Now Reading
Pakar Kongsi 5 Jenis Ubat Yang Wajib ‘Standby’ Di Rumah Semasa Musim Covid-19

Pakar Kongsi 5 Jenis Ubat Yang Wajib ‘Standby’ Di Rumah Semasa Musim Covid-19

Oleh disebabkan penularan Covid-19 telah meningkat sehingga 20,696 kes, anda disarankan untuk menyediakan beberapa ubatan yang penting seperti ubat demam dan batuk sebagai simpanan di rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum kes positif Covid-19 dalam negara semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, Covid19Place menerusi laman X (Twitter @Covid19Place) melaporkan terdapat 20,696 kes Covid-19 dengan 28 angka kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi ke-50 (ME 50/2023) iaitu dari 10 hingga 16 Disember 2023.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa sama menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan penjagaan kesihatan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan di kalangan penduduk awam.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] KKM Umum 5 Strategi Kesiapsiagaan Untuk Hadapi Peningkatan Kes Covid-19


Ahli Farmasi Kongsi 5 Ubat Wajib Disediakan Di Rumah Untuk Hadapi Covid-19

Cakna tentang situasi genting pada ketika ini, seorang ahli farmasi menerusi perkongsian di laman TikTok (@pharmacistariff), telah berkongsi beberapa jenis ubatan yang anda perlu sediakan di rumah. Seperti udara, virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Oleh itu adalah lebih baik untuk membuat persiapan awal. Bak kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan.”

Antara jenis ubat yang dikongsikan ialah:

#1. Ubat Demam & Tahan Sakit

Antara jenis ubat demam dan tahan sakit yang anda boleh dapati di farmasi berhampiran adalah Paracetamol atau Panadol.

Kalau mahukan dos ubat lebih kuat dan efektif, anda boleh mengambil ubatan yang mempunyai kandungan Ibuprofen.

Sumber: TikTok (@pharmacistariff)
#2. Ubat Batuk

Umum sedia maklum bahawa batuk merupakan antara simptom kepada penyakit Covid-19. Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk memastikan stok ubat batuk sentiasa ada di rumah.

Sekiranya mengalami batuk berkahak, anda disarankan untuk mengambil ubat dikenali sebagai Diphenhydramine Syrup. Manakala jika mengalami batuk yang kurang serius atau kering, anda boleh membeli ubat Dextromethorphan Syrup.

Buat mereka yang tidak menggemari ubat jenis air, jangan risau. Ubat jenis pil atau tablet juga tersedia. Apabila berada di farmasi atau klinik, cari sahaja ubat pil yang mengandungi Cloperastine.

Sumber: TikTok (@pharmacistariff)
#3. Ubat Selsema

Ubat ketiga yang wajib disediakan di kediaman masing-masing adalah ubat selsema (anti-histamine). Kalau anda nak tahu, ubat yang mengandungi anti-histamine selalunya digunakan untuk merawat alahan.

Ia bertindak dalam menyekat tindakan histamin iaitu sejenis protein digunakan oleh sistem imunisasi bagi melindungi sel-sel daripada sebarang jangkitan.

Contoh ubat yang anda boleh dapatkan ialah Chlorpheniramine iaitu sejenis tablet. Namun perlu diingatkan bahawa ubat berkenaan bekal menyebabkan mengantuk. Jadi, jangan pula anda makan ubat tersebut ketika mempunyai tugasan penting.

Kalau anda mencari ubat selsema tidak mengantuk, carilah jenis yang mengandungi Levocetirizine atau Desloratadine.

Sumber: TikTok (@pharmacistariff)
#4. Ubat Sakit Tekak

Buat mereka yang berpengalaman menghidapi Covid-19 sebelum ini, pasti bersetuju sakit tekak merupakan simptom utama kepada penyakit tersebut.

Kalau tidak dirawat, memang terasa peritnya. Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk menyediakan ubat sakit tekak di rumah anda dengan kadar segera.

Seperti yang disarankan oleh Ariff, ubat jenis kemam yang paling dikenali ramai adalah Difflam Lozenges. Ubat jenama itu juga terdiri daripada pelbagai perisa seperti lemon, blackcurrent dan oren.

Sumber: TikTok (@pharmacistariff)
#5. Ubat Cair Kahak

Sekiranya anda mengalami batuk berkahak, sudah pasti sisa kahak yang mempunyai banyak bakteria itu akan tersekat. Jika dibiarkan, memang berasa tidak selesa. Jenis ubatan yang boleh melegakan ketidakselesaan tersebut adalah dengan mengambil Bromhexine Tablet.

Jika mendapati kahak itu susah untuk keluar walaupun setelah tempoh lama, anda boleh cuba makan sekali dengan N-Acetyl Cysteine (NAC) iaitu jenis ubat yang perlu dilarutkan dalam air.

Sumber: TikTok (@pharmacistariff)

Di akhir klip video hantaran, Ariff telah memberi sedikit nasihat kepada orang awam iaitu dengan memakai pelitup muka di kawasan tempat terbuka dan kerap mencuci tangan. Ingat, mencegah itu lebih bagus daripada merawat.


KKM Sarankan Orang Ramai Amalkan Langkah Pencegahan

Susulan penularan virus berkenaan, KKM telah menyeru orang ramai untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti berikut:

  • Kerap mencuci tangan dan sanitasi.
  • Memakai pelitup muka terutamanya di kawasan bergejala dan sesak.
  • Mengamalkan TRIIS iaitu test, report, isolate, inform dan seek ketika didapati mempunyai simptom.
  • Mendapatkan rawatan antiviral Paxloid di Klinik Kesihatan terdekat.
  • Mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak bagi mengurangkan risiko penularan wabak tersebut.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: KKM Saran Suntikan Booster Ketiga Susulan Kes Covid-19 Meningkat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd