Coke Tanpa Kalori Akan Dihentikan & Diganti Dengan Coke Zero Sugar
Sedap sangat ke Coke Zero Sugar baharu ni? Boleh cuba sendiri, baru kita judge. 😀
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Anda penggemar minuman Coke?
Take note! Lepas ini tiada lagi Coca-Cola Tanpa Kalori sebab ianya akan digantikan di Malaysia.
Tapi jangan risau, anda masih mempunyai pilihan lain walaupun Coca-Cola Tanpa Kalori kini sudah tiada lagi. (Coca-Cola Klasik is still here for you!)
Tanpa Kalori akan digantikan dengan Zero Sugar
Akan ada alternatif baru untuk Coca-Cola Tanpa Kalori iaitu Coca-Cola Zero Sugar. Ianya juga dilengkapi dengan wajah ringkas dan baharu.
(Kredit: TRP)
Rasanya hampir sama dengan Coca-Cola Klasik tetapi tiada gula dan kalori.
Coca-Cola Zero Sugar baharu ditujukan khas buat mereka yang meminati minuman ini. Tapi ada juga yang jenis tak kisah tentang minuman lain kecuali yang original.
Lain orang, lain seleranya.
Jenama ini juga menyeru supaya orang ramai mencuba sendiri minuman baharu keluaran mereka ini.
Malah, mereka turut melontarkan soalan kepada orang ramai, “What if the new Coke Zero Sugar is the ‘Best Coke Ever’?”
Apa kata anda cuba dulu Zero Sugar ini. Dah cuba, comment kat socmed TRP review anda pasal Coke Zero Sugar.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.