Now Reading
Konsert Bruno Mars 2024 Hanya Di Singapura & Thailand, Peminat Di Malaysia Luah Rasa Kecewa

Konsert Bruno Mars 2024 Hanya Di Singapura & Thailand, Peminat Di Malaysia Luah Rasa Kecewa

Persembahan konsert Bruno Mars di Asia setakat ini hanya di Thailand pada 30 Mac 2024 dan Singapura pula pada 5 April 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau sebut lagu Talking To The Moon, Billionaire, When I Was Your Man dan Grenade, mesti korang dah boleh tahu siapa penyanyinya kan?

Ya, betul. Bruno Mars!

Kepada peminat Bruno Mars, ada berita baik untuk anda! Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat ini akan membuat persembahan konsert di Asia pada tahun ini.

Namun, hanya dua negara Asia sahaja yang akan menjadi lokasi persembahan konsert Bruno Mars pada 2024 iaitu Singapura dan Thailand.


Live Nation Asia Umum Konsert Bruno Mars 2024

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram Live Nation Asia, konsert Bruno Mars itu akan berlangsung pada dua tarikh berbeza di dua buah negara seperti berikut:

  • Bangkok, Thailand:
    • 30 Mac 2024 (Sabtu)
    • Rajamangala National Stadium
  • Singapura:
    • 5 April 2024 (Jumaat)
    • Singapore National Stadium

Kepada peminat Bruno Mars yang mahu menonton sendiri persembahan live Bruno Mars tidak lama lagi, jangan lupa untuk bersedia pada tarikh 19 dan 20 Januari ini untuk membeli tiket.

  • Pra-jualan Live Nation: 19 Januari, 11:00 pagi sehingga 11:59 malam di laman web Live Nation.
  • Jualan umum: Bermula 20 Januari pada jam 11:00 pagi di laman web Ticketmaster.

Walau bagaimanapun, harga tiket masih belum diumumkan.


Peminat Bruno Mars Di Malaysia Luah Rasa Kecewa

Selepas pengumuman Live Nation Asia tentang konsert Bruno Mars di Singapura dan Thailand sahaja, ramai peminat penyanyi itu di Malaysia meluahkan rasa kecewa (termasuklah penulis sendiri).

Difahamkan, tarikh dua buah konsert Bruno Mars di Asia itu adalah ketika bulan Ramadan di mana umat Islam diwajibkan untuk berpuasa.

Sesetengah netizen memberi cadangan agar Bruno Mars dapat hadir melakukan persembahan konsert di Malaysia selepas selesai bulan Ramadan.

Namun, ada juga segelintir netizen yang turut menaruh harapan bahawa Bruno Mars akan datang ke Malaysia kerana akaun Instagram Live Nation Malaysia telah mengikuti akaun Bruno Mars di laman Instagram.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd