Now Reading
KLCC Tampil Dengan Menu Buka Puasa ‘Tradisi Semarak Rasa’ Sempena Ramadan 2023

KLCC Tampil Dengan Menu Buka Puasa ‘Tradisi Semarak Rasa’ Sempena Ramadan 2023

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menawarkan menu berbuka puasa ini dari 27 Mac sehingga 17 April 2023 dengan harga RM188 untuk seorang.

KLCC Tawar Menu Ramadan Untuk Berbuka Puasa Dengan Tema 'Tradisi Semarak Rasa' (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba bulan puasa, menu berbuka pastinya akan menjadi perhatian ramai. Soalan yang sama akan ditanya setiap hari iaitu “Nak berbuka apa eh?”.

Selain membeli pelbagai juadah di bazar Ramadan, hidangan bufet di hotel juga menjadi salah satu pilihan orang ramai untuk berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan.

Dengan harga yang berpatutan, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan di beberapa hotel yang menawarkan bufet Ramadan.

BACA JUGA: Mardhiyyah Hotel & Suites Tawar Bufet Ramadan 2023 Dengan Konsep ‘Nostalgia Ramadan’


Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Tawar Bufet Berbuka Puasa Sempena Ramadan Tahun 2023

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tidak turut ketinggalan untuk menawarkan pelbagai menu hidangan berbuka puasa sempena bulan Ramadan pada tahun ini dengan bertemakan ‘Tradisi Semarak Rasa’.

Tetamu berpeluang merasai dan menikmati ‘Resepi Keluarga Asli’ yang dicipta khas oleh barisan chef pemenang anugerah Pusat Konvensyen yang diilhamkan daripada resepi asli yang digunakan sejak turun-temurun dalam keluarga mereka.

Menu berbuka puasa tahun ini membawakan gabungan sajian tradisional dan moden di samping juadah Ramadan kegemaran ramai termasuklah:

  • Ayam Masak Rendang Hitam
  • Asam Pedas Daging Tetel Tulang Rawan
  • Gulai Udang Nangka Muda Bersama Cendawan
  • Sira Ubi Kayu
  • Gulai Daging Tete Bersama Rebung Madu
  • Ikan Bakar Bersama Sos Pilihan

Chef Eksekutif Pusat Konvensyen Hisham Bin Jafaar berkata bahawa tetamu yang berbuka puasa di KLCC dapat menikmati pelbagai sajian nostalgia Ramadan dengan pilihan kontemporari dan antarabangsa dari pasukan kulinari kreatif mereka.

Pada bulan Ramadan kali ini, mereka yang menjamu selera di KLCC dapat menikmati pengalaman tidak dilupakan dengan masakan lazat disediakan khas oleh pasukan kulinari kreatif kami yang datang dari seluruh pelosok negara. Mereka juga akan berkongsi resepi masakan dari kampung masing-masing untuk menjadi pilihan juadah berbuka puasa kami pada tahun ini. Di samping pelbagai sajian nostalgia Ramadan, kami juga menyajikan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mahu menikmati kepelbagaian rasa.

Chef Eksekutif Pusat Konvensyen Hisham Bin Jafaar.

Tambah beliau lagi, pihak mereka bekerjasama dengan Yayasan Bantuan Makanan sebagai usaha untuk mengurangkan pembaziran dengan memberikan makanan lebihan bufet Ramadan kepada golongan yang menerima bantuan daripada organisasi tersebut.

Selain itu, dapur yang menyediakan bufet Ramadan ini juga disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi, anda tak perlu risau dan boleh menjamu selera dengan tenang.


Harga Bufet Ramadan Di KLCC

Bufet ‘Tradisi Semarak Rasa’ ini ditawarkan kepada orang ramai bermula dari 27 Mac sehingga 17 April 2023 dengan harga RM188 untuk seorang.

Kalau nak lagi murah, anda boleh membuat tempahan dengan harga RM168 apabila anda menempah dari 1 sehingga 22 Mac ini.

Kalau beli lima baucar serentak, pun akan dapat diskaun iaitu 10% bagi setiap pembelian dari 23 Mac sehingga 17 April 2023.

Bukan itu sahaja, diskaun 50% akan diberikan kepada golongan berumur 55 tahun dan ke atas serta kanak-kanak antara umur 4 hingga 12 tahun. Kanak-kanak bawah tiga tahun adalah percuma.

Pembelian baucar untuk Bufet Ramadan ‘Tradisi Semarak Rasa’ di KLCC boleh dibuat di beberapa lokasi di dalam Pusat Konvensyen tersebut. Antaranya:

  • Parkview Cafe, Tingkat 1
  • Cafe 88, Ground Floor
  • TenOnCall, Tingkat 4

KLCC Kolaborasi Dengan StarVendors Sempena Pesta Mega Raya StarVendors 2023

Pada masa yang sama, Pusat Konvensyen juga bekerjasama dengan StarVendors, salah satu daripada jenama beli-belah terbesar di Malaysia dalam penganjuran Pesta Mega RayaStarVendors KLCC 2023.

Acara itu bakal diadakan dari 13 hingga 17 April 2023 ini selama 100 jam tanpa henti untuk memberi peluang kepada usahawan tempatan, termasuk ramai artis tempatan untuk menjual produk mereka.

Antara selebriti yang menyertai Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023 adalah Ifa Raziah, Datuk Sri Vida dan Datuk Aliff Syukri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd