Now Reading
Mardhiyyah Hotel & Suites Tawar Bufet Ramadan 2023 Dengan Konsep ‘Nostalgia Ramadan’

Mardhiyyah Hotel & Suites Tawar Bufet Ramadan 2023 Dengan Konsep ‘Nostalgia Ramadan’

Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) menawarkan bufet Ramadan bermula 24 Mac 2023 sehingga 20 April 2023.

Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) Kembali Dengan Bufet Ramadan Untuk Berbuka Pada Bulan Puasa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pejam celik pejam celik, kurang dari sebulan lagi umat Islam akan kembali bertemu dengan bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadan.

Setiap kali tiba bulan Ramadan, ramai yang akan terfikir untuk berbuka apa dan di mana.

Selain membeli pelbagai juadah di bazar Ramadan, hidangan bufet di hotel juga menjadi salah satu pilihan orang ramai untuk berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan.

BACA JUGA: Ini 11 Hotel Yang Tawar Hidangan Bufet Sepanjang Ramadan 2022. Jom?

Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) Tawar Bufet Ramadan Dengan Tema ‘Nostalgia Ramadan’

Menjelang bulan puasa tahun ini, Mardhiyyah Hotel & Suites kembali menawarkan bufet Ramadan pelbagai hidangan tradisional dengan konsep ‘Nostalgia Ramadan’.

Para tetamu akan dihidangkan dengan lebih 100 menu sajian bufet Ramadan yang cukup menyelerakan. Antara menu tersebut adalah:

  • Gulai Lemak Padang Urat Keting
  • Siakap Berlada Nenas
  • Rendang Kambung
  • Daging Hitam Manis

Selain daripada itu, Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti:

  • Salad dan Kerabu Warisan
  • Salai dan Panggang
  • Stesen Sate
  • Kawah-kawah
  • Belanga Panas
  • Selera Sakura
  • Nasi Kandar
  • Baazar Hot Selling
  • Bazaar Minuman
  • Pemanis Mulut

Apa yang lebih istimewa di Mardhiyyah Hotel & Suites adalah anda boleh mengisi keberkatan malam Ramadan dengan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Al-Latifah di Aras 4.

Tetamu yang menginap di hotel turut berpeluang bersahur serta menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Harga Bufet Ramadan Di Mardhiyyah Hotel & Suites

Bufet Nostalgia Ramadan ini bermula pada 24 Mac 2023 sehingga 20 April 2023 di Restoran Royale Songket dengan harga berikut:

  • Kanak-kanak (6-12 tahun): RM100
  • Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM120
  • Dewasa: RM155

Sementara itu, harga bufet Ramadan untuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum berharga RM 222.00 bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak di Restoran Royale Songket.

Selain Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen juga merupakan lokasi lain di Mardhiyyah Hotel & Suites untuk para pengunjung berbuka puasa.

Bufet Ramadan di Restoran Cina Tung Yuen yang dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 ditawarkan dengan harga berikut:

  • Dewasa: RM125
  • Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM105
  • Kanak-kanak: RM85

Selain itu, Borak Borak Cafe & Lounge turut menjadi lokasi berbuka puasa dengan mengetengahkan set Timur Tengah.

Lokasi berbuka puasa di Borak Borak Cafe & Lounge dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dengan harga berikut:

  • Dewasa: RM90
  • Kanak-kanak: RM65

Kalau anda mahu menempah bilik tertutup yang lebih privasi juga ada disediakan di Mardhiyyah Hotel & Suites dengan harga RM128 seorang bermula 24 Mac sehingga 20 April.

Maklumat lanjut atau sebarang tempaahan boleh hubungi 019-273 6801, 019-263 9801, 019-275 7801, 019-261 6847 atau e-mel sales@mardhiyyahhotel.com.

BACA JUGA: Mardhiyyah Hotel & Suites Diiktiraf Sebagai Penginapan Mesra Muslim (MFAR)

BACA JUGA: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd