Now Reading
Ini 11 Hotel Yang Tawar Hidangan Bufet Sepanjang Ramadan 2022. Jom?

Ini 11 Hotel Yang Tawar Hidangan Bufet Sepanjang Ramadan 2022. Jom?

Pelbagai hidangan bufet yang ditawarkan oleh beberapa hotel yang bertemakan bulan Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Nak berbuka dekat mana eh?”

Ini adalah soalan kedua tersusah selepas soalan nak makan apa, betul tak?

Lebih-lebih lagi bila bulan Ramadan, memang soalan ini jadi satu kewajipan untuk ditanya ketika sedang berpuasa.

Tapi jangan risau, kami boleh bantu anda dengan menyenaraikan lokasi terbaik bagi menikmati pelbagai pilihan menu berbuka puasa di bufet hotel. Dari hidangan kegemaran rakyat Malaysia sehingga sajian antarabangsa, semuanya ada.

Lebih menarik lagi, sesetengah hotel ini ada diskaun kalau anda membuat tempahan awal. Apa tunggu lagi? Jom pilih tarikh yang sesuai untuk berbuka puasa dengan bufet hotel.

Antara cadangan terbaik kami adalah seperti berikut:

1. Hilton KL

Sumber: Vasco’s/ Eat.Drink.Hilton

Hilton Kuala Lumpur memperkenalkan kepada orang ramai dengan Bufet Makan Malam Kembara Asia di Vasco’s.

Anda boleh menikmati hidangan warisan Malaysia dan menu istimewa dari Asia Tengah dengan menempah promosi beli tiga percuma dua bagi pembelian awal di sini yang hanya sah sehingga 31 Mac 2022.

Tarikh: 2 April – 1 Mei 2022

Masa: 6.30 pm – 10.30 pm

Harga: RM208 (Dewasa) / RM108 (Kanak-kanak)

2. Four Seasons Hotel KL

Nikmati Makan Malam Sajian Tradisi Kita di Curate, Four Seasons Hotel Kuala Lumpur untuk Ramadan ini.

Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob akan kembali membawa pengunjung menikmati pengalaman menjamu selera yang nostalgia dengan menu dari pelbagai negeri serta komuniti di Malaysia. Kalau anda nak bawa balik dan buat pesanan dari rumah pun boleh juga melalui laman web mereka.

Sumber: Facebook Four Seasons Hotel KL

Tarikh: 3 April – 2 Mei 2022

Masa:  6.00 pm – 10.30 pm

Harga:

  • 3 April sehingga 9 April â€“  RM198 (Dewasa) / RM99 (Kanak-kanak)
  • 10 April sehingga 25 April â€“ RM238 (Dewasa) / RM119 (Kanak-kanak)
  • 26 April sehingga 2 Mei â€“ RM198 (Dewasa) / RM99 (Kanak-kanak)

3. Grand Hyatt KL

Jom sertai Nostalgia Rembulan Grand Hyatt di JP Teres pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk berbuka puasa.

Di sini, anda boleh mengimbau semula kenangan dengan suasana transformatif tahun 60-an sambil menikmati 80 pilihan menu bufet tempatan. Kalau anda nak take-away dan buat pesanan dari rumah untuk berbuka puasa pun boleh juga.

Sumber: Facebook Grand Hyatt

Tarikh: 3 April – 1 Mei 2022

Masa: 6.30 pm – 10.30 pm

Harga:

  • 3 April sehingga 9 April – RM178 (Dewasa) / RM89 (Kanak-kanak)
  • 10 April sehingga 1 Mei – RM188 (Dewasa) / RM94 (Kanak-kanak)
  • Promosi ‘Early Bird’ sehingga 2 April 2022 – RM168 (Dewasa) / RM84 (Kanak-kanak)

4. The St Regis KL

Kembali dengan masakan khasnya dari 14 buah negeri di Malaysia, Chef Norazizi bin Taslim serta ahli pasukannya akan menyediakan masakan dengan sentuhan buah-buahan tempatan.

Bufet yang dikenali sebagai Malam Warisan Melayu itu boleh didapati di St Regis KL dan mereka juga mempunyai Malam Warisan Melayu Box kalau anda nak take-away.

Sumber: Facebook The St. Regis KL

Tarikh: 8 April – 1 Mei 2022

Masa: 6 pm – 10 pm

Harga: RM248+ untuk seorang

5. Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS)

Dengan tema Warisan Bonda, Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) menampilkan hidangan aneka juadah tempatan dan antarabangsa seperti Nasi Kandar, Ayam Rempah Kuzi, Kambing Penanggah, Classic Macaroni Salad, Sushi dan macam-macam lagi.

Di samping itu, tetamu juga boleh menikmati masakan panas seperti Mee Goreng Mamak dan Penang Char Koey Teow yang dimasak secara ‘live’ oleh chef mereka.

Sumber: Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS)
Sumber: Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS)

Tarikh: 4 April – 1 Mei 2022

Harga:

  • Dewasa: RM 145
  • Warga emas 60 tahun ke atas: RM110
  • Kanak-kanak 6-12 tahun : RM90
  • Promosi ‘Early Bird’ sebelum 3 April 2022.

6. Le Meridien KL

Di hotel ini, bufet Ramadan mereka diberi nama Bufet Makan Malam Jemput Santap yang menyajikan kira-kira 200 pilihan makanan termasuklah makanan laut segar, sajian Jepun dan juga menu tempatan.

Sumber: Instagram lemeridienkl

Tarikh: 3 April – 7 Mei 2022

Masa: 6.30 pm – 10.30 pm

Harga:

  • RM188 untuk (Dewasa) / RM94 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)
  • Promosi ‘Early Bird’ bermula 3 April sehingga 2 Mei – RM138 (Dewasa) / RM69 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

7. Mandarin Oriental KL

Nikmati bufet buka puasa Mandarin Oriental (MO) Selera Malaysia dan Timur Tengah di Mosaic dan Lounge on the Park. Dengan kolaborasi bersama chef dari Timur Tengah Chef Amjad Karkazan serta chef MO Chef Nor Saiful Asrul, mereka akan menyajikan pengunjung dengan hidangan perayaan Timur Tengah dan Malaysia yang terbaik.

Mereka juga menyediakan 10 hingga 14 jenis hidangan untuk penghantaran dan take-away bermula dari 1 April.

Sumber: Facebook Mandarin Oriental

Tarikh: 3 April – 2 Mei 2022

Masa: 6 pm – 10.30 pm

Harga:

  • 6.30 sehingga 10.30 pm – RM 228 seorang
  • Bermula 9 pm ke atas – RM 138 seorang

8. Shangri-La KL

Di Hotel Shangri-La, bufet mereka pada bulan Ramadan diberi nama Bufet Sajian Istimewa di Kafe Lemon Garden. Sajian tempatan dan antarabangsa akan disediakan dan dihidangkan oleh Chef Safee bersama pasukannya. Jom cepat-cepat dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk promosi ‘Early Bird’ sebelum 31 Mac ini.

Sumber: Facebook Shangri-La KL

Tarikh: 2 April – 30 April 2022

Harga:

  • Hari minggu – RM198 seorang (Diskaun ‘Early Bird’ – RM158)
  • Hujung minggu – RM268 seorang (Diskaun ‘Early Bird’ – RM214)

9. Pullman KL

Nikmati Bufet Makan Malam Nikmat Selera Kampung di Restoran Sedap Pullman KL dengan hidangan kegemaran yang mengimbau nostalgia di kampung oleh chef mereka. Ada macam-macam menu kampung yang cukup menyelerakan seperti gulai kawah, menu bergoreng, bakar-bakar dan pencuci mulut.

Sumber: Pullman Hotel

Tarikh: 4 April – 29 April 2022

Masa: 6.30 pm – 10 pm

Harga: RM188 (Dewasa) / Rm 95 (Kanak-kanak 6 – 12 tahun)

Promosi ‘Early Bird’ sehingga 31 Mac 2022 – RM128 (Dewasa) / RM65 (Kanak-kanak)

*Kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma.

10. InterContinental KL

Anda boleh menikmati Makan Malam Bufet Warisan Kita di Serena Brasserie di mana mereka akan menyajikan anda dengan hidangan lazat yang akan membawa anda kembali ke zaman dahulu.

Tawaran ‘Early Bird’ sehingga diskaun 25% dibuka sehingga 25 Mac sahaja, jadi cepat-cepat tempah tempat duduk anda sekarang!

Sumber: InternContinental

Tarikh: 3 April – 1 Mei 2022

Masa: 6.30 pm – 10.30 pm

Harga: RM198+ (Dewasa) / RM118+(Kanak-kanak)

Promosi ‘Early Bird’ sehingga 25 Mac 2022.

– RM148.50+ (Dewasa) / RM88.50+ (Kanak-kanak)

11. DoubleTree by Hilton KL

Nikmati Bufet Makan Malam Jelajah Selera di Makan Kitchen DoubleTree by Hilton untuk Ramadan ini. Anda boleh menikmati pelbagai menu pilihan dengan 100 jenis hidangan yang disediakan.

Mereka juga mempunyai promosi ‘Early Bird’ dengan potongan harga sebanyak 25% sehingga 26 Mac ini.

Tarikh: 3 April – 3 Mei 2022

Masa: 6.30 pm – 10 pm

Harga: RM188 (Dewasa) / RM94 (Kanak-kanak)


Banyak pilihan untuk anda berbuka puasa nanti kan? Pelbagai hidangan bufet yang ditawarkan oleh beberapa hotel bertemakan bulan Ramadan.

Jom Ramadan kali ini kita berbuka dengan hidangan yang berkualiti dan luangkan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di sana.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.TAGSALLAHTIKTOKUSTAZ

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd