P. Ramlee Burger KFC Ini Betul Ke Rasa Macam Nasi Kandar?!
Burger P. Ramlee menyuntik pelbagai rasa aromatik dari bahan-bahan unik dalam Nasi Kandar kepada Zinger Hot & Spicy.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
KFC memang selalu keluarkan menu-menu menarik perhatian.
Pelbagai jenis menu kreatif dikeluarkan untuk rakyat Malaysia cuba dan kali ini mereka tampil dengan memperkenalkan Burger P. Ramlee!
Maksudnya…?

Meh kami cerita serba sedikit tentang Burger P. Ramlee dengan kuah kari kandar ini.
Perginya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih tiada pengganti. Beliau kekal sebagai ikon negara yang telah berjaya menawan hati seluruh rakyat Malaysia tidak kira umur, bangsa, dan agama dengan filem-filem dan lagu-lagu beliau yang masih menghiburkan kita sehingga ke hari ini.

Dilahirkan dan dibesarkan di Penang, P. Ramlee juga amat dikenali sebagai seorang yang menggemari Nasi Kandar.
P/S: Kami pun baru tahu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee suka makan Nasi Kandar.
Penghormatan Khas
Burger P. Ramlee merupakan menu baharu dan eksklusif untuk waktu terhad adalah satu penghormatan khas buat legenda negara, P. Ramlee.
Dalam filem terakhirnya, Laksamana Do Re Mi, Nasi Kandar juga ada diketengahkan dalam salah satu babak menunjukkan kesukaan beliau terhadap juadah ini.
Burger P. Ramlee menyuntik pelbagai rasa aromatik dari bahan-bahan unik dalam Nasi Kandar kepada Zinger Hot & Spicy.
Nikmati Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat daripada herba dan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari melimpahi filet Zinger segar dan rangup – kemudian disempurnakan dengan sayuran berempah dan mayonis, lalu diapit dengan ban bijan bakar.
Fuh, terliur habis.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)
P. Ramlee merupakan seniman agung yang telah meninggalkan legasi kaya dalam budaya Malaysia yang masih relevan dan diminati semua. Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee – gabungan memikat KFC Zinger dan makanan kegemaran P. Ramlee, Nasi Kandar meraikan legasi beliau dan satu penghormatan khas kami kepadanya.
Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
Ini bukan cobaan….
Burger P. Ramlee secara rasminya dilancarkan di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia dan boleh didapati melalui pelbagai pilihan:
- À la Carte.
- Kombo.
- Set Legenda.
- Kombo Ikon.
Anda juga boleh gunakan kod promo PRAMLEE untuk mendapatkan diskaun 10% untuk pesanan melalui aplikasi KFC.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.