Now Reading
Jollibee Kini Buka Cawangan Di Sunway Pyramid. Jom Pergi!

Jollibee Kini Buka Cawangan Di Sunway Pyramid. Jom Pergi!

Menu yang wajib anda rasa di Jollibee adalah ayam goreng ChickenJoy dan Jolly Spagheti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Memang teruja betul bila dengar Jollibee nak buka cawangan pertama mereka di Semenanjung Malaysia.

Dan akhirnya, Jollibee kini dibuka di Sunway Pyramid!

Ada maskot besar Jollibee yang akan menyambut kedatangan anda di pintu masuk. (Sumber: TRP)

Menu yang anda patut cuba di Jollibee

Mungkin ramai yang pernah dengar Jollibee ini sebagai restoran makanan segera yang popular di Filipina. Tetapi apa keistimewaan makanan di restoran ini?

Menu Jollibee adalah seperti burger, hot dog, spageti dan ayam goreng. (Sumber: TRP)

Buat anda yang pertama kali nak cuba Jollibee, wajib rasa menu istimewa mereka iaitu ayam goreng ChickenJoy dan Jolly Spagethi ala-ala Filipina.

Bila makan ayam goreng mereka, memang krup krap sebab kulit ayam mereka memang cukup rangup! Mesti tak cukup satu ketul je kalau makan ni.

Sumber: TRP

Yang lagi best, setiap pembelian ayam goreng akan dapat sos untuk anda cicah bersama ayam itu.

Untuk anda yang tak pernah rasa macam mana spageti gaya Filipina, memang agak berbeza sedikit dengan spageti gaya Itali.

Jolly Spagethi mempunyai rasa yang agak ‘light’. Sos tomato yang diperbuat daripada daging cincang rasanya manis dan akan ditambah dengan lapisan keju cair.

Fuh, memang terliur!

Walaupun kombinasi ayam dan spageti agak pelik, tetapi percayalah memang sedap! (Sumber: TRP)

Tapi buat masa sekarang, Jollibee cawangan Sunway Pyramid tidak mempunyai stok burger ayam. Jangan risau, anda masih boleh mencubanya dalam masa terdekat nanti. Tunggu okay?

Yang berada di Sabah, mereka mesti sudah mencubanya kerana cawangan pertama Jollibee yang dibuka di Malaysia adalah di Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: TRP

Lokasi: LG2-126A, Blue Atrium, Sunway Pyramid, Petaling Jaya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd