Pra-Jualan Tiket Konsert Ed Sheeran Live In KL Untuk Pemegang Kad UOB Kini Dibuka
Pra-jualan untuk tiket konsert Ed Sheeran sempena + – = ÷ x Tour di Kuala Lumpur telah bermula hari ini (25 Oktober) pada jam 10 pagi tadi sehingga 27 Oktober 2023 jam 9:59 pagi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kepada peminat Ed Sheeran yang mempunyai kad bank UOB, inilah peluang keemasan korang untuk mendapatkan tiket ke konsert penyanyi ini lebih awal daripada orang lain.
Pra-jualan untuk tiket konsert Ed Sheeran sempena + – = ÷ x Tour di Kuala Lumpur telah bermula hari ini (25 Oktober) pada jam 10 pagi tadi sehingga 27 Oktober 2023 jam 9:59 pagi.
Jualan tersebut boleh dilakukan di laman web GoLive Asia.
Untuk jualan secara terbuka pula (general sale), ia akan bermula dari 27 Oktober 2023 bermula jam 12:00 tengah hari.

Harga Tiket Untuk Konsert Ed Sheeran Live
Tiket jualan untuk konsert Ed Sheeran ini bermula dengan harga seperti berikut:
- Cat 1: RM1,388
- Cat 2: RM888
- Cat 3: RM788
- Cat 4: RM598
- Cat 5: RM498
- Cat 6: RM398
- Cat 7: RM298
- Cat 8: RM258
- Cat 9: RM198
Harga jualan tersebut tidak termasuk caj tiket RM10 dan RM10 caj transaksi.
Konsert Ed Sheeran secara live di Kuala Lumpur ini akan berlangsung selama satu hari pada 24 Februari 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Persembahan konsert Ed Sheeran itu akan menjadi lebih istimewa apabila seorang lagi penyanyi terkenal dijemput sebagai tetamu undangan iaitu Calum Scott.
Antara negara Asia lain yang juga menjadi pilihan Ed Sheeran untuk jelajahnya adalah:
- Osaka, Jepun
- Tokyo, Jepun
- Kaohsiung, Taiwan
- Bangkok, Thailand
- Singapura
- Jakarta, Indonesia
- Manila, Filipina
- Mumbai, India
Artikel Berkaitan: Konsert Ed Sheeran Live In KL Pada 24 Februari 2024, Tiket Mula Dijual 27 Oktober Nanti!
Kepada korang yang tak sabar nak mendengar lagu Shape Of You, Photograph dan Perfect yang dinyanyikan secara live, jangan lupa dapatkan tiket-cepat cepat sebelum sold out!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.