Now Reading
Kafe Di Cheras Perkenal Ang Pao Strudel Sempena Tahun Baru Cina. Cantiknya!

Kafe Di Cheras Perkenal Ang Pao Strudel Sempena Tahun Baru Cina. Cantiknya!

Siri Ang Pao Strudle didatangkan dalam perisa Mangga, Kiwi, Strawberi, Peach dan Blueberry.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berbaki tiga hari lagi sehingga tibanya perayaan Tahun Baru Cina, pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan, bukan? Ada yang mengemas rumah, beli barang dapur untuk tradisi makan besar atau reunion kecil-kecilan bersama ahli keluarga terdekat, beli baju baru, dan banyak lagi.

Maklumlah, tahun lepas dah ‘sunyi’, tahun ini kasi meriahlah sikit.

Dessert CNY dah ada belum?

Buat penggemar makanan di luar sana, Icon Brewings iaitu sebuah kafe tempatan yang terletak di Cheras telah merebut peluang untuk memperkenalkan hidangan baru yang menyelerakan untuk musim perayaan ini iaitu siri Ang Pao Strudel.

Menarik kan?!

SO CANTIK!
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Icon Brewings sudah pun terkenal dengan strudel rangup dan berkeping-keping yang telah menarik perhatian dan citarasa pengunjung.

Ada juga Strudel Klasik Buah mereka yang menerima sambutan memberangsangkan selama berbulan-bulan.

Tapi memang sedap pun, kami dah cuba.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Strudel ikut tema sambutan CNY!

Kini, Icon Brewings menyemarakkan lagi tawarannya dengan menampilkan suasana Tahun Baru Cina tradisional ke dalam strudel buah asli mereka.

Strudel “limited-time” ini memaparkan pastri bewarna merah yang dibuat secara semula jadi dengan menggunakan ubi. Pastri ini diapit di antara lapisan kastard manis berkrim dan di atasnya disusun buah-buahan segar yang berair dengan taburan gula aising.

Siri Ang Pao Strudle didatangkan dalam perisa Mangga, Kiwi, Strawberi, Peach dan Blueberry. Ia boleh dibeli secara individu atau dalam set 5.

Icon Brewings sentiasa berusaha untuk mengujakan pelanggan dan penggemar pencuci mulut kami dengan hidangan berkualiti tinggi. Kami telah melakukannya selama berbulan-bulan sekarang dengan Classic Fruit Sturdles kami dan kini kami berbesar hati untuk berkongsi pengalaman yang lebih mencabar. Oleh itu, kami berbesar hati untuk menyampaikan Siri Ang Pao Strudels baharu pada musim perayaan ini. Strudel paket merah adalah simbolik kepada kemakmuran dan perayaan majlis itu, ini adalah tahun istimewa untuk semua mereka yang meraikannya, dan kami ingin memperingatinya dengan cara kami sendiri.

Pengasas Icon Brewings, Nicolas Lim.

Kalau nak cuba sendiri Strudel Ang Pao ini, boleh pesan di Icon Brewings.

OH! Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, team TRP. 😀


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd