Now Reading
Wanita Ini Kongsi Itinerari 7 Hari 5 Malam Di Kashmir, Siap Singgah Ke Taj Mahal!

Wanita Ini Kongsi Itinerari 7 Hari 5 Malam Di Kashmir, Siap Singgah Ke Taj Mahal!

Menurut wanita dikenali sebagai Anisa, antara tempat menarik yang dikunjungi sepanjang berada di Kashmir dan sekitar India ialah Nishat Garden, bandar Pahalgam, Taj Mahal dan Sonamarg.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja tentang bercuti sudah pasti ramai di kalangan masyarakat yang teringin untuk melancong ke luar negara.

Tetapi ramai juga yang masih tiada idea untuk melawat negara mana dan berapa kos keseluruhan yang perlu ditanggung.

Selalunya, rakyat Malaysia dilihat sering melancong ke negara di serantau Asia seperti Thailand, Jepun, Korea dan sebagainya. Tetapi kali ini apa kata anda bercuti ke wilayah Kashmir pula yang merupakan sempadan antara India dan Pakistan.


Itinerari 7 Hari 5 Malam Ke Kashmir

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @anisaniesa), apabila wanita dikenali sebagai Anisa berkongsi pengalaman dia bersama pasangan bercuti ke Kashmir selama 7 hari 5 malam.

Dalam tempoh itu, Anisa telah melawat pelbagai tempat menarik di sekitar India termasuklah Dal Lake, Baisaran Valley dan Taj Mahal!

Buat anda yang tertanya-tanya tentang jadual dan rancangan percutian tersebut, di sini kami kongsikan itinerari penuh Anisa di Kashmir.

#1. Day 1 (12 Februari 2024)

Percutian Anisa bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Delhi pada jam 5 pagi. Anisa kemudian tiba di destinasi selepas 6 jam iaitu lebih kurang pada 8 pm waktu tempatan.

Sumber: klia2 info

Disebabkan mereka perlu menaiki kapal terbang ke Srinagar pada jam 7.30 keesokan paginya, dia membuat keputusan untuk bermalam di lapangan terbang.

#2. Day 2 (13 Februari 2024)

Tepat jam 7.30 pagi, Anisa gerak menaiki flight ke Srinagar yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Buat anda yang nak nikmati pemandangan indah, jangan lupa ambil tempat duduk sebelah kanan.

Sumber: X (@anisaniesa)

Sampai sahaja di Srinagar, akan ada pemandu pelancong yang menjemput anda di sana. Selepas itu, Anisa juga telah meminta guide untuk berhenti di mana-mana kedai untuk membeli simcard yang bernilai 600 rupee bersamaan dengan RM35/5gb (seorang).

Lebih kurang jam 12.30 petang, Anisa kemudian check-in di sebuah penginapan jenis Houseboat (rumah atas air) di Dal Lake, Srinagar dan keluar semula jam 2.30 petang selepas menguruskan diri. Untuk ke Houseboat ini, anda harus menaiki Shikara (bot kayu) kerana semua kedai dan rumah di sana berada di atas permukaan air.

Sumber: X (@anisaniesa)

Jam 2.30 pm hingga 4 pm pula, Anisa meluangkan masa di Nishat Garden dan Shalimar Garden.

“Sebenarnya kalau datang waktu summer garden ni banyak bunga dan cantik. Tapi sebab sekarang winter tak ada apa kat situ. Jalan cuci mata je,” ujarnya.

Sumber: X (@anisaniesa)

Lokasi itu juga merupakan tempat di mana anda boleh menangkap gambar serta menikmati pemandangan gunung yang cantik. Pada jam 5 petang, Anisa bergerak pulang ke Houseboat untuk berehat dengan menaiki Shikara selama sejam.

#3. Day 3 (14 Februari 2024)

Perjalanan hari ketiga bermula pada jam 8.30 pagi ke bandar Pahalgam. Lain daripada lain, Anisa dan pasangan menaiki pony ride dari Srinagar ke Pahalgam yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Kos pony ride sebanyak empat hentian adalah 2500 rupee bersamaan dengan RM144.

Sumber: X (@anisaniesa)

Dalam sejam selepas perjalanan pony ride bermula, anda akan berhenti di hentian terakhir iaitu Baisaran Valley. Kawasan itu juga dipanggil sebagai mini Swiss. Memang cantik!

#4. Day 4 (15 Februari 2024)

Untuk hari keempat, Anisa melawat ke Sonamarg atau ‘Meadow of Gold’ iaitu 2 ke 3 jam daripada kediaman mereka.

Di sana, Anisa berpeluang untuk menaiki snow bike iaitu caj sebanyak 2000 rupee (RM115 seorang). Anisa naik snow bike dalam 10 ke 15 minit bagi perjalanan pergi dan balik. Kalau anda pergi ke sana, jangan lupa minta pemandu pelancong berhenti di tepi jalan untuk ambil gambar sungai di pergunungan.

Sumber: X (@anisaniesa)

Pada hari tersebut juga, Anisa telah check-out dari Houseboat dan check-in di sebuah hotel.

#5. Day 5 (16 Februari 2024)

Hari kelima pula adalah masa untuk melawat bandar Gulmarg yang penuh salji. Tempoh perjalanan ke sana memakan masa satu jam setengah dari Srinagar. Di Gumarg, ada dua aktiviti sukan ais yang ditawarkan seperti:

  • ATV: 2000 rupee (RM115 seorang).
  • Ski: 2000 rupee (RM115 seorang).
Sumber: X (@anisaniesa)

Pada hari tersebut juga, Anisa ‘request’ untuk dibawa ke Dung Waterfall. Tidaklah jauh mana dari tempat main ski sebentar tadi, namun begitu mereka perlu membayar caj teksi sebanyak 1000 rupee (RM57 seorang).

“Worth it sebab cantik! Setiap hari mulut i duk sebut cantik je,” kata Anisa.

Sumber: X (@anisaniesa)
#6. Day 6 (17 Februari 2024)

Anisa dan pasangan kemudian bergerak ke airport awal pagi untuk pulang ke Delhi. Tiba sahaja di Delhi jam 1 petang, mereka disambut oleh pemandu pelancong yang baru untuk dibawa ke bandar Agra, Uttar Pradesh.

Jika para pelancong berhasrat untuk mengunjungi Taj Mahal, anda perlu pergi ke Agra yang memakan masa perjalanan selama 6 jam dari Delhi.

Foto: Delhi Airport

Bagi hari keenam, Anisa tidak melakukan sebarang aktiviti lain kerana tempoh perjalanan ke Agra yang agak lama.

#7. Day 7 (18 Februari)

Pukul 6.30 pagi, Anisa bergerak ke Taj Mahal di di tebing selatan Sungai Yamuna.

Anisa amat terpegun melihat reka bentuk Taj mahal yang unik serta cantik. Dia juga menyarankan orang ramai untuk mengunjungi tempat itu sekurang-kurang sekali seumur hidup jika berpeluang.

Taj Mahal adalah salah satu monumen yang tersenarai sebagai tujuh keajaiban di dunia.

Sumber: X (@anisaniesa)

Menurut guide, Taj Mahal selalunya akan dipenuhi dengan jumlah pelancong yang ramai pada waktu pagi bagi menyaksikan pemandangan matahari terbit. Kalau datang pada waktu tengahari atau petang, jumlah pengunjung adalah sedikit dan lebih tenang.

Selepas habis sahaja melawat Taj Mahal, Anisa kemudian bergerak pulang ke Delhi untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur jam 10.30 malam.


Anggaran Kos Bercuti Ke Kashmir & Sekitar India

Berapa agak-agaknya jumlah keseluruhan bagi percutian ini? Anisa menerusi hantaran sama telah berkongsi kos yang dihabiskan selama 7 hari 5 malam itu.

  • Tiket flight pergi dan balik Kuala Lumpur – Delhi (Batik Air): RM1,515 seorang.
  • Tiket flight pergi dan balik Delhi – Sringar (Air India): RM716 seorang.
  • Insurans Etiqa: RM47
  • Aktiviti, beli-belah, tips dan lain-lain: RM1,500
  • Ground pakej (makan, pengangkutan, penginapan): RM2,590

Jumlah keseluruhan: RM6,368.

Sumber: X (@anisaniesa)

Anisa berkata dia menggunakan servis agensi percutian dan ‘private trip’ sepanjang tujuh hari di sana. Dalam pakej yang disediakan oleh agensi, makan sebanyak dua kali sehari disediakan untuk pelancong iaitu sarapan pagi dan makan malam.

Buat mereka yang berminat, kami harap perkongsian ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk merancang percutian anda ke Kashmir.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari 10 Hari 9 Malam Di Jepun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd