Now Reading
CL, Jackson Wang & Pink Sweat$ ‘Gegar’ Good Vibes Weekender 2022 Di Sunway Lagoon

CL, Jackson Wang & Pink Sweat$ ‘Gegar’ Good Vibes Weekender 2022 Di Sunway Lagoon

Buat pertama kalinya Good Vibes Weekender berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon selama dua hari pada 23 dan 24 September lalu.

CL, Jackson Wang & Pink Sweat$ 'Gegar' Good Vibes Weekender 2022 Di Surf, Beach Sunway Lagoon

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setelah dua tahun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik, akhirnya festival muzik iaitu Good Vibes kembali diadakan pada tahun 2022 dengan pelbagai artis jemputan dari dalam dan juga luar negara.

Good Vibes yang diadakan pada tahun ini tampil berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini yang dinamakan Good Vibes Festival (GVF) dan kebiasaannya diadakan di Genting Highlands.

Good Vibes Weekender 2022

Pada tahun ini, acara tersebut dinamakan sebagai Good Vibes Weekender (GVW) dan buat pertama kalinya berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon selama dua hari pada 23 dan 24 September lalu.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Terdapat dua pentas diletakkan di bahagian depan kiri (Red Stage) dan kanan (Blue Stage) yang membolehkan pengunjung melihat persembahan dari artis-artis jemputan.

Tempat untuk para pengunjung melihat persembahan juga diasingkan kepada dua kategori iaitu General Admission (RM499) dan VIP (RM999).

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Team TRP sendiri berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman ke Good Vibes Weekender pada tahun ini. Yang paling best, kami dapat tempat paling depan di kategori General Admission!

Kalau anda nak tahu siapa artis yang menggegarkan Good Vibes Weekender pada tahun ini, jom baca perkongsian kami di bawah.

Hari Pertama Good Vibes Weekender (23 September)

Selepas pintu masuk dibuka pada jam 4:00 petang, pengunjung mula membanjiri Surf Beach, Sunway Lagoon untuk mendapatkan tempat terbaik untuk melihat persembahan artis kegemaran mereka.

Good Vibes Weekender pada petang hari pertama dimulakan pada jam 4:30 petang dengan persembahan dari Alex Ungku, Claudia, Dolla, dan Midnight Fusic. Walaupun keempat-empat artis ini hanya diberikan tempoh 30 minit untuk membuat persembahan, tetapi cukup mengagumkan.

Sumber:Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Bermula dari persembahan Surf Mesa pada jam 6:30 petang, artis-artis seterusnya diberikan tempoh satu jam membuat persembahan mereka.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selepas persembahan dari Surf Mesa, Snakehips tampil dengan alunan muzik elektronik yang membuatkan pengunjung ‘enjoy’ sambil menari. Memang ‘hype’ betul lebih-lebih lagi ketika lagu All My Friend dimainkan.

Persembahan seterusnya pada jam 8:30 malam pula adalah dari Oh Wonder yang merupakan kumpulan artis dari England dan penyanyi mereka adalah pasangan suami isteri iaitu Josephine Vander Gucht dan Anthony Westand yang baru sahaja berkahwin pada bulan Ogos lalu.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Josephine ketika di awal persembahan sempat memperkenalkan diri dan ahli kumpulannya dalam bahasa Melayu.

Siap melaungkan slogan yang pernah popular di Malaysia iaitu “Mak Kau Hijau”. Memang terbahak semua pengunjung waktu dengar dia sebut slogan itu.

Selepas persembahan dari Oh Wonder, Sona One dan Joe Flizzow tampil berganding bersama-sama membuat persembahan. Antara lagu yang dinyanyikan adalah Satu Malam Di Temasek, Sampai Jadi, Apa Khabar dan Havoc.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

CL jadi tumpuan hari pertama

Hari pertama Good Vibes Weekender diakhiri dengan persembahan dari artis yang dinantikan-nanti oleh ramai iaitu Lee Chaelin atau lebih dikenali sebagai CL.

Kalau anda nak tahu, CL dahulunya adalah ahli kumpulan Korea terkenal iaitu 2NE1. Kini kesemua ahli kumpulan tersebut bergerak solo.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

CL membuka persembahannya dengan lagu Spicy dan beberapa lagu lain seperti Tie A Cherry dan The Baddest Female.

Persembahan penutup oleh CL dengan lagu Hello Bitches menjadi perhatian ramai kerana lagu tersebut menjadi lagu kegemaran ramai.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pada jam 11:30 malam, Good Vibes Weekender pada hari pertama melabuhkan tirai.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Hari kedua Good Vibes Weekender (24 September)

Sama seperti hari pertama, pintu masuk dibuka pada jam 4:00 petang dan pengunjung mula memenuhkan ruang di tempat mengikut kategori masing-masing.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Persembahan pertama pada hari kedua dimulakan pada jam 4:30 petang oleh artis tempatan iaitu liesl-mae, diikuti dengan The Peachskins, Late Night Frequency, Leaism, NYK dan Yonnyboii.

Kelima-lima artis ini membuat persembahan selama 30 minit.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Bermula dari persembahan Shallou pada jam 7.30 malam dan seterusnya, mereka diberikan tempoh satu jam untuk menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu nyanyian mereka.

Persembahan dari Shallou boleh tahan seronok juga kerana muzik elektronik yang dimainkan memang ‘layan’ sehingga ramai yang melompat sambil menari.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kumpulan artis seterusnya adalah Beabadoobee yang memainkan muzik Indie Rock. Siapa yang layan lagu dengan latar belakang gitar elektronik mungkin akan menggemari Beabadoobee.

Pink Sweat$ dan Jackson Wang jadi tarikan hari kedua Good Vibes Weekender

Pada jam 9:30 malam, tibalah giliran Pink Sweat$ membuat persembahan. Terkenal dengan lagu At My Worst, artis ini menampilkan sebuah patung besar berwarna merah jambu. Comel betul!

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Ketika persembahannya itu, seorang artis tempatan dikenali sebagai Bungaisme turut tampil bersama Pink Sweat$ menyanyikan lagu ‘I Feel Good’.

Pink Sweat$ turut menyanyikan lagu-lagunya popular seperti Honesty, At My Worst, dan 17.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Jackson Wang

Hari kedua dan penutup acara Good Vibes Weekender diakhiri dengan persembahan dari bekas ahli kumpulan Korea popular GOT7 iaitu Jackson Wang.

Dengan lebih 30 juta pengikut di laman Instagram, peminatnya memang cukup ramai teruja untuk melihat persembahannya. Antara lagu popular yang dinyanyikan adalah seperti Cruel, Blow, 100 Ways dan Blue.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Jackson Wang juga sempat bertanya kepada para pengunjung tempat makan yang best di kawasan sekitar untuk menjamu selera selepas itu.

Ramai yang bagi cadangan untuk ke Mamak. Dapat mee goreng dengan teh o ais memang sedap. Eh?


Overall, Good Vibes Weekender 2022 pada tahun ini memang sangat seronok! Kami pun enjoy dapat merasai semula suasana hadir ke festival selepas dua tahun tiada acara seperti ini.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Till next time, Good Vibes!

BACA JUGA: First Time Heading To A Concert? Here Are The Do’s & Don’ts You Need To Know


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd