Suria KLCC Group Rai Hari Kebangsaan Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik
Sejajar dengan musim cuti sekolah, Kempen Hari Merdeka kali ini juga akan dimeriahkan dengan pertandingan dan peraduan menarik untuk seisi keluarga.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Kumpulan Syarikat Suria KLCC menganjurkan tawaran eksklusif dan aktiviti menarik terutamanya untuk kanak-kanak bagi menzahirkan semangat patriotik dan persekutuan yang simbolik dengan kempen Hari Merdeka.
Kempen tersebut akan berlangsung di pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu bermula 26 Ogos dan bakal berakhir pada 16 September 2022.
Alamanda, Putrajaya.
Berikutan dengan kejayaan kolaborasi pada tahun 2020, Suria KLCC sekali lagi menjayakan kempen ini dengan hasil Kerjasama Komuniti Tukang Jahit (KTJ) yang mana keluaran T-Shirt Merdeka edisi terhad akan dihasilkan bersama jahitan poket bercorakkan batik.
Perusahaan sosial KTJ ditubuhkan dengan tujuan memperkasakan kaum wanita dari kumpulan B40 yang mencari hasil pendapatan melalui servis menjahit dari rumah.
Hasil kerjasama ini adalah selaras dengan pemampatan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat mempromosikan kesedaran 3R (Reduce, Reuse and Recycle) bagi mengurangkan pembuangan sisa dan hasil lebihan.
Rekaan T-Shirt Merdeka ini dihasilkan menggunakan lebihan fabrik batik dan yang lebih istimewa, T-Shirt Merdeka eksklusif ini boleh ditebus oleh para pembeli yang berbelanja RM500 dalam dua resit di mana mana kedai terpilih.
Tidak kurang dari tebusan T-Shirt Merdeka eksklusif, para pembeli yang berbelanja RM1,500 dalam dua resit di mana-mana kedai yang terpilih juga akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50.
Aktiviti Di Musim Cuti Sekolah
Sejajar dengan musim cuti sekolah, Kempen Hari Merdeka kali ini juga akan dimeriahkan dengan pertandingan dan peraduan menarik untuk seisi keluarga.
Aktiviti khusus yang akan dijalankan adalah untuk kumpulan VIKids yang berumur 7 hingga 12 tahun dan akan diadakan di perkarangan aras bawah di hadapan Aeon Big bermula dari 31 Ogos sehingga 11 September 2022.
Kanak-kanak yang bukan terdiri daripada kumpulan VIKids digalakkan mendaftar keahlian terlebih dahulu. Jumlah peserta untuk pertandingan ini adalah terhad dan terbuka kepada mana-mana pendaftaran yang terawal.
Ahli VIKids juga berpeluang menyertai pelbagai program menarik bertemakan kemerdekaan dengan percuma antaranya adalah:
- Hiasan Biskut Jalur Gemilang
- Dekorasi Merdeka Seni Arca Pasir
- Kertas Pusingan Jalur Gemilang
- Program Rantai Kunci Merdeka
- Penanda Buku Batik
500 Jalur Gemilang mini juga akan diedarkan kepada peserta VIKids yang menyertai aktiviti-aktiviti berkenaan.
Mesra Mall, Terengganu
Mesra Mall turut serta menganjurkan kempen Hari Merdeka yang bakal berlangsung pada 26 Ogos sehingga 16 September 2022.
T-Shirt Merdeka edisi terhad hasil usaha sama KTJ juga akan disediakan untuk tebusan oleh para pembeli.
Inisiatif diteruskan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dalam menjayakan aktiviti kesenian dan kraf untuk ahli VIKids.
Kibar Jalur Gemilang, Hiasan Rantai Kunci, Kraf Kitar Semula dan Kit Kraf DIY adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Aktiviti tersebut akan dijalankan pada hari setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 25 Ogos sehingga 10 September di perkarangan tengah “West Wing”.
Jalur Gemilang mini akan diedarkan kepada ahli VIKids pada 31 Ogos dan 16 September 2022. Jumlah Jalur Gemilang adalah terhad kepada 150 helai setiap hari dan para ahli dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk memenangi sesi “giveaway” yang akan diadakan pada jam 12 tengahari sehingga 4 petang untuk kedua-dua hari tersebut.
Para pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman mercu kemerdekaan apabila dekorasi hiasan bertemakan semangat Hari Merdeka ditonjolkan bagi mengimarahkan lagi semangat perpaduan jitu yang cinta akan tanah air.
Sebuah ‘Photo booth’ eksklusif akan disediakan untuk para pengunjung memperingati sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65.
Ini adalah kesempatan dan platform yang sangat penting untuk semua rakyat Malaysia untuk mendalami semangat berdiri teguh di atas kejayaan yang telah diperolehi oleh negara ini hasil perpaduan dalam kemasyarakatan. Kesinambungan tema kemerdekaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan mampu membentuk nilai kesepaduan bersama dan boleh menjadi titik peluang bagi kanak-kanak untuk mengenali kepelbagaian asimilasi budaya dan warisan negara Malaysia.
Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Mengulas lanjut, Andrew menyatakan bahawa kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat bersama KTJ akan terus menjadi aspirasi bermakna. Selain dari memperhalusi elemen batik yang sinonim dengan kebanggaan dan identiti rakyat Malaysia, pihaknya juga berpeluang untuk terus memberi komitmen dan sebagai perbadanan yang menyumbang impak positif terhadap alam sekitar.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.