Now Reading
foodpanda & Coca-Cola Malaysia Anjur Kempen ‘Berkat Ramadan’, Beri Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan

foodpanda & Coca-Cola Malaysia Anjur Kempen ‘Berkat Ramadan’, Beri Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan

Kempen ‘Berkat Ramadan’ anjuran foodpanda Malaysia bersama Coca-Cola Malaysia ini akan berlangsung dari 23 Mac hingga 21 April 2023.

Coca-Cola Malaysia & foodpanda Malaysia Bekerjasama Beri Sumbangan Bantu Masyarakat Di Bulan Ramadan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Coca-Cola Malaysia berpegang teguh kepada falsafah jenama ‘Real Magic’ yang menyatukan orang ramai dan berkongsi hidangan dengan masyarakat.

Jenama minuman tersebut bekerjasama dengan foodpanda Malaysia bagi menyemarakkan semangat Ramadan menerusi program CSR yang dianjurkan secara bersama sepanjang bulan mulia ini.

Di bawah inisiatif berkenaan, sumbangan makanan akan disalurkan kepada PERTIWI Soup Kitchen yang menyediakan perkhidmatan bantuan makanan kepada masyarakat kurang berkemampuan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Pengarah Pemasaran Barisan Hadapan Coca-Cola Rina Surya berkata, pihak mereka sentiasa berusaha untuk mencari inisiatif bagi meningkatkan kehidupan masyarakat sekeliling dan berharap dapat mewujudkan impak positif yang berkekalan.

Tambahnya lagi, pihak Coca-Cola juga berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan foodpanda Malaysia pada Ramadan ini dalam kempen ‘Berkat Ramadan’ yang dianjurkan dan bersama-sama menyokong usaha PERTIWI Soup Kitchen agar meringankan beban mereka yang memerlukan.

Selaras dengan falsafah jenama ‘Real Magic’, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada masyarakat dalam bandar yang serba kekurangan di Kuala Lumpur, terutamanya semasa tempoh yang serba mencabar ini.

Pengarah Pemasaran Barisan Hadapan Coca-Cola, Rina Surya.

Pelanggan Boleh Menderma Dengan Membuat Pesanan Makanan Menerusi foodpanda

Dari 23 Mac hingga 21 April 2023, setiap pesanan yang dibuat oleh rakyat Malaysia menerusi aplikasi dan laman sesawang foodpanda menggunakan kod promosi ‘PANDA’, foodpanda akan mendermakan satu hidangan makanan kepada PERTIWI Soup Kitchen.

Coca-Cola juga akan menyediakan penajaan produk di mana setiap hidangan yang disumbangkan akan disertakan dengan minuman daripada portfolio minuman Coca-Cola Malaysia termasuk Coke dan Air Mineral Dasani.

Kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam inisiatif amat bermakna ini dan menyumbang bagi membantu dan menyantuni masyarakat. Amalan bersedekah bagi memenuhi keperluan mereka yang kurang bernasib baik adalah sangat bermakna terutamanya ketika di dalam bulan Ramadan ini.

Pengarah Pemasaran Barisan Hadapan Coca-Cola, Rina Surya.
Sumber: MalayMail

Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia Bernard Chong pula berkata syarikat mereka sememangnya sinonim dengan penghantaran makanan dan barangan keperluan lain kepada pelanggan.

Pada masa sama, mereka tidak pernah lupa bahawa masih ramai yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di bandar ini. Ini kerana masyarakat beragama Islam akan berpuasa dan mengawal nafsu semasa bulan Ramadan, tetapi masyarakat asnaf yang dibantu oleh PERTIWI Soup Kitchen ini berlapar setiap hari sepanjang tahun.

Kami amat berbesar hati kerana Coca-Cola Malaysia percaya dengan usaha kami dan sudi untuk bersama-sama dengan kami dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat.

Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia Bernard Chong.

Coca-Cola Malaysia Menjadi Rakan Minuman Eksklusif Di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023

Selain kempen CSR Ramadan bersama foodpanda ini, Coca-Cola Malaysia turut menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) sebagai Rakan Minuman Eksklusif.

Acara itu yang dianjurkan oleh My Events International dan Absolut Event & Management akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 14 hingga 17 April 2023.

Sebagai penaja utama, Coca-Cola memainkan peranannya dalam usaha menyokong perniagaan tempatan serta rakyat Malaysia untuk membuat persiapan Hari Raya.

Festival ini bakal menyaksikan lebih 500 usahawan dan pemilik perniagaan kecil tempatan menawarkan pelbagai promosi untuk sambutan Aidilfitri yang menjelang tidak lama lagi.

Semua aktiviti ini selari dengan falsafah jenama ‘Real Magic’ Coca-Cola yang meyakini bahawa wujud keajaiban di mana sahaja. Ianya wujud dalam setiap detik tidak kira kecil atau besar dan boleh dikongsi bersama dengan orang tersayang serta masyarakat sama ada secara fizikal atau maya.

Kami menganggap bahawa diri kami amat bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada setiap hidangan yang disajikan di atas meja dan menyaksikan keajaiban sebenar dalam mengeratkan hubungan sesama manusia, terutamanya semasa bulan Ramadan ini yang merupakan musim perayaan terbesar di Malaysia di mana keluarga dapat berkumpul bersama-sama.

Pengarah Pemasaran Barisan Hadapan Coca-Cola, Rina Surya.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd