Now Reading
Konsert Bruno Mars Di Singapura Ditambah Satu Hari Lagi, Jualan Tiket Bermula Esok

Konsert Bruno Mars Di Singapura Ditambah Satu Hari Lagi, Jualan Tiket Bermula Esok

Pihak Live Nation menambah satu hari lagi untuk konsert Bruno Mars di Singapura selepas melihat sambutan menggalakkan pada pra-jualan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada minggu lalu, Live Nation telah membuat pengumuman yang mengujakan peminat Bruno Mars apabila penyanyi Amerika Syarikat itu bakal mengadakan konsert di Asia.

Namun, ia hanya melibatkan dua buah negara Asia sahaja iaitu Thailand dan Singapura.

Penulis bersama peminat Bruno Mars yang lain di Malaysia memang agak kecewa sedikit kerana penyanyi kegemaran kami tidak ‘singgah’ di negara ini.

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Bruno Mars 2024 Hanya Di Singapura & Thailand, Peminat Di Malaysia Luah Rasa Kecewa

Mungkin ini sebahagian reaksi sedih dari peminat di Malaysia.
(Sumber: Instagram @brunomars/ Pinterest)

Bruno Mars Akan Buat Konsert Selama 2 Hari Di Singapura

Pada hari ini (19 Januari), Live Nation telah mula mengadakan pra-jualan Live Nation pada jam 11:00 pagi sehingga 11:59 malam di laman web mereka.

Oleh kerana sambutan bagi pra-jualan tersebut cukup menggalakkan, pihak Live Nation menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@livenationsg) telah memaklumkan tentang penambahan satu hari lagi bagi persembahan konsert Bruno Mars di Singapura.

Konsert hari kedua itu akan berlangsung pada 6 April 2024 di lokasi yang sama seperti hari pertama (5 April) iaitu di Singapore National Stadium.

Jadi kepada para peminat Bruno Mars yang mahu mendapatkan tiket konsert sama ada pada hari pertama atau kedua, anda perlu bersedia pada hari esok (20 Januari) bermula jam 11:00 pagi di laman web Ticketmaster.

Pada masa yang sama, pihak Live Nation juga menasihati orang ramai untuk tidak membeli tiket daripada penjual tidak sah atau laman web meragukan.


Kenapa Banyak Artis Luar Negara Pilih Buat Konsert Di Singapura Berbanding Malaysia?

Selain Bruno Mars, sebelum ini sudah terdapat beberapa artis luar negara yang memilih untuk mengadakan konsert di Singapura berbanding Malaysia. Situasi ini menyebabkan ramai peminat muzik di Malaysia bersedih dan tertanya-tanya.

Sebagai contoh, Taylor Swift yang tidak menyenaraikan Malaysia dalam siri jelajah The Eras Tour, tetapi memilih Singapura. Bukan sehari dua, tetapi enam hari!

Situasi sama turut berlaku ketika persembahan kumpulan Coldplay apabila Malaysia hanya dapat melihat konsert mereka selama sehari tetapi Singapura pula diberikan tempoh sehingga enam hari.

Sumber: Instagram @taylorswift/ @annaleemedia

Kenapa perkara ini berlaku?

Ia mungkin berlaku disebabkan isu politik. Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan Coldplay di Malaysia, beberapa ahli politik dari PAS menggesa agar konsert kumpulan British itu dibatalkan kerana didakwa menyokong isu LGBTQ+.

Selain itu, Pengasas Kumpulan Livescape dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iaitu Iqbal Ameer yang pernah menganjurkan beberapa persembahan sekitar Asia berkata kepada TRP bahawa Malaysia adalah negara yang paling sukar untuk membuat sebarang persembahan.

Iqbal menjelaskan faktornya adalah kerana sistem di Malaysia yang masih tidak berubah selama bertahun-tahun.

Proses kelulusan dikatakan agak panjang kerana memerlukan langkah berbeza melibatkan pelbagai agensi daripada polis, bomba dan Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Baca Artikel Berkaitan: Why Does Singapore Get More Mega Concerts Compared To Malaysia? Time To Revamp The Process

Baca Artikel Berkaitan: The Implications Of Future Concert Performances In Malaysia After Matty Healy’s Stunt At GVF2023


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd