga promosi makanan dan minuman sempena bulan Ramadan ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tiba waktu berbuka, mesti ramai terfikir juadah apa yang mahu dimakan untuk iftar. Kadangkala rasa nak makan sesuatu yang berat, tapi takut nanti terlampau kenyang pula.

Selain bazar Ramadan dan bufet hotel, ada banyak juga kedai makanan dan minuman (F&B) yang menawarkan promosi untuk menu berbuka puasa dan juga moreh.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan hidangan kegemaran dengan harga yang lebih menjimatkan di beberapa premis seperti berikut:

#1. Daboba

Pelanggan boleh mendapatkan diskaun sebanyak 50% untuk minuman kedua dari siri Classic Milk Tea dengan membuat mana-mana pembelian minuman Daboba.

Antara pilihan menu untuk siri minuman Classic Milk Tea adalah seperti:

  • Pearl Milk Tea
  • Grass Jelly Milk Tea
  • Cheese Milk Tea
  • Japanese Roasted Milk Tea

Promosi ini berlangsung dari 11 Mac sehingga 9 April 2024 dan diskaun tersebut bermula jam 6:00 petang.

#2. Tealive

Kepada penggemar minuman Tealive, inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman ini dengan harga promosi. Siap boleh dapat percuma lagi ya!

Tealive menawarkan promosi ‘Beli 3 Percuma 1’ dan ‘Beli 10 Percuma 10’ menggunakan TLRMD3 dan TLRMD10.

Disebabkan perlu beli dalam kuantiti yang banyak, berikut adalah beberapa pilihan minuman yang popular di Tealive. Antaranya:

  • Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
  • Hazelnut Coco
  • Nishio Fine Matcha Latte
  • Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly
  • Coco Oreo Smoothie

Namun, promosi ini hanya sah untuk pelanggan yang membuat pesanan untuk ‘pick-up’ menggunakan aplikasi Tealive sahaja.

Promosi ini bermula dari 12 Mac sehingga 9 April 2024 dari jam 12 tengah hari sehingga 7:00 malam.

#3. ZUS Coffee

Bagi peminat minuman kopi, ZUS Coffee akan menjadi waktu berbuka anda lebih menarik dengan tawaran diskaun sebanyak 15% bagi pembelian minimum dua botol minuman 1 liter.

Tetapi untuk mendapatkan promosi ini, pelanggan perlu menggunakan kod ‘ZUSNGOPI’ di dalam aplikasi ZUS Coffee sebelum membuat pembayaran.

Selain itu, promosi ini juga hanya sah untuk ‘pick-up’ menerusi pesanan dari aplikasi sahaja. Untuk sesiapa yang nak ‘walk-in’, mereka tidak boleh menggunakan kod tersebut.

Jadi apa tunggu lagi, bolehlah ‘restock’ minuman kopi anda di rumah dengan tawaran promosi dari ZUS Coffee ini bermula dari 4 Mac sehingga 4 April 2024.

#4. CHAGEE

Minuman CHAGEE yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia juga tidak turut ketinggalan menawarkan promosi sempena bulan Ramadan dengan diskaun 50% bagi pembelian minuman kedua dari siri Milk Tea.

Cara-cara untuk mendapatkan diskaun ini adalah seperti berikut:

  1. Layari CHAGEE Mini Program.
  2. Pilih mana-mana dua pilihan minuman dari siri Milk Tea.
  3. Masukkan kod promosi: BUKAPUASA.

Promosi ini terhad untuk satu transaksi dan hanya mereka yang sah berdaftar di bahawa CHAGEE Mini Program sahaja dapat menebus diskaun ini.

Tawaran diskaun tersebut berlangsung dari 12 Mac sehingga 31 Mac 2024.

#5. Kenny Roger’s Roasters

Sempena bulan Ramadan, Kenny Roger’s Roasters menawarkan promosi set hidangan ‘Kita Payung’ dengan memberikan menu Golden Rice dan minuman secara percuma.

Bukan setakat percuma, nak ‘refill’ air dan nasi pun boleh ya!

Promosi ini terhad bagi pelanggan yang ‘dine-in’ sahaja dengan membuat pembelian hidangan set A, B dan C yang bermula dari RM25 untuk seorang.

Sumber: Kenny Rogers Roasters

Promosi ini sah sepanjang bulan Ramadan bermula dari jam 6:00 petang sehingga 9:30 malam.

#6. Jollibee

Kepada anda yang terasa nak makan ‘fast-food’, Jollibee adalah jawapannya! Dengan setiap pembelian Raya bundle set, para pelanggan akan diberikan minuman oren Tropicana Twister secara percuma.

Dengan ‘Sedap Set’, anda boleh mendapatkan hidangan seperti berikut:

  • 1 Jolly Spaghetti/ Sambalghetti
  • 1 Cheesy Yumburger
  • 1 ketul Chickenjoy dengan sos gravy

Bagi ‘Puas Set’ pula, ia sesuai untuk dimakan untuk dua orang dengan menu seperti:

  • 2 Jolly Spaghetti/ Sambalghetti
  • 2 Cheesy Yumburger
  • 2 Chickenjoy dengan sos gravy

‘Gempak Set’ pula adalah untuk hidangan bersama empat orang dengan hidangan berikut:

  • 2 Jolly Spaghetti/ Sambalghetti
  • 2 Cheesy Yumburger
  • 5 ketul Chickenjoy dengan sos gravy
  • 2 kentang goreng

Promosi ini sah dari 8 Mac sehingga 30 April 2024.

#7. The Coffee Bean And Tea Leaf

Untuk anda yang tak tahu nak moreh di mana selepas solat Tarawih, The Coffee Bean And Tea Leaf (CBTL) mungkin boleh jadi lokasi terbaik kerana mereka menawarkan promosi yang menarik sempena Ramadan.

CBTL akan memberi satu menu pencuci mulut secara percuma bagi dua pembelian minuman.

Tawaran ini bermula dari jam 5:00 petang sehingga kedai ditutup.

Sebagai info, bermula 12 Mac sehingga 15 April 2024, CBTL akan dibuka sehingga jam 2:00 pagi untuk anda yang mahu berkumpul beramai-ramai untuk moreh. Tetapi hanya di beberapa cawangan sahaja ya.

Apa tunggu lagi? Bolehlah terus serbu kedai-kedai pilihan anda ini selepas berbuka nanti!

Baca Artikel Berkaitan: Secret Recipe Tawar Menu Nasi Kerabu Sempena Ramadan, Sesuai Untuk Berbuka Puasa 2 Hingga 4 Orang

Baca Artikel Berkaitan: Ini 11 Masjid Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Buka Puasa Secara Percuma. LRT & MRT Pun Dekat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd