Now Reading
KKM Saran Suntikan Booster Ketiga Susulan Kes Covid-19 Meningkat

KKM Saran Suntikan Booster Ketiga Susulan Kes Covid-19 Meningkat

Pada Minggu Epidemiologi ke-49, sebanyak 12,757 kes Covid-19 telah dilaporkan berbanding 6,796 kes yang dilaporkan pada ME 48/2023 (26 November 2023 hingga 2 Disember 2023).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa kementeriannya (KKM) akan mengeluarkan arahan baharu iaitu pengambilan suntikan dos penggalak Covid-19 ketiga dalam masa terdekat.

Ia susulan peningkatan kes jangkitan virus berkenaan sejak akhir-akhir ini.

Baca Artikel Berkaitan: Cabinet Reshuffle: Dr Dzul Returns As Health Minister

Menurut beliau, “KKM akan keluarkan arahan tertentu mengenai dos penggalak ketiga terutama bagi mereka daripada kumpulan rentan yang mempunyai komorbiditi, berusia (warga emas) kerana mereka terdedah kepada risiko untuk kemudaratan yang lebih daripada (individu) lain.”

Malah, beliau turut menjelaskan langkah ini adalah bagi meningkatkan perlindungan golongan berkenaan ke tahap optimum daripada jangkitan Covid-19.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sekiranya arahan itu berkuat kuasa – bekalan vaksin sedia ada yang belum tamat tarikh luput masih mencukupi. Ia berupaya melindungi penerima daripada strain varian termasuk varian baharu.

Pun begitu beliau kemudiannya memaklumkan ia hanyalah saranan dan bukan arahan.


Situasi Terkini Covid-19 Di Malaysia Cecah 12,757 Kes Positif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (13 Disember) telah memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan secara global termasuk di beberapa negara jiran.

Di Malaysia, KKM berkata peningkatan ini seiring dengan tren yang berlaku pada setiap hujung tahun seperti dilaporkan di negara-negara lain. Malah, majoriti kes Covid-19 di Malaysia mengalami gejala/simptom ringan di mana pesakit tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Pada Minggu Epidemiologi ke-49, sebanyak 12,757 kes Covid-19 telah dilaporkan berbanding 6,796 kes yang dilaporkan pada ME 48/2023 (26 November 2023 hingga 2 Disember 2023).

“Secara keseluruhan, peratus kes kematian Covid-19 dari Januari 2020 sehingga 9 Disember 2023 adalah 0.72%,” jelas Datuk Dr Muhammad Radzi, Ketua Pengarah Kesihatan.

Mengulas lanjut, dari segi kapasiti hospital pula, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan bagi penggunaan katil bukan kritikal adalah meningkat kepada 1.4% berbanding ME 48/2023.

“Begitu juga dengan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah meningkat kepada 1.4% , dan peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat kepada 0.5%.”

Walau bagaimanapun, KKM menjelaskan bahawa secara keseluruhan – keadaan semasa di Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Baca Artikel Berkaitan: Situasi Terkini Covid-19 Di Malaysia Cecah 12,757 Kes Positif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd