Now Reading
“Lakonan & Skrip Berkualiti” – La Luna Berada Di Carta 10 Filem Paling Ditonton Di Netflix

“Lakonan & Skrip Berkualiti” – La Luna Berada Di Carta 10 Filem Paling Ditonton Di Netflix

Rata-rata penonton bukan sahaja rakyat Malaysia malah dari luar negara juga memberi sambutan baik kepada filem terbaru La Luna.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda nak tahu, filem terbaharu hasil pengarah Raihan Halim La Luna adalah antara tiga rancangan tempatan paling popular di Netflix pada ketika ini.

Turut serta bersama Sue-On dan Tiger Stripes, La Luna telah berada dalam senarai teratas platform Netflix iaitu filem paling banyak ditonton sejak ia ditayangkan dua minggu lalu dalam perkhidmatan penstriman.

Menerusi semakan kami setakat jam 4 petang (19 Februari), filem La Luna berada di tangga kedua dalam carta ’10 Filem Top Hari Ini’ di Netflix.

Sumber: Netfilx Malaysia

Terdahulu, La Luna dilaporkan menerima sambutan luar biasa daripada penonton luar negara selain meraih beberapa anugerah berprestij di peringkat antarabangsa.

Baca Artikel Berkaitan: “Waktu Terbaik Untuk Hasilkan Filem Tempatan” – Pengarah La Luna


Kisah Di Sebalik La Luna

Filem tersebut mengisahkan tentang Hanie iaitu lakonan Sharifah Amani yang menjejakkan kaki ke sebuah kampung kecil dikenali sebagai Kampong Bras Basah. Difahamkan dia berpindah ke sana selepas kematian arwah datuknya.

Dia kemudian memutuskan untuk membuka kedai pakaian dalam bernama La Luna untuk memenuhi keperluan wanita dalam komuniti berkenaan.

Menerusi bisnes dijalankan, dia berjaya membimbing penduduk tempatan mengenai seksualiti mereka selain mengajar cara berdepan dengan suami dan bapa yang mengawal mereka.

Sumber: Facebook

Walaupun kebanyakan penduduk kampung terbuka dengan idea tersebut, namun ia telah ditentang hebat oleh ketua kampung lakonan Wan Hanafi Su, yang berniat untuk menjatuhkan bisnes milik Hanie.

Ketua kampung yang dikenali sebagai Tok Hassan bertindak menghalang perniagaan tersebut kerana berpendapat ia memudaratkan ‘kesucian’ kampung berkenaan.

Sumber: IMDb

Malah dia juga berhasrat untuk menghalau Hanie daripada kampung agar bisnes itu dapat dihentikan seperti yang dirancang.

Plot cerita filem tersebut bertambah menarik apabila Hanie bertemu dengan seorang pegawai polis duda lakonan Shaheizy Sam yang mempunyai seorang anak perempuan remaja.

Sumber: 8 days

Adakah Hanie akhirnya terlepas daripada ancaman Tok Hassan? Hah itu anda kena tonton sendiri kerana kami tidak mahu memberi sebarang spoiler.


Reaksi Penonton Terhadap Filem La Luna

Menjengah ke media sosial, rata-rata daripada kalangan penonton dilihat berpuas hati dan memahami mesej yang cuba disampaikan kepada orang ramai menerusi filem berkaitan seksualiti itu.

Netizen juga berbangga dan memuji tindakan pengarah kerana mampu menghasilkan karya filem yang mempunyai jalan cerita lain daripada lain.

Ada juga yang menyifatkan La Luna sebuah filem yang lawak dan mampu meningkatkan kualiti perfileman di Malaysia.

“La Luna sangat seronok untuk ditonton dari awal hingga akhir. Lawak, menimbulkan kemarahan dan menyayat hati. Filem ini memberi saya harapan bahawa kita (filem tempatan) mampu mencipta karya yang memberi impak dengan lakonan dan skrip berkualiti,” ujar seorang penonton.

Selain itu ada yang berkata bahawa La Luna merupakan filem kegemarannya untuk tahun ini.

“Saya mungkin lambat tonton filem ini, tetapi buat masa sekarang La Luna adalah karya tempatan kegemaran saya dalam tahun 2024,” kata seorang individu.

Sumber: X (Twitter)

Namun begitu, bukanlah semua di kalangan penonton mempunyai pendapat yang sama. Seorang penulis tempatan dikenali sebagai Zabidi Mohamed menerusi perkongsian di laman Facebook berkata filem tersebut adalah satu penghinaan buat agama Islam.

Sumber: Facebook

“Babak-babak berikut sangat mengganggu fikiran saya. Tok Hassan berserban, berjubah kencing berdiri dalam tandas ketika Hanie datang masuk terjah untuk mempertikai Tok Hassan. Tok Hassan bersikap bersahaja dan membiarkan Hanie menceroboh masuk ke tandas lelaki,” ujarnya.

Sumber: Facebook

Tambah lelaki itu, gambaran konflik antara pemikiran agamawan dan kumpulan yang berfikiran liberal adalah niat penerbit dan pengarah untuk memperkecilkan dan merendahkan Islam.


Filem Tempatan Lain Yang Anda Perlu Tonton

Sekiranya para penonton meminati La Luna, sudah pasti anda akan berasa kagum dengan jalan cerita serta plot filem tempatan yang lain seperti Tiger Stripes.

Zafreen Zairizal memainkan watak Zaffan berusia 11 tahun yang mula mengalami perubahan fizikal mengerikan pada tubuh badannya. Dia cuba untuk menyembunyikan perubahan yang berlaku tetapi akhirnya terbongkar juga.

Untuk info, Tiger Stripes sebelum ini telah memenangi Hadiah Utama Minggu Pengkritik di Festival Filem Cannes 2023 pada 17 Mei 2023 dan turut dipilih sebagai penyertaan mewakili Malaysia untuk Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Filem & Rancangan Yang Akan Ditayangkan Februari 2024

Bagaimanapun, jika anda lebih suka filem yang ‘kurang berat’, anda boleh menonton Sue-On dan Syif Malam.

Sue-On adalah hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen manakala Syif Malam mengisahkan tiga rakan sekerja cuba membongkar kebenaran di sebalik cerita seram menggerunkan di bangunan kerja mereka.

Masa inilah kita nak support filem lokal. Jangan lupa sediakan popcorn anda!

Baca Artikel Berkaitan: Filem Malaysia ‘Abang Adik’ Raih Pengiktirafan Peringkat Global. Tahniah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd