Now Reading
Ovaltine X Ground Coffee KL Kolaborasi, Tawar 3 Menu Limited Edition! Jom?

Ovaltine X Ground Coffee KL Kolaborasi, Tawar 3 Menu Limited Edition! Jom?

Hidangan minuman berasaskan Ovaltine ini hanya akan tersedia selama 1 bulan sehingga 31 Oktober, di Ground Coffee KL, Damansara Utama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ingat lagi minuman tenusu malt Ovaltine? Legend, kan?!

Air minuman Ovaltine ini merupakan jenama produk perisa susu yang dibuat dengan ekstrak malt. Sama seperti penyediaan minuman lain, Ovaltine disediakan dalam bentuk serbuk untuk dibancuh ataupun di dalam tin, dan tersedia untuk diminum.

Variasi produk keluaran Ovaltine.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Macam-macam jenis hidangan minuman boleh dibuat menggunakan Ovaltine sebenarnya. Anda hanya perlu kreatif dan berani untuk mencuba minuman baharu.

Kolaborasi Ground Coffee KL X Ovaltine

Semalam (22 September), team TRP dijemput ke majlis pelancaran kolaborasi di antara Ovaltine dan Ground Coffee KL dalam projek baharu mereka iaitu #SimplyAddOvaline.

Menerusi projek ini, Ground Coffee KL yang terletak di Damansara Utama akan menawarkan tiga (3) jenis menu minuman yang berasaskan Ovaltine.

Photobooth juga disediakan sebagai salah satu Interactive Booth buat pengunjung pada majlis yang diadakan di Ground Coffee KL, Damansara Utama.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Antara canapé yang dihidangkan untuk rakan-rakan media di majlis semalam. Siap ada Ovaltine Crunchy Pop! Memang da bomb!
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Walau bagaimanapun, tawaran ini adalah terhad bermula hari ini sehingga 31 Oktober sahaja. Jadi, kalau anda nak merasa sendiri air kopi yang dicampur dan diperbuat dengan serbuk Ovaltine, boleh singgah ke Ground Coffee KL, Damansara Utama!

TBH, not bad rasanya. Kami dah cuba, rasa nak lagi.

Yang tak minum kopi, jangan risau. Ada juga menu non-coffee untuk anda.

  • Ovalanche.
  • O-Mighty Mocha.
  • Malty Delight (non-coffee).
(Sumber: Siti Murni/TRP)
  • Alamat: Ground Coffee KL. No 27, Jalan SS 21/34, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu Operasi: 10 am – 6 pm. Dibuka setiap hari.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd